Thursday, April 18, 2013

Saya Tak Sibuk Cuma Tak Ada Masa

Sejak-sejak dah pegang title "Puan" ni, saya makin lupa untuk update belog usang saya ni. Sudah hampir lima bulan saya bergelar isteri. Rutin harian yg wajib bagi saya sekarang adalah memasak. Ulang sekali lagi MEMASAK. Untukpengetahuan, sebelum kawen, saya memang selalu ke dapur tp bukan untuk masak. Tengok apa yg boleh dimakan. Huh! tak senonoh kau kamu. Ya, saya akui saya bukan tak suka masak, cuma sayatak suka kuali bersama minyak panas. Sebabnya nanti dia serang saya. Okay, dah melalut pasal kelemahan saya sendiri. Dengan itu, saya neutralkan kelemahan itu dgn kelebihan yang saya ada sekarang. Saya tetap kerap ke dapur sekarang dan kerap memasak jua. Semuanya untuk suami yang tersayang.

Tugas lain macam isteri-isteri lain jugak lah kan macam membasuh, mengemas, menggosok dll (mungkin ada yang anda tidak lakukan sebabnya sudah ada amah). Semua saya cuba lakukan sendiri,dengan bantuan en.suami sebab pesan dia "Itu tanggungjawab isteri". Dan saya semakin seronok untuk buat semua itu :)
Penat tu biasa lah. Semua yang kita buat akan terasa letihnya. Tambahan pulak, saya sudah mengandung dengan usia kandungan 21 minggu sekarang. Fuh, sakit pinggang itu dah lali bagi saya. Tapi takkan nak gunaan alasan mengandung untuk kita jadi tidak produktif dalam buat kerja seharian. Bagi saya kerja harian itu satu senaman untuk saya supaya saya dan baby sehat sentiasa. Syukur, alhamdulillah. Saya mapu lagi untuk buat apa yang saya inginkan termasuk lah... shopping. Terapi oh terapi.

Cuma saya makin kekurangan masa untuk lepak-lepak lappy untuk online sambil ngunyah cekedis. Saya akan cuba untuk update selalu. Insha Allah.

Nota Kaki: Macam nak ada belog lagik satu ja. Berangan lah! ni pun tak terhapdet.

Tuesday, February 26, 2013

hidup berkeluarga

Alhamdulillah syukur.
Sudah lebih tiga bulan aku bergelar isteri kepada suamiku, Mohd Sahar Bahaman. Dalam menjadi seorang isteri, aku maseh lagi belajar untuk menguruskan rumahtanggaku bersama suami tercinta.
Seronok dan bahagia apa yang kami hajati juga hampir tercapai.
Mempunyai anak yang comel pada tahun ini akan menjadi enar kerana aku sudah pun hamil 13minggu. Perit semasa awal kehamilan digalas bersama dengan suami. Terima kasih sayang sebab sentiasa ada bila aku perlukan walaupun letih bekerja seharian. Tambahan melayan karenah ku ketika sakit.
Sekarang kami lebih bijak menguruskan hal-hal keluarga untuk masa depan. Aku sentiasa berdoa yang kita sekeluarga akan bahagia sampai bila bila walaupun ada yang mencemburui kita.
Aku tetap sayangkan suamiku dan juga bakal anak yang akan lahir nanti.

Nota kaki: segala dugaan itu mengajar kami untuk lebih tabah..