Tuesday, August 31, 2010

makin rasa~~

makin rasa bosan
makin rasa tak suka
makin rasa meluat
makin rasa nak jauhkan diri
sebab saya rasa tak perlukan awak lagi.




Kata Hati: pi lah jauh2, saya tak kesah sekarang.

Sunday, August 29, 2010

Suara dari seorang adik.

Kenapa apa yang terjadi itu tak dijadikan iktibar, teladan? Kenapa yang buruk itu kamu jadikan landasan? Sedih kalau mak abah tahu yang kamu tu masih sama, masih di situ, masih lagi tidak sedar yang sikap kamu tu akan memakan diri kamu. Tak tersentuh ke kamu bila tengok mak abah tak sihat, sakit2, gusar memikirkan tentang kita semua. Lebih2 lagi diri kamu itu. Tapi itu tak ada erti apa2 buat kamu bukan? Yang kamu tahu, semua yang mereka lakukan hanyalah beban bagi kamu untuk kamu turuti. Apa yang di fikiran kamu hanyalah cara untuk lari dari kesilapan yang berlaku dengan cara yang aku fikirkan tak masuk akal langsung. Yang aku fikirkan hanya orang yang bodoh sahaja yang akan buat semua tu.
Kakak, kita harus percaya yang kesilapan itu boleh dibetulkan kalau kita betul2 mahu ia berubah dan hilang dalam hidup kita semua. Aku juga percaya, hidup kita tak akan sia2 kalau kita berusaha. Semua di sekeliling ada untuk kamu walaupun ada yang tak yakin dengan kamu itu. Tapi, kalau kamu benar2 bersungguh, pasti semua akan seiring dengan kamu. Fikirlah kakak, hidup kamu itu bukan seorang. Kalau kamu itu tak sayang diri kamu sendiri pun, ingatlah mak abah dan orang sekeliling. Kecewa mak abah kalau tahu kamu itu berfikiran demikian, luluh hati mereka kalau kamu berkelakuan demikian. Kamu itu masih muda, masih ada akal fikiran, masih jauh lagi perjalanan kita. Sepatutnya kamu bersikap positif bukannya sebaliknya. Cuba ambil semua dan jadikan dorongan dan bukan jadikannya sebaliknya seperti sekarang ini.
Kakak, aku doakan satu hari nanti kamu akan berubah.

Wednesday, August 25, 2010

semalam

aku dah buat sesuatu yang salah, sampai dia dapat tau tentang itu.
satu hari, aku tertangkap
tapi gayaku seperti tak ada apa yang berlaku, tak ada apa untuk disesali.
api dalam diri dia semakin membara, sampai sanggup memukul sahabatnya
yang ada di situ dan aku dibawa pergi dari tempat keji itu.
tiba-tiba bangunan seakan mahu runtuh, langkah kami semakin laju
tangan yang digenggam erat itu tiba-tiba terlepas.
bangunan itu akhirnya musnah
dia hanya dapat titiskan air mata bila sedari aku tiada di sisi.
meraung sekuat mana pun tak mungkin kembalikan aku, itu kata hatinya.
tapi itu hanya sementara kerna aku terselamat dari runtuhan itu.
gembira hatinya tak dapat dibayangkan, dipeluk ciumnya aku.
.
.
.
.
.
.
dia terjaga dari mimpi yang dirasai benar itu. lega itu hanya mimpi walaupun masih segar dalam ingatan.




Kata Hati: pelangi, jangan layan sgt mimpi tu. itukan mainan tidur.kita oke saja kan skrg.senyum.

Saturday, August 21, 2010

Chenta Itu Indah #16

sudah sampai masa
untuk saya gembira
yang sekeping hati saya
sudah jumpa pasangannya.

sudah sampai masa
untuk dia mencuba
yang masa itu hampir tiba
jadikan dia sebagai ketua.

sudah sampai masa
untuk dia dan saya
jalan seiring sama
utuhkan segala yang ada.




Kata Hati: harap2 apa yang ditunggu datang dengan cepat. Amin~~

Monday, August 16, 2010

dunia dah akhir zaman

sekarang,
dalam tv dalam paper
macam2 berita.
kes bunuh
kes buang anak
kes gaduh
kes mat rempit
kes rebut kuasa
macam2 kes sekarang.

dunia dah berada kt hujung,
Ya Allah, lindungilah hampa Mu ini
dari segala godaan syaitan dan dekatkanlah
aku pada Mu. Amin~~




Kata Hati: sejak2 ni aku rasa lain.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan datang lagi

hari pertama berpuasa
saya sangat suka
saya sangat tenang
saya rasa Ramadhan kali ni,
mungkin membawa keberkatanNya
pada saya.
saya harap kamu semua pun sama.
Selamat Menyambut Ramadhan kali ini
dengan penuh kesabaran (:



Kata Hati: pelangi, bila nak berbuka sama?

Sunday, August 8, 2010

bunga dalam hati dah bertambah!

saya suka bila...
kita makan sama2
sampai perot muncit ,
kita jalan sama2
sampai sakit tumit ,
kita sembang sama2
sampai lebam ,
kita tengok muvi sama2
sampai lenguh badan ,
kita main game sama2
sampai juling mata ,
kita buat semuanya sama2
sampai saya rasa bahagia sangat.



Kata Hati: janji tau, sama2 dengan saya sampai bila2.senyum.

Tuesday, August 3, 2010

sejak sejak ni

sejak sejak ni
slalu je letih.
sejak sejak ni
slalu je makan malam.
sejak sejak ni
slalu je tak sempat sms.
sejak sejak ni
slalu je tido awal.
sejak sejak ni
slalu je jadi malas
sejak sejak ni
slalu je tak sempat on lappy.
dan sejak sejak ni
slalu je rindu famili dan pelangi.




Kata Hati: taksabar tunggu sabtu kan pelangi.syiok.