Thursday, October 6, 2011

dia yang ku gelar saudara

apa silapnya, aku tak pasti
cuma kau yang mengerti
kerna itu datang dari kau sendiri
tapi kau cuba tuding jari
pada insan yang tidak ketahui
apa punca marah benci .
apa salah, puas aku cari
mungkin juga kerna iri hati
yang pada apa kau perhati
bukan itu maksud sekeliling hati
buat kau rasa tiada erti.


kadang-kadang hati kecik ni dipersetan untuk aku bencikan kau, untuk aku buang kau dari hidup aku. untuk apa aku ambik tau pasal kau, jaga hati kau kalau kau sendiri tak nak betulkan hidup kau. aku tak kata aku bagus. aku mengaku aku ni hina, tak terlepas dari dosa-dosa yg telah aku buat. tp dalam masa yg sama aku cuba untuk berubah. cuba berubah utk jadi lebih baih, berubah utk masa depan aku & demi orang-orang yg aku sayang. kalau kau nak tau, bukan kau saja yg buat kesilapan, semua org penah tersilap langkah samada besar mahupun kecik. kau tahu, bila kita buat salah semua org akan pandang sinis kita, bercakap pasal kita. tapi semua tu tak penting, buang semua tu, letak dalam tong sampah. apa yg penting bila kau rasa sekeliling jauh dari kau, sepatutnya kau cuba berubah, cuba untuk tawan hati, percaya & pandangan mereka semula. bukan dgn cara kau tuding jari, ludah & tikam mereka atas kesalahan yg kau cipta sendiri. aku bercakap atas sebab menasihati sebagai orang yg dekat dgn kau. bukan sebab aku nak tunjuk bagus, tunjuk aku lah yg baik, bukan jugak nak tunjuk yg aku bukan mcm kau, melangkah tp tak pandang ke depan. bukan itu, bukan itu maksud aku. aku cuba utk kau rasa yg ada lagi maseh mahu berjalan seiring dgn kau. tp apa yg aku dapat, sakit semata-mata, tangis yg dibalas. sampai satu tahap, hati aku terdetik utk aku buang kau, biarkan kau. sampai satu ketika hati aku berbicara, layakkah kau ku gelarkan kakak?patutkah kau aku hormat? bila mana aku lihat tangisan, rintihan, luahan yg ada pada wajah orang yg paling aku sayang. kalau bukan kerna mereka, dah lama aku tak pedulikan kau. tolong lah, tolong lah kau berubah. bukan kerna aku tp atas sebab utk diri kau & orang yg sayang kau. itu saja yg aku mintak dari kau biarpun aku dicaci maki, disalah erti kau.