Wednesday, December 30, 2009

2010

2010
.bakal menjelma.

2009
.yang bahagia, masih bersama.
.yang duka harus ditinggalkan.

hopefully 2010 lebih bermakna dan bahagia.
happy becoming 2010 everyone! .smile.

Tuesday, December 29, 2009

Chenta itu Indah #7

mula sayang .
mula dan bermula .




stop !



Kata Hati: tak penah menjauh untuk kamu selain dia.

ke sini sana

ke sini sana .
jum bergembira .
2 weeks is not enough .
maseh ada hujung minggu ni .
dari utara sampai selatan .
hati riang .





Friday, December 25, 2009

berloan!
bergaji!
berjolly!

Thursday, December 24, 2009

dunia tak salah !

dunia tak salah kiranya kata aku perempuan jahat .
dunia tak salah kiranya aku punya teman .
dunia tak salah kiranya aku punya kekasih .
dunia tak salah kira aku yang ketagih cintanya .
dunia tak salah kira teman letak segunung harapan pada aku .
dan dunia tak salah kira aku pilih yang terbaik ,
hanya dengan sekilas pandang saja .
hanya dengan suara hati ku saja .
jadi ,
kusimpulkan ,
tak salah bagi aku tuk bercanda bukan?



Kata Hati: Aku terima segalanya yang kau buat .

Wednesday, December 16, 2009

kadang-kadang bertandang

tetiba merindu .
tapi tak bermakna maseh sayang .
cuma teringat .
tak salah bukan ?



Kata Hati : pelangi, harap semua menjadi.

Tuesday, December 15, 2009

Chenta Itu Indah #6

faham akan perasaan itu.
kau juga mengerti maksudnya.
kita jauh dari pandangan mata.
tapi,
jauh tak bermakna kita lupa.
perlu ingat!
hati kita tetap dekat.
betul sumpah,
aku tak kuat lagi.
kamu tahu bukan?
perlu sabar,
perlu tabah,
masa itu akan tiba.
tak lama lagi bukan?

Saturday, December 12, 2009

lihat sana~~

tengok.
bulan ada bersama kamu.
matahari jugak datang temani kamu.
bintang??
ah! ada 1 yang malap di sana.
kenapa?
biarkan aja lah kerna
maseh banyak yang kamu ada.
mana pelangi?
tak segembira dulu.
jangan risau ya, aku ada bersama kamu.
cuba buat sang pengeran jantung tertawa.



Kata Hati: Tak lama lagi kita akan bersua. Tidak sabar lagi ^_^

Thursday, December 10, 2009

sudah !

hati pedih.
mulut tak terkata.
argh!!
jiwa semakin meronta .
Ya ALLAH, tolong aku.
kenapa mesti kita berkelahi?
kenapa mesti kita menuding jari?
mungkinkah cemburu menguasai diri?
sudah! benci akan rasa ini.
benci akan mimpi ngeri ini, rasa hati ini.
andai berontak ini atas dasar kemarahan,
hapuskan ia.
andai diam hanya dipaksa,
lenyapkan ia.
andai berjauhan lebih menyenangkan,
aku rela berundur.
tapi, ingat!
jangan kau salahkan sesiapa.
andai ada yang tak terduga akan datang menjenguk
kehidupan kau seharian.



Kata Hati : Biar aku beralah, andai itu buat kau puas. diam .

Tuesday, December 8, 2009

takut ke ?

kenapa ?
rasa tergugat ke .
itu baru seharian .
aku tak bercanda dengan kamu .
terasa kehilangan .
tak buleyh duduk ke semalam .
itu baru permulaan oke ?



p/s : jangan ingat aku lemah.

Monday, December 7, 2009

again and come again!

perut sakit bagai nak gila .
sumpah tak tipu sakit !
guling2. berhenti la weh .
penat dah perang .
terasa mahu buang semua yang ada .
naseb baik 7 hari sebulan .
bulan depan jangan sakit lagi ya ?




p/s: maaf ya sayang. buat kamu risau saja.

Wednesday, December 2, 2009

i'm not stupid!

sorok selagi kau mampu .
sembunyi selagi aku tak tahu .
hati aku kau koyak-koyak .
perasaan aku kau carik-carikkan .
aku terima !
do it as you can .
you will get what you do to me .
that is my promise to you !



Kata Hati: Pergi lah. Jangan cuba pujuk aku!

Tuesday, December 1, 2009

Chenta Itu Indah #5

. yesterday is a history .
. tomorrow is a mystery .
. today is a gift .
. thats why it is called PRESENT .
p/s: gaduh itu biasa bukan?

Thursday, November 26, 2009

baran!

sekarang tengah baran!
kenapa pasal dia, kami semua nak kena sama?
bukan kami punya masalah.
kenapa kami yang harus mengalah?
sorry to say.
saya takkan mengalah sebab itu bukan masalah saya.
kenapa mesti balas budi dia?
kita bayar semuanya bukan FOC!
tak paham sampai sekarang!
rasa makin benci mula menguasai diri ini.




Kata Hati: Tuhan tolong sedarkan mereka.

Wednesday, November 25, 2009

dia!

. satu .
cuma dia .
bukan kamu .
tapi dia .
ya dia sahaja .
aku ketuk ,
kemudian aku lari .
aku dekat ,
kemudian aku jauh .
ya ,
aku keji memaenkan hati kau .
. maaf .


kelu.
Kata Hati : Lari sekuat hati.

Sunday, November 22, 2009

kamu dah besar!

kakak,
kenapa kamu kejam? kenapa hati kamu sangat kecil? kenapa kamu selalu buat mak dan abah tidak senang duduk dengan perlakuan kamu? kamu tahu, setiap malam mak tak lena tidonya kerna kamu. abah pula rungsing memikirkan kamu. adik beradik yang laen, penat sudah melayan karenah kamu. kamu tak letih ke kakak? tak malu kah kamu dengan adik2 kamu yang laen? kenapa kamu mesti begini kakak? kamu cakap kamu nak berubah. kamu nak hidup berdikari. tp hakikatnya,sikitpun kamu tak pernah berubah. sejak hari itu sampai sekarang, sumpah! tak ada yang berubah selain paksaan sahaja yang bukan dari kehendak kamu sendiri bukan? aku sedih kakak. sepatutnya kamu tunjukkan contoh yang baek pada kami sebagai adik. bimbing kami ke jalan yang betul. tp ini tak berlaku pada diri kamu kakak. kami yang sedaya upaya menyokong kamu dari segala aspek. tp kamu tidak mengerti kan apa yang kami lakukan? bagi kamu itu semua sabotaj sahaja.

kakak,
tolong bangun dari kotak hidup kamu itu. jgn pernah kamu takut akan bayang2 sendiri. itu semua hanya lah impian dan angan2 yang sia-sia sahaja. kamu harus lebih terbuka dengan hidup yang lebih gembira dari kotak gelap itu. aku tahu,mak abah terlalu sayangkan kamu. marah mereka pada kamu sekejap sahaja. lihat sekarang, mereka juga yang memapah kamu bukan? tp last2,mak, abah, kami semua kecewa dengan sikap kamu. maseh di situ. dengan sikap kamu itu. kalau ikutkan hati aku yang kamu kata jahat ini, mahu saja aku tampar kamu sekuat hati. kamu nak tahu kenapa?aku rasa kamu terlalu biadap akan mak dan abah yang begitu sayangkan kamu. akui,mmg kadang2 mereka membuat kita rasa begitu terikat, tp aku faham semua itu untuk kebaikan kita. nah! sekarang lihat atas kelalaian kita terhadap kaseh sayang mereka itu, atas sikap angkuh kita yang tak mendengar kata, diri sendiri yang terjerat. tp aku tak patut tampar kamu kakakku.tahu kenapa? kerna kamu adalah kakakku. walau apa yang terjadi, ikatan antara kita takkan hilang begitu saja bagiku dan kerna aku hormat akan kamu sebagai kakakku.

kakak,
pernah tak kamu terfikir yang betapa sedih dan kecewanya abah dan mak dengan sikap kamu? kamu dah besar kakak. kamu dah boleh pk yang mana harus diambil dan mana yang harus dibuang sejauh mungkin. kamu boleh pilih jalan kamu sendiri. tp bukan begini. penat mak dan abah jaga kamu. gigitan nyamuk pun tak ada masa kamu kecil dulu. segalanya cuba ditunaikan mereka bila kamu inginkan sesuatu walaupun susah. lihat sahaja sekarang, bagaimana mereka menjaga cucu2 mereka. begitu juga kita seusiadengan mereka. tapi apa yang mereka dapat? hampa semata2 sedangkan sesuatu yang membanggakan yang diharap. percaya cakap aku kakak, apa yang kamu buat untuk mak dan abah, pasti akan dibalas dengan lebih teruk bila kamu bergelar IBU kelak. aku sedar,aku hanya adik. adik yang masih kecil dimata kalian yang masih tidak bijak membuat sebarang keputusan. adik yang juga bagi kamu melakukan salah pada ibu bapa. tp ketahuilah aku juga sedar akan kesalahanku dan cuba memperbaikinya. aku malu dan bersalah seandainya aku menjadi penyebab ibu bapaku sedih sehingga menitiskan air mata mereka.

sedarlah kakak,
dah banyak pengorbanan yang abah dan mak lemparkan untuk kamu. begitu juga adik beradik kamu yang laen. yang sentiasa ada bersama kamu. kamu tak rasa bertanggungjawab ke terhadap abah yang terpaksa keluarkan duet simpanan semata2 untuk kamu? pernah tak kamu rasa bertanggungjawab disitu? benar,kamu alpa pada dunia yang kamu cipta sendiri. bagi aku, kamu pentingkan diri! kamu takut dengan dunia ciptaan kamu. kamu takut dengan setiap masalah yang kamu cipta sendiri. pernahkah kamu terfikir sampai satu tahap dimana mak dan abah takkan ambil tahu lagik tentang perihal kamu? semua keluarga yang ada tidak mengendahkan kamu lagi. dan bila kamu mula jatuh, baru kamu meminta tangan abah dan mak untuk bantu kamu bangun semula sedangkan selama ini kamu yang begitu banyak menghancurkan mereka? sedarlah kakak, hidup ini tak lama. cuba kamu keluar dari dunia kamu. keluar dari dunia yang kamu kejar. aku hanya mampu meluah disini. apapun,aku harapkan yang terbaek untuk kamu dan aku tetap sayang kamu.




Kata Hati: aku ingin benar melihat perubahan itu.

Thursday, November 19, 2009

hero to zero


saya bagi 4 bintang untuk muvie ni
seronok.
menarik.
terangkat buntot.
rasa berdebar.
tapi the end dia as usual sama ja.
~hero for dis film~


nampak seronok.

menguap beberapa kali.

pening dengan picture 3D tu.

rasa tak sabar & wonder bila nak habis.

saya bagi 2 untuk cita ni.

mengecewakan.

~zero for dis film~

Wednesday, November 18, 2009

Chenta Itu Indah #4

sumpah !
hati aku tak kuat .
rindu kau setiap detik .
rasa nak lari dalam pelukan kau .
rasa2 kau rindu macam aku rindu kau tak ?

thanks ya .
memahami dari setiap sudut .
*kembali senyum



*sunyi tak bermaksud aku tengah bersedih lah buduh!

Tuesday, November 17, 2009

sekarang saya gumbira


hati berbunga,
hati bernyanyi,
hati bergema.

semua yang sengsara dilupakan,
semua yang menyakitkan diubati,
semua yang menyedihkan digembirakan.

sebab
sejak 2 hari ni,
sukan yang aku suka dah dimulakan.
jauh dekat,
penat letih,
itu belakang kira.
yang penting,
kita gembira dulu.
seronok lah buat sukan tu.
semua orang patut mencuba.
sebab sambil pecahkan lemah,
korang boleh cerahkam mata.
cuma yang tak best,
penat tunggu angah cari parking kat Sogo tu.
loteh ha jang!
dan paling mengecewakan,
tak ada pun % % yang tinggi kat situ.
dah tak boleh guna ilmu matematik yang ada.

berpindah tapak kasut ke Pavi.
wayang penuh.
tukar plan besok ja lah.


ahad pagi ke tengahari:
angah: adik cepat mandi! nanti tak dan.

dengan pantas aku bangun dan mandi
usaha kami tak sia-sia.
walaupun lambat,
dapat jugak kami tengok movie tu.

dua hari berturut,
lebih 6 hours/day,
kaki aku ni buat sukan yang aku suka.
tapi,
weekends ni,
saya sangat gembira 8)




Saturday, November 14, 2009

HOORAY!!

pagi tadi..
rasa tak sabar .
walaupun tak cukup bekalan .
dapat jugak aku habiskan semua yang mematikan jiwa .
hooray!
sekarang masa untuk kita bergumbira .
simpan semua kertas buku dalam kotak .
biarkan ia,
bukak semula sem depan ya kawan2 ?
mari kita berpesta
mari kita ketawa sepuasnya .
kerna semua exam sudah habis diperangi .



Kata Hati : Tak sabar mau jumpa bintang, bulan dan pelangi. *winks.

Sunday, November 8, 2009

dah sampai waktunya

La...
patut la cakap merapu .
sikit2 nak marah .
marah bagai nak rak .
emosi tak tentu pasal .
ish , tgk calender .
kira hari .
owh , patut lah .
cukup bulan .
paham2 jer lah .

>.<

Monday, November 2, 2009

off!

off untuk sementara waktu .
menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti .
bersama family.
betul!
saya sedang merehatkan diri .
babai semua .
rumah .
anak buah .
family .
sofa .
bilik .
bantal busuk .
badan dihempas ke tilam .
*senyum .
bawak kenangan semalam LUK bersama .
nanti datang lah mengejut lagi .
biar semua orang kelam kabut .
current location : taman sri manis

Wednesday, October 28, 2009

Letih la macam ni

bila aku ja kena paham kau .
aku ja kena jaga hati kau .
aku ja kena jaga perasaan kau .
aku ja kena ikut kehendak kau .
aku ja yang kena mengalah .

cakap memang lah senang .
nampak kau ja yang bagus .
kau ja yang buat .
kau ja yang usaha .
abeh aku ?
sape nak jaga semua tu ?
apa yang aku dah buat kau nampak ?
cakap paham tapi kenapa macam ni ?
penat lah .
mungkin jalan kita sama .
tapi berlainan haluan .
kalau cam tuh ,baik kau ikut jalan kau .
aku ikut jalan aku .
rasa bila dah perlu sangat2 ,baru berhubung satu sama lain .
ok ?



Kata Hati: Bergaduh kejap2 buat aku lagi merindu. Benci!

Tuesday, October 27, 2009

penin penin nyamok

tamat sudah 1 paper mematikan jiwa .
yes ,dah kurang 1.
tapi melambak lagi yang menunggu .
qilah sahak ,
jgn maen2 ya kamu .
besok masih ada yang tak sabar untuk diteliti .
otak terasa kekejangan .
mulut letih menghafal .
tangan penat menulis dan mengira .
nah .
amik kau !
terkial2 membaca satu persatu !
itu lah mak selalu pesan "jangan buat gheja last minit" .
mak + abah doakan acik ya ?
kamu semua doakan aku ya .
selamat berjuang ya untuk diri sendiri .

Tuesday, October 20, 2009

menghitung 4 3 2 sampai bila?

dah lama rasa tak menulis .
dah lama rasa tak meluah .
sibuk ?
boleyh tahan la .
cuma malas nak karang .
sbb tiada apa2 yang berlaku buat masa ni .
cuma saya sekarang sedang menghitung hari .
untuk apa ?toink2 !
ada dua perkara yang ditunggu .
1 seronok dan 1 lagi berdebar .
menanti dan terus menanti .
tuhan ,tolong cepatkan masa ya .
saya dah penat menghitung hari sebenarnya .
tak sabar rasanya .
rindu !
haish ,kuatkan hati .
harus kuat !harus semangat !
lalalalalala~~~~
lagi 2 hari saja lagi .
sabar lah Qilah Sahak !
yang lagi 1 tu minggu hadapan .
kamu harus bersedia dulu .
harus lengkapkan apa yang kurang .
cuba yang terbaik tau nanti !


p/s : bersiap sedia untuk perang berikutnya.gulegule, saya sgt penat !

Kata Hati: Pandangi langit malam ini . Bulan dan bintang akan datang temani kamu^_^

Sunday, October 18, 2009

Tolong aku!

aku nampak akan lelaki itu .
dia juga seakan nampak akan diriku .
aku cuba bersembunyi di sebalik pintu kayu itu .
pintu dibukak lelaki itu .
terus diterpanya aku .
aku cuba lari .
tapi apa kan daya .
dia tetap mengasari aku .
fikiran mula bercelaru .
mana sayang?
tak nampak kah dia yang aku dikasari ?
pedulikah dia akan tindak tanduk lelaki ini ?
atau sebenarnya dia tak kesah pun dengan semua ini ?
sayang!
sayang!
tolonggg!
naseb baik jeritan aku didengari gulegule.
terus dimaki .
disepaknya lelaki durjana itu .
tangisan aku buat hati si dia membara .
aku hanya mampu melihat
dan kelu di sebalik ruang yang ada .
tiba-tiba..



**bangun lah. mandi, nak pegi makan ni.

perggh.
mimpi rupanya.
harap mimpi tu bukan satu yang nyata .

Friday, October 16, 2009

rumah terbuka

weyh ko nampak lain?

weyh aku ingt sapa lah td?
artis ke?
bengong kawan2 aku ni.
mentang lah aku jarang pakai baju kurung
tapi itu bukan isu dia.
yang jadi isu sekarang
rumah terbuka kolej semalam
ya Allah!
sangat tak meriah
makan xda kemah ok boleh terima
makan tak cukup sudu garfu ok lagik
makan berebut2 ok je
makan tak ada meja boleh belasah lagik.
tapi kalau makan pun dah mcm darurat,
kena sita terhad pada sorang utk ambik makan
baek tak payah buat rumah terbuka
buat je tema "Makan untuk Darurat Kolej"
save giler bagi makanan
padahal after makan time tu banyak je lebih.
tambah2 favourite aku. SATAY!
pastu majlis kelam kelibut
tak best!
juniorku sayang~
tulah padah kalau korang nak tunujk hebat
kan dah failed lead majlis
bagos! sebb tunjukkan ketidakmampuan korang tu.
aku bagi 2/10 itu pon sbb satay je tau











Wednesday, October 14, 2009

SAYA NAK MAK SAYA SEKARANG!
mak MAK mAk
MaK MAK
MAk MAK mAK

Monday, October 12, 2009

Kerja skulah menimbun.

aduh.
berat kepala.
rasa macam bawak sebakul batu atas kepala.
kerja skulah.
kerja skulah.
walaupun tinggal 3 esemen je lagi.
satu pun tak sentuh.
padahal sgt banyak lagi kot nak kena buat.
haish..giler banyak.
tp,tak reti2 nak start buat.hakhakhahaha.


CHECKLIST:

[ X ] Costing. (Baru tau nak kena hantar dis week)

[ X ] AIS II. (Tadi baru divide keje)
[ X ] Advance II. (Tak paham apa yang nak kena buat)
[ X ] Presentation AIS (Minggu depan...lambat lagi)

semua pangkah lagi.
tak da ke yang dah mula?
besok jelah mula.
weyh, cik serabai.
kamu mahu skulah ke tak neh?

Saturday, October 10, 2009

Aku Gembira!

yeah2!
berseronok jugak kita
walaupun sesat dari mula kita bergerak
mula2 dah sesat dari keluar serdang
pastu boleh terlajak samapi zoo negara
naseb baik jumpa jugak kan?
tp dah masuk jalan nak pegi situ pun terlajak lagi
padahal dah nampak pun signboard sebelum tu
hahaha fana lah neh ;p
dah sampai snap dulu pic
wei brapa banyak + lama nak snap je neh?
bila nak terjun sungai neh?
sumpah menggigil aku!
air sejuk nak mampos
dah terketar2semua aku tengok
dekat 2 jam lebih kita berendam
puas!
sampai kolej je dah letih
terus tido dari pukul 430pm sampai 9pm
lega dapat tido
pe2 pun sangat suka arini
hilang lagi stress asgmnt
thanx yea kawan2 :D


Kata Hati: wei~~ nanti kita berseronok lagik yea kawan2!
p/s: pic lain nanti saya upload ye^_^

Friday, October 9, 2009

Thanx Berry!








Berry~
thx semalam teman aku makan .
best lah buat plan on da dot semalam .
rasa puas .
hilang sat tension aku neh .
kalau tak rasa macam ROBOT ja .
nanti ada masa kita kuar sama lagik erk .





p/s: rasa macam pakai kasut kanak2 ;p

Wednesday, October 7, 2009

Eleh!

eleh!
.dan2 je.
.itu tak boleh.
.ini tak boleh.
.cuba kalau dapat pertolongan.
.cuba dapat kesenangan.
.mesti semua ok saja.
huh! tulah manusia.

Tuesday, October 6, 2009

saket kaki

punya lah sakit kalo nak menapak .
dah macam pe lagik kalau tengok .
naseb baik buncit ada .
teman pegi klinik .
amik ubat .
ada ke patut doctor tu ckp kena api ?
dia ingat main mercun ke ape .
tapi tak pe .
janji dia bagi ubat .




Kata Hat: Semua salah buncit!

Monday, October 5, 2009

Dah Tua

hari yang cantik .
cuaca yang menarik .
burung menyanyi .
angin yang dingin .
hari yang baru bagi aku .
kerna hari ini ,
usia ku bertukar angka di belakang .
aku semakin tua ):
perlu jadi lebih matang .
perlu jadi lebih baik dari semalam .
perlu juga bahagia setiap detik .
terima kaseh pada kalian yang mengucapkan
kepada aku .
may GOD bless me for my each times for my breath.




Kata Hati: Hari ni hati berbunga-bunga. Perasaan sangat bahagia:))

Friday, October 2, 2009

Hati Berkata-kata

sedih .
berkotak-katik .
serba tak kena .
apa ni ?
kenapa ni ?
tak tahu .
mesti bersebab .
ya,mmg bersebab .
tapi tak tahu bagaimana mahu menyusun kata .
tak tahu macam mana nak luahkan .
*kelu
current mood : flat!

Thursday, October 1, 2009

Risau aih.

laskar udara kanan saya kemalangan .
risau di hati .
tak senang duduk .
lagi resah .
bila dengar suara dia tadi .
harap LUK saya cepat sembuh .



Kata Hati:Rasa nak ada pintu Doremon sekarang.

Wednesday, September 30, 2009

Layang-Layang~~

lihat atas sana tu .
layang2 tinggi dibuai angin .
tiba-tiba ,
tersangkut dicelahan pokok .
cuba ditarik ,
cuba dijolok ,
cuba dan cuba .
pap !
terputus talinya .
layang2 masih diatas .
ok .
perlu panjat untuk ambil layang2 tu .
tapi bukan sekarang .
biarkan saja layang2 itu sementara .
sebab aku sudah letih mencapai layang2 itu .



Kata Hati: Terima seadanya andai itu yang kau mahu!

Tuesday, September 29, 2009

wtf!

giler tertekan .
dengan assignment yang makin bertambah .
dorg ni ingat student ni machine ke .
wtf!



Kata Hati: Rasa macam nak bakar je semua bangunan kan sini!

Monday, September 28, 2009

;((

after 1 week raya baru dpt update blog ni.
betul2 bizi masa raya itu hari .
memang meriah raya tahun ni .
Tapi ..
semua tu sekejap saja .
saya dah beransur pulang ke kolej .
dah start pening buat assigment lagi .
qilah sahak dah kembali seorang .
hilang suasana riuh ,hilang suasana kecoh . sedih .
tambah pulak angah buat drama air mata .
masa pagi sabtu tu .
kakak2 dan adik ,
anak buah ku sayang ,
mak dan abah .
saya pasti rindu kalian semua .
saya rindu bila kita berkumpul sama2 .
walaupun kadang kita semua tak sependapat .
itu yang seronok .
raya ni pun kita tak sempat bergambar raya bersama kan?
terlampau sibuk dengan tetamu .
dengan nak jalan raya lagi .
dengan kenduri sana sini .
tak seronok bila tak dak gambar raya.
Tapi..
maseh ada kenangan dalam ingatan kan?
kita simpan sama-sama okeyh?
nanti acik pulang lagi ya bila habis semester ni .
kita tangkap gambar banyak2 sampai lebam tau .



ni je yang ada---;(

.mak yang sibuk beli barang sebelum raya.

.gambar candid along oleh anaknya.


.dengan angah masa raya petama.


.dengan adik masa teman mak beli barang.



.dengan firdaus masa raya ke-2.

.dengan farzana masa raya ke-2.

Kata Hati: mana gambar alang dan abah?? terlepas pandang plak. tak cukup forum lah;(

Wednesday, September 23, 2009

Kamu rindu aku ya?
Nanti aku balek ya.
Tunggu aku tau.

Thursday, September 17, 2009

Dah ke?

sini. sana. situ .
tak mau lah .
tak da saiz .
tak cantik .
tinggal yang tu ja .
hurm~ tak payah lah .
dah ke? dekat pukul 1 dah ni?
jum balek. nak tido . besok keja lah .
sat lah. belum jalan sampai hujung lagik.
tak mau jalan dah. tak larat dah ni .
tak kira, paksa jugak jalan .
dah ke?
belum .
dah ke?
belum lagi .
dah ke?
belum lah .
dah ke?
sat lah .
dah ke?
kejap .
dah ke?
sikit lagi .
dah ke?
dah!
at last, dah jugak . jum balek!

kau penat tunggu lama ya? hari tu pun sama .
bukan selalu pun kita pegi jalan .
nak tak nak kau kena ikut jugak kan?
tak sampai hati betul tak?
terima kaseh buncit. senyum .
temani aku jalan semalam .



Kata Hati: Nanti raya, kita boleh jalan macam semalam lagi bukan? ^_^

Tuesday, September 15, 2009

=.=

pejam celik .
pejam celik .
wargh .
raya semakin hampir oke .
nah .
satu ape tak kemas lagi .
mula nak panaskan badan .
otak berada ditahap tak selesa .
perasaan kucar kacir .
abah + mak .
anakmu semakin gumbira .
tunggu acik pulang ya .



Kata Hati: apa yang nak dibeli untuk abah dengan mak ya?

Monday, September 14, 2009

Cepat Fana!

Cepat!
dah tak cukup masa dah ni .
kita x buleyh lambat .
nanti tak sempat nak pilih barang yang kita nak .
Cepat sikit Fana!
aku dah tunggu ko neh.
biler nak gerak?



Kata Hati: Nak beli pe ye kejap lagik? Hurm~~

Friday, September 11, 2009

menunggu untuk mencuci mata

perkara paling ditunggu buat kau dan aku .
datang jemput aku ya .
jalan sampai kejang .
gossip sampai pitam .
belanja sampai lebam .
apa nak dibeli yea?
kau tahu apa aku nak :)
jangan lupa ya sayang .



p/s : Gulegulekapas, hari kita dah nak tiba. satu hari je lagi ^_^

Friday, September 4, 2009

Yang Mana Satu

Ada lagi 2 hari je lagi.
sempat ke?
banyak lagi ni.
Mana 1 nak mula?
Mana 1 nak tekankan?
Tak pe Qilah Sahak..
bertenang
hang mesti boleh buat punya
exam Audit ahad ni.



Kata Hati: Doakan saya ye supaya dapat jawab exam nanti.

Thursday, September 3, 2009

Geram betoi! Tiba-tiba je!

2 hari lepas ok je.
semalam dah naik error tu.
ingat memang ada problem.
hari ni try lagik pun sama ja.
ish!
tiba-tiba je Tagged tak boleh guna.
Bodoh betoi!



Kata Hati: Kalo tak boleh jugak, terpaksa buat yang baru.

Tuesday, September 1, 2009

---------------

r
r
r
r
r
. tak mau jumpa sapa-sapa .
r
r
r
r
r
Kata Hati: Tak palah, tak kesah pun. Tak payah susah-susah. Sebab maseh ada diri sendiri untuk aku.

Saturday, August 29, 2009

Lalalalalala~~

dah pukul berapa neh ?
kena balik .
dah satu hari kita jalan .
nak jugak .
Mak, "Kalau nak pi beli kaih. Satgi dah lewat habih plak" .
Yes !
ada lagik ayam percik tu .
Finally .
i got want i want .
dapat jugak bukak posa dengan family .
banyaknya lauk .
ada gulai daging siam, sayur bayam ,
ayam bakar, kerabu kerang kot ,
and tak lupa ayam percik .
makan dengan senang hati .
dengan keluarga yang tercinta .
sangat seronok .
kenyang nam mampuih .
rasa macam nak bukak posa hari-hari kat umah .
. Senyum .



Kata Hati: Besok lagik tak sabar, anak buah nak datang rumah ^_^ .

Thursday, August 27, 2009

Cepat lah Masa~~

Rasa macam dapat notebook baru.Senyum.
Dah dibunuh semua virus-virus yg menular dalam notebook ni.
Sekarang nak download apa-apa pun dah takut.
Tinggal lagi 1 hari.
Sangat tak sabar. Gumbira.
Besok nek bus 6 jam sampei lah rumah.
Buleyh bukak posa dengan family. Sekali lagi gumbira.



Kata Hati: Nak jumpa semua orang yang ada kat rumah tu. Tak sabar.

Monday, August 24, 2009

Puat Hati

Cuba lihat
Dulu dan sekarang
Walaupun itu tak membuktikan keseluruhannya
Aku tetap puas.
Rasa terbela.
Terbalas apa yang kau dah buat pada kami.
Dengan keputusan ujian itu,
Aku percaya
Ada hikmah di sebalik apa yang kau dah buat.



Kata Hati: Erna & Fana, Aku rasa terbalas sudah kesabaran kita selama ni walupun baru sikit.

Saturday, August 22, 2009


**Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak**

Wednesday, August 19, 2009

Jangan Mengalah!

Penat .
Rasa macam dah tak mampu nak berdiri .
Merah bengkak .
Gagah kan diri selam 6 jam .
Rasa semakin bersemangat .
Melihat kesemua yang disayangi depan mata .
Tapi masih tak berdaya .
Abah, terima kasih temankan ke klinik .
Alang, terima kasih tunggu 2 jam kat hospital .
Rasa lega sebab tak kena tahan dalam wad .
Tapi sampai sekarang masih sakit .
Merah dang bengkak .
Nak sangat cepat baik .

.Cuba senyum dalam sakit.



.Mana cukup 2 hari je.




Kata Hati: Boleyh dak kalau nak duduk kat ghumah saja. Tak larat~~

Friday, August 14, 2009

Jangan Risau buleyh dak?

Nah ambik kau .
Dah merah bengkak .
Patut lah tak boleh makan .
Suhu pun naik sikit .
37.5 .
Kalau lambat sikit
memang spital lah kau minah .
Ni pun kalau tak baik
possibility spital tu naik lah .
Mak, Angah dan semua orang
dah start berleter .
Dah tau badan senang sakit
ambik lewa je .
Padan muka kena marah .
Tapi jangan risau sangat buleyh dak?
Nanti orang baik jugak .
Jangan lah pikiq bukan-bukan .
Orang kan kuat .



Kata Hati : Mak Angah semua risau, bertambah risau lagik aku .

Thursday, August 13, 2009

Haish.

Pening. Badan mula rasa lain.
Penat agaknya .
Dah makan ubat tapi sakit masih terasa .
Nak jumpa doktor,
masa pulak tak ada .
Haish.
Tunggu esok jelah .
Harap tak ada apa lah .



Kata Hati: Bila datang time exam, mulalah badan tak sehat;(

Wednesday, August 12, 2009

robek sepuas hati .
biar sampai berdarah .
mungkin kau tak punya hati .
biarkan hati lain itu terluka.

rasa nak keluar dari semua yang ada .
mungkin cukup sampai disini .
rasa penat sudah berkayuh .
rasa penat sudah berlari .
perlu berhenti barangkali .
Tuhan itu maha adil .
setiap perbuatan ,
pasti ada pembalasan .
kita sebagai umat ,
harus tabah melalui segala yang perit .
harus terus bangkit dari segala kegagalan .
pandang sekeliling masih ada yang membantu .
untuk bangun dan mula berjalan seperti biasa .
mungkin hari ini hari kau .
esok lusa hari aku .
siapa tahu ?
percaya pada hukum dunia .
kita merancang ,Tuhan menentukan segalanya .



Kata Hati: Harus cuba bangun. Harus jadi kuat walaupun hakikatnya hanya lemah yang ada.

Saturday, August 8, 2009

Pernah fikir tak Mak Ayah?

Hairan.
Bila datang bab Mak Ayah
Banyak betul lencongan
Alasan itu ini yang dibaginya.
Tapi
Bila datang bab teman lelaki
Apa pun tak timbul masalah
Semuanya boleh.
Pelik.
Kenapa teman lelaki lebih diutamakan
sedangkan insan yang tak pernah
kenal erti penat siang dan malam,
ditatang bagai minyak yang penuh
diketepikan begitu sahaja tanpa rasa bersalah.
Lupakah engkau tiada mereka tiada kau yang sekarang?
Hilangkah kau rasa jasa mereka yang tak mungkin dapat dibalas?
Pernah kau fikir,tercalit tak perasaan kecil hati dalam diri mereka
bila kau berkelakuan sedemikian?
Sayu melihat anak apabila dipinta sesuatu pertolongan
yang tidak lah seberat mana tetapi dibalas dengan kekasaran.
Apatah lagi untuk melihat anak itu berbuat baik tanpa diminta.
Fikirlah sendiri.
Mereka hanya ada sementara sahaja untuk kita.
Bila mereka sudah tiada nanti
Usah lah kau terkilan atau sedih
kerana tidak sempat cuba membuat mereka berasa senang
dengan kelakuan kau atau
memohon kemaafan atas segala
kekasaran, perlakuan kau yang mengguris hati mereka itu.
Kerna, semua itu sudah terlambat bila mereka sudah kaku
di depan mata kau yang mana itu adalah satu kepastian akan berlaku.



Kata Hati: Niat dalam diri, mahu jaga Mak Abah selagi mereka ada dan cuba buat mereka senang denganku.

Tuesday, August 4, 2009

Maraton Masa Cuti H1N1

Cuti mid term diawalkan kes H1N1.
Sangat bosan plus tak seronok cuti mengejut.
Tapi setiap hari masa cuti tu dah ada jadual dia.

Rabu
.Duduk rumah Angah. Malam bertolak balik Kedah.

Khamis
.Duduk rumah.Macam biasa main dengan anak buah sambil layan katun.
Jumaat
.Keluar dengan Alang+Adik.Window shopping.Sangat seronok.

Sabtu
.Angah balik rumah.Tunggu hujan berhenti tapi tak berhenti. So redah je pegi Hari Penyayang kat Stadium Darul Aman. Borong gula, beras, makanan, air. Mak pesan "Nanti beli ja apa pun. Bagi habis semua kupon Rm80 tu. Beli benda yang boleh tahan lama".



Malam, ambik Firdaus+Farzana pegi jalan2 sambil shopping. Kesian Farzana, jatuh telentang. Selop nangis. Penat.



Ahad
.Pegi kedai Aunty alter seluar. Pegi office ARNC. Makan dengan akak2 kat sana. Jaja belanja. Sangat gumbira. Borak dengan Jaja. Balik rumah, pastu keluar dengan Mak+Angah pegi Pekan Rabu beli kuih sepit dll. Singgah pasar beli buah jentik-jentik dengan setoi. Cakap kat Mak "Nak beli buah ni sebab Fana dengan Erna tak penah tengok buah ni". Sangat letih.

Jentik je terbukak kulit dia

Isnin

Siap2 nak balek KL. Naseb Angah ada temankan. Sampai KL dah petang. Sempat pegi guntingrambut. Malam, keluar makan dengan Abang An. Tak larat.


Selasa
.Baru teringat buku tapi leka dengan faktor sekeliling lagi. Tak pa,nanti boleh study lagi. Tengok jam kenapa cepat sangat. Sangat malas sekarang ni.



Kata Hati: Cuti mengejut ke tak ke tetap ada aktiviti nak buat. Sangat bagos!

Wednesday, July 29, 2009

Saket Tak Hilang

Dari pukul 11 malam tadi sampai 6 pagi tadi.
Mata ni asek bukak je.
Kaki pon dah letih ulang alik dari bilik ke tandas.
Apa yang tak kena neh.
Semua makan pasti keluar balik.
Huh~ Letih!
Lama-lama boleh kurus macam ni.
Sayang lemak. Penat je kumpul dah hilang balik.
Ni bukan keracunan makanan dah ni.
Lain macam je. Tap malas nak pegi klinik.
Tak pe, aku tunggu sampai timbul bulan malam ni.
Kalau tak hilang, besok kena jugak pegi klinik.
Haish.



Kata Hati: Cepat lah baek. Dah longlai dah ni:(

Tuesday, July 28, 2009

Jom Pi Museum!

Bangun.Mengeliat.Tengok katun.

Mandi.Pilih baju.Yes, match!
Gerak keluar umah lebih kurang pukul 1215.
Singgah stesen minyak.Beli Milo + roti untuk bekalan.
Bergerak terus tanpa berlengah ke Pantai Dalam.
Ambik Kak Rukia sebagai tourist guide kat museum nanti.
Wah~~ sampai jugak museum Negara.
Terus menuju ke Pameran Bunga. Sangat seronok. Banyak bunga. Hati pun dah berbunga-bunga^_^
Bunga yang menarik perhatian-- Bunga Mayat.
Sebab:- Dia boleh tinggi sampai 10kaki and kelopak dia boleh besar sampai 3 kaki diameter. Paling best info dia, bila bunga kembang dia akan berbau macam daging yang tengah masak.
Err~ pasti sangat busuk!.



Sempat buat massage kaki supaya kaki tak stress bila berjalan nanti.


Settle tu, segera bergerak ke Pameran Darurat. Sangat kagum dengan sejarah kemerdekaan.



Seterusnya Pameran Pra-sejarak dan Malaysia Kini. Ada antara artifak dan bahan adalah asli. Yang paling takut tengkorak yang berusia lebih 10 000ribu tahun dulu. Gigi dia tetap kuat! Sebab tak makan coklat dulu-dulu. Ngee~~
Kata Kak Rukia ada satu rangka manusia perak tu, dia buat perangai sebab dia nak balik tempat asal dia. So, terpaksa letak replika saja.
Fuh~~ Hampir 5 jam aku dengan Angah kat museum. Sangat teruja! Next trip nanti nak pegi Zoo plak.Jom!
Kata Hati: Daripada pegi Shopping Mall tengok orang pelik2, better pegi tempat cenggini. Dapat jugak info menarik.

Friday, July 24, 2009

Sakit Lah Bodoh!

Semakin bergelora

Angin semakin kencang bergerak
Rasa dipulas-pulas
Haish.
Tak senang duduk dibuatnya
Sekejap ke berdiri
Sekejap duduk
Sekejap berbaring
Serba tak kena
Berjalan anak dengan pantas
Beri penuh tenaga
Ah~ Lega.
Kurang sikit rasa sakit perut ni.
Dah dua hari berulang alik
pergi bilik menunggu tu.
Pergi Doctor rupanya
silap makan.
Sah!
Cirit birit ni punca dari
makanan yang ada sekitar sini.
Pantang makan kat tempat macam ni
Mesti cirit pirit.
Naseb ada ubat ni




Kata Hati: Perut mahal..Jangan lah saket lagi.Harap cepat hilang cirit birit ni.Diam.

Thursday, July 23, 2009

At Last!

Gumbira.
No pains No gains.
Memang berbaloi penat aku turun naik Bahagian Akademik, jumpa T.Dekan Akademik, penyelaras fakulti semata-mata nak buat pengecualian kursus BBI2409 (English for Academic Purposes). Bukan tak mau ambik kursus nitapi sebab assingment dia agak beban aku tekad jugak nak buat exemption.

Hari ni ada tiga berita baik tapi still ada berita kurang enak dari mak.
Good News - Application Exemption get approval from TDA
- Drop course BBI tak payah bayar denda sebab kesilapan sistem
- Dah habis azab buat presentation dalam kuliah audit

Bad News.Sedih.
Mak call aku.
Mak: Ada apa call tadi?
Aku: Nak bagitau yang exemption subjek tu TDA dah lulus.
Mak: Alhamdulillah. Surat semua tu bagi sapa? Ada simpan tak copy dia? Takut nanti
diorang nak tengok ke, ada masalah lagi ke.
Aku: Ada. 1 bagi fakulti, 1 lagi saya dah copy simpan.
Mak: Ha,simpan semua tu. Penting tu. Abah ada mesej apa2 tak tadi?
Aku: Ada. Abah cakap dah masuk duit tapi buku tu tak jadik beli. So dah tak guna la
duit tu.

Mak: Lain abah tak da bagitau apa2 ka?
Aku: Tak dak pon. Awat?
Mak: Pagi tadi Abah pi klinik scan perut dia tu. Ada batu karang pastu doktor cakap
kat buah pinggang tu ada nampak macam lubang sikit. Semalam abah tak boleh tidoq
Tu yang dia pi jugak tu klinik.
Aku: Pastu camna? Dah pi pakar belom?
Mak: Tulah. Mak ambik cuti nanti, sok nak pi pakar buat x-ray dgn medical check up.
Tengok macam mana nanti kena operate ka camna ka.
Aku: Tak palah. Sok jangan lupa plak pi pakar. Tok sah pi klinik besa ja.
Apa2 nanti bagitau saya.
Mak: Tak palah. Tengok nanti doktor kata apa. Jangan dok risau sangat.Study elok2,
makan jaga.
Aku: Ok.

.Risau.Sedih.



Kata Hati: Dalam rasa gembira terselit jugak rasa sedih. Harap Abah tak apa2.

Tuesday, July 14, 2009

Duit Tak Ada Tapi Tetap Sakit Kaki

Kusut.
Serabai.
Minggu ni dah masuk minggu kedua duit loan belum masuk. Kitorang dah tahap nazak kering sekarang. Bila lah nak dapat ni.Tensen betol. Nak eli buk pun susah. Nak makan pun susah. Yang paling susah sekali nak soping lah. Terpaksa KIV dulu. Huh!

Tapi aku.
Dalam tak ada duit sempat lagi pergi soping.Lepas tu mula lah kering sekarang. Arghhh!!! Kurus lagik aku lepas ni. Wekend aritu Mak dengan Alang turun KL. Ada hal. Ahad tu kitorang ada family planning. Giler awal bangun sebab excited.

Tempat yang kitorang pergi tuni ha--->


Banyaknya sale~~~ Rabun aku tengok. Tak kurang jugak dengan makhluk2 lain,ramai..Aku rasa dekat situ je dah 3 jam kitorang buat operasi. After that, kitorang dah sakit kaki + lapar. Ingat nak makan je kat JJ Equine tu. Rupanya tak. Korang jangan tak tau. Mak sakit lutut tu pun boleh jalan lagi. Sini operasi kitorang yang kedua. Dekat pukul 7 lebih baru sedar nak balik.



Dah balik tu, mau ingat sendiri lah. Kaki ni sakit yang terlampau. Semalam (Isnin), aku & Angah antar Mak kat Pudu. After tu kitorang pergi Mines. Nak carik kasut. Tak jumpa. Naek train pergi Mid Valley, tak jumpa juagk. Ada pun tak menarik di hati ni. Lastly tak beli pun. Kitorang putuskan nak carik kat Bukit Bintang pulak nanti.

Pukul 11 p.m baru aku sampai kolej. Bapak sakit kaki aku. Arini macam rasa tak da kaki je.Sakit kaki.






Kata Hati: Padan muka sakit kaki. Tapi dapat juga seluar + baju. Berbaloi~

Monday, July 6, 2009

Semangat Baru!

Isnin-06 July
Cuaca: panas
Mood: coverage tak clear
Class: excited (tak sabar nak balik bilik)
Makanan: tak sedap kat mamak fac tu
Transport: kaki dah terketar2 daki jejantas kt upm
Bilik: 44 anak tangga + 36 tapak,baru sampai bilik.
Pintu katil almari tunggu masa nak roboh.



Kata Hati: Itu lah semangat sem baru aku:(

Thursday, July 2, 2009

Aku tetap Ada

Kamu harus sabar
Itu bukan masalah bagi kita
Apa yang ada
Kita patut kongsi bersama
Tidak kira susah mahupun senang.
Kita cuba cari jalan ya?
Walaupun tak banyak
Aku tetap akan bantu kamu.



Kata Hati: Satu hari nanti pasti ada balasan yang baik untuk masa sekarang.

Wednesday, July 1, 2009

1st Tag

Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja.
1. Bekas kekasih saya adalah :
Suami orang sekarang

2. Saya sedang mendengar :
Lagu tema tv3.

3. Mungkin saya patut:
Tido petang sbb nanti dah tak boleh!

4. Saya suka :
Peluk Si Buncit saya

5. Sahabat-sahabat baik saya :
Gulegulekapas yang selalu ada dengan saya

6. Saya tak paham :
Kenapa saya selalu ngantuk lepas makan

7. Saya kehilangan :
Duit!!huhu..Semua dah derma kat kedai.

8. Ramai yang berkata :
Bila nak masuk study balik?

9. Makna nama saya :
Cahaya Kebijaksanaan. Saya memang bijak^_^

10.Cinta itu adalah :
Masam Masin Pahit & Manis.Kalau deria kamu tak hilang

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
Baru bangun tido & ambik towel kat luar. ABAH.

12.Saya akan cuba :
Menabung. Sebab duit saya dah habis

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
Sampai bila-bila

14.Telefon bimbit saya :
Ada di belakang laptop saya

15.Bila saya terjaga dari tidur :
Saya akan cari bantal busuk saya & tido.

16.Saya paling meluat apabila :
Ada jerawat banyak kat muka. Sakit ati!!

17.Pesta/Parti adalah :
Suka tapi busan dengan orang2 berparti

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
Kura kuri saya

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
Waktu Tadika

20.Hari ini :
Saya senggugut & cirit birit

21.Malam ini saya akan :
Usik adik macam biasa

22.Esok pula saya akan :
Duduk rumah macam biasa

23.Saya betul-betul inginkan :
Keluarga yang bahagia

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
Ah~~ jerawat ada lagi.

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Erm..nak dua2 lah

26.Makanan Barat atau Jepun :
Mak masak lagi sedap

27.Bilik yang terang atau gelap:
Untuk apa ya?

28.Makanan segera adalah :
Boleh makan bila lapo

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
Ok?

30.Siapa yang anda mahu Tag?
Semua orang:)

Musim Buah kat Rumah

Wah~~ Banyaknya buah kat rumah walaupun cuma ada tiga jenis je. Lebih dari 1, cekgu sekolah rendah aku cakap kira banyak lah tu. Buah yang selalu ada kat umah sekarang ni--Durian-Manggis-Rambutan. Nak kata ada dusun, depan belakang rumah aku simen je, mana ada tanah nak tanam pokok. Kira import dari pasar lah buah-buah ni. Ngee~~

Durian tu sampei dah muak aku makan walaupun selalunya aku makan sikit je. Macam-macam isi dia aku tengok. Ada yang keras, lembik, manis, masam, tak ada rasa. Kira plus minus semua aku rasa lah. Sampei sakit perut aku makan. Paling banyak aku makan dengan Gulegulekapas aku, satu bijik kitorang kongsi dua. Kira banya lah tu. Dah la mahal durian yang kitorang beli tu. Haram tak sedap langsung!


Terlampau banyak durian kat rumah, mak aku varietykan durian tu. Dia buat buur kacang + isi durian. Sedap siut! Mak buat pulut durian. Lastly Mak kasik idea yang tak penah orang buat. Mak suruh buat Sandwich durian.Tak sedap lah Mak. Tak penah orang buat pun. Naseb baik dia tak buat. Kalau tak cirit birit lagi aku nanti. Fuh~~ lega.

Rambutan. Paling kurang sambutan kat rumah. Abah je yang pulun makan. Rambutan ni jarang ada sambutan kat rumah sebab isi dia kadang-kadang lekat sekali dengan kulit tu. Sakit tekak lah. Walaupun sakit tekak aku makan jugak. Siap lawan dengan Abah lagik tadi kat luar sapa makanlagi banyak. Kompom lah dia yang menang.


Lastly, favourite buah aku,Manggis!! Memang sedap lah, aku yang pulun makan kat rumah ni. Bangun tido je breakfast dengan manggis. Kira manggis jadi junk food aku lah buat masa ni. Sedap~~ rugi sapa tak makan. Tapi untung jugak kalau depa tak makan sebab aku boleh makan sorang. Hahahah..Suka ati. Aku ada baca info, kulit manggis tu khasiat dia untuk orang cirit birit kat India. Ada ke orang makan kulit tu. Pelik lah! Tapi apa2 pun aku suka manggis. Gulegulekapas, nanti bawak balik manggis ye kat dusun kampung tu.

Kata Hati: Mari lah makan buah tempatan. Jangan tak kenal buah macam member aku Miss L dah lah.

Tuesday, June 30, 2009

Chenta Itu Indah #3

Cinta itu indah
Cinta itu dasyat
Cinta itu harus difahami secara benar
Bukan secara salah
Agar cinta itu segar sentiasa
Disirami kasih & sayang yang setia.



Kata Hati: Aku cinta bangat sama kamu,Gulegulekapas.

Monday, June 29, 2009

Kenduri + Soping

Mula-mula tak nak ikut. Tetiba je teringin pulak nak makan nasik kenduri kampung. Dengan pantasnya aku mandi & carik baju yang tak payah iron. Fuh~~ naseb ada! Kak Ruhil dah sampei. Mak dah jerit 'Acik cepat!!'.
Arghh!! aku macam biasa lah, mula la kelam kelibut.

Berpeluh aku lari naek keta Kak Ruhil. Wah full, sesak dalam keta. 4 orang kat seat belakang. Naseb baek Mimi kecik. Ala...jalan jammed plak. Dekat 45 minit tunggu jalan tu clear & nak sampai rumah kenduri.

Jalan nak pegi kenduri tu memang mencabar. Lorong kecik, nak selisih dengan motor pun scary je. Silap-silap boleh jatuh dalam bendang (sawah la). Kiri kanan yang nampak masa tu bendang rumah bendang rumah. Bila la nak sampei neh. Perut aku dah nyanyi lagu techno ni. Naseb tak kuat. Ihik!

Ah~~sampei jugak. Masalah lagik! Nak parking keta pun tepi batas ban mak aku cakap batas ban tu lebih kurang sungai kecik la kat bendang. Kalau jatuh tu tenggelam la jugak. Kak Ruhil hebat lah. Boleh parking kat situ. Ada lagik cabaran sebelum boleh makan. Nak kena jalan pegi rumah kenduri tu pulak. Aku tengok bapak jauh. Sayang lemak aku ni, nak kena bakar. Dah la matahari pun panas memang terbakar lah aku.

Tak pe..Nasik kenduri punya pasal, aku jalan jugak. Lastly kenyang jugak walaupun lauk ayam dia masen. Terima kaseh Mak cik...alah tak ingat nama pe pulak. Tapi pe pun terima kaseh lah.
Aku pun balek dengan perut yang gembira ^_^

Dah kenyang baru best jalan. Balek tukar baju, siap2. eh aku jugak yang lambat?? Ish..dorg ni siap cmna cepat sangat ni. Aku, Along, Angah, Adik & 2 anak buah aku pun mulakan operasi lepas sampei kat soping complex tu. Carik barang yang nak dibeli. Sampei malam jugak lah kami pegi carik barang. Merata tempat singgah.

Memang penat sangat. Dengan jadik Nanny lagik, kira balek tu sakit kaki lah. Tapi memang
best bila pegi soping. Buat senaman mata, tangan, kaki & tulun kita belajar matematik.
Penting tu!!!



*Jauhnya nak jalan~
*Dah kenyang~~

*Kami gumbira bersama~

*Usual activities for them


Kata Hati: Sebelum nak keluar, pastikan perut diisi dulu. Baru smooth perjalanan tu^-^