Tuesday, September 18, 2012

Wedding Timeline 2: Booking

Sempena cuti Hari Malaysia ni aku take advantage untuk balik kampung uruskan hal-hal wedding aku. Even penat, tapi cukup berbaloi sebab kebyanyak yg tertunggak dalam checklist aku tu settle jugak.

Pasal doorgift, mak aku as my wedding planner setuju untuk terus buat DIY yang aku rancang. And dia akan tambah 1 makanan as a doorgift nanti. DIY project aku tu belom siap lagi tapi tak pa, aku akan buat slow-slow lepas ni. Penat jugak aku ikut mak ulang alik pegi beli barang doorgift tu. Mak aku cadang untuk bagi cake orange & coffee utk tetamu.


Kek coffee tu aku dah rasa sedap! Lebih kurang mcm gambar tulah, akan ada yg aku panggil manik-manik atas dia. Oke satu bab doorgift dah settle, just nak kena pulun buat DIY ja.

Then, pasal photographer pon dah settle. Lastly aku book dekat menantu kepada sorang kenalan my mum. Aku bukan nak carik yang mahal pon. Janji dia boleh tolong snap gambar as my memorial moments on that day dah cukup. Aku dah survey banyak tapi suma yang aku survey range RM1500++. Padahal sama ja package yang depa bagi. Tangkap gambar je pon mahal nak mampuih! Tapi yang aku book ni low budget, bagus untuk aku. Thanks to Chaq Kamal & Yani sebab tolong aku dalam bab-bak gambar neh. Setlle dah dua.

Pasal baju for reception & akad nikah. For informotion, aku baru pi survey & book last weken. Akak kat tempat aku book neh sangat lah terkejut bila aku cakap kenduri bulan 11. Dia kata "Boleh noh tak book lagik dah dekat ni. Slalu pompuan ni 3 4 bulan dah book and try dah baju kawen depa". Aku cuma senyum ja. Bukan tak mau book Kak Siti oi. Sebabnya saya ni jarang balik kampung, mak nak book takut saya tak bekenan. Ni pon balik sebab mak duk kejan (push) suruh balik settle suma ni. Tema yang aku pilih Turquiose tapi disebabkan mak kata susah cari kain warna tu, aku tukar ke warna Sea Blue. Baju Nikah aku just dress putih simple penuh manik ja. Cuma aku perlu carik tudung untuk nikah. Baju reception, Kak Siti tu suggest aku pakai dress moden yang dia tgh jahit sekarang.

On Sunday night, aku dengan mak pi tengok baju yg Kak Siti cakap tu. Cantek! and aku bekenan lah cumanya aku tengok Kak Siti tu jahit mcm kecik ja. Bila tengok, aku terus try acah-acah je, ngam-ngam ja dengan aku. Siap kasut, rantai, mahkota suma aku try. Kak Siti cakap oke dah kalau baju tu. Dress tu warna putih penuh dgn manik sea blue. Mak kata up jadi lah dress tu.

Ala-ala fitting macam ni lah dress tu. (Abaikan gambar sapa yang di atas). Bila dah ambik ukuran badan, Kak Siti kata kena alter bagi kecik sket baru nampak fitting. Then bab baju pengantin laki, Kak Siti suggest baju Tomok. Aku dgn mak blur..(tetiba dengar bunyi cengkerik). Serius tak tahu macamana baju tomok tu.

Ooo..rupanya macam ni. Aku tak kesah pon janji ada baju en.tunang nak pakai. Tapi takut jugak dia tak mau pakai baju yang pelik-pelik bagi dia macam ni. Dear en.tunang, nanti awal bulan 10 kita pi tengok k contoh baju tu untuk awak.Senyum. Settle bab ketiga.

Aku rasa berbaloi jugak balik kampung last weken even penat. Nanti aku nak cek checklist apa lagi tak settle.

Nota Kaki: tinggal lagi 2bulan ja chek oi..ketaq lutut dah ni.