Tuesday, September 28, 2010

kalau dah tak suka
kenapa maseh menduga?
kalo dah benci
kenapa maseh mencari?
kalau dah terima
kenapa maseh bersuara?
maseh keliru dengan situasi sekarang.



Kata Hati: mungkin perkenalan kita bukan selama yg kita kenal.

Wednesday, September 22, 2010

wah dah lama cuti.

rasa macam dah lama tak blogging
sebab saya ambik cuti beraya sana sini
sampai saya lupa nak updating
yang saya sekarang sedang happy dengan sekeliling.




Kata Hati: Sepatutnya raya badan makin naik tp tak pun. resah.

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri .
Saya susun 10 jari ,
dari hujung rambut sampai hujung kaki ,
harap semua dapat dimaafi ,
mari kita sambut raya dengan meriah sekali ,
sebab besok dah boleyh makan siang hari .
.senyum.

Wednesday, September 8, 2010

sebabkan kereta sial itu.

petang isnin aritu hujan lebat , aku pun setel keje kat ofis dah lambat ,
hujan belum berhenti masa aku balik , aku pun bawak moto slow2 sbb aku memang takut
bawak moto masa hujan and jalan licin . sampai je kat pekan cina yang sesak tu , ada satu kereta myvi putih depan aku , kereta tu jarak dalam 50meter kat depan ,
aku dah nampak dia jalan pelan2 , aku pun slowkan pulasan minyak supaya aku tak dekat .
tiba2 kereta tu berhenti mengejut tanpa bagi signal utk berhenti , aku pun terpaksa break emergency , terus aku hilang kawalan dalam keadaan jalan licin tu , badan aku dah cecah ke jalan dan moto stila ada atas aku , terseret ke laluan kanan tapi tak jauh dari tempat aku mula jatuh .
nasib aku baik sebab kereta dari arah belakang jauh lagi , 2 motosikal berhenti utk hulur bantuan and angkat moto aku yang dah ada kat tengah2 jalan tu .
masa bangun aku belum rasa apa2 , tapi bila dah duduk kat tepi jalan baru badan aku menggeletar , darah mula keluar dari kaki aku , kaki mula rasa kejang dan lemah .
nasib baik ada en.buncit datang tolong aku sampai aku balik ke rumah . sebabkan kereta sial tu lah aku dapat MC and dapat balik kampung awal 1hari walaupun kereta tu dgn tuan punya kereta l;arikan diri lepas nampak aku jatuh kat tengah jalan. sekarang, aku dah selamat sampai kat kedah dgn sengal2 dan kekejangan kat kaki kiri dan kanan aku sampai hari ni .


salah 1 luka jatuh moto aku.



Kata Hati: selamat hari raya semua. maaf zahir dan batin . pelangi, lpas sembahyang raya jgn lupa 3g saya ya?

Friday, September 3, 2010

Story to share.

ini cerita
tentang kawan yang mengasihi
yang sangat baik hati
sudah 36 bulan kenali
tetapi aku baru ketahui
ternyata dia bukan sejati
itu pura-puraan hati
aku tak boleh begitu dan begini
kadang kadang aku jadi jelak .
please let me be free
from this all of story
and we will find other that be happy
for you and also for me .




Kata Hati: pelangi, nanti balik raya kita jumpa ye. berbunga hati.