Sunday, August 29, 2010

Suara dari seorang adik.

Kenapa apa yang terjadi itu tak dijadikan iktibar, teladan? Kenapa yang buruk itu kamu jadikan landasan? Sedih kalau mak abah tahu yang kamu tu masih sama, masih di situ, masih lagi tidak sedar yang sikap kamu tu akan memakan diri kamu. Tak tersentuh ke kamu bila tengok mak abah tak sihat, sakit2, gusar memikirkan tentang kita semua. Lebih2 lagi diri kamu itu. Tapi itu tak ada erti apa2 buat kamu bukan? Yang kamu tahu, semua yang mereka lakukan hanyalah beban bagi kamu untuk kamu turuti. Apa yang di fikiran kamu hanyalah cara untuk lari dari kesilapan yang berlaku dengan cara yang aku fikirkan tak masuk akal langsung. Yang aku fikirkan hanya orang yang bodoh sahaja yang akan buat semua tu.
Kakak, kita harus percaya yang kesilapan itu boleh dibetulkan kalau kita betul2 mahu ia berubah dan hilang dalam hidup kita semua. Aku juga percaya, hidup kita tak akan sia2 kalau kita berusaha. Semua di sekeliling ada untuk kamu walaupun ada yang tak yakin dengan kamu itu. Tapi, kalau kamu benar2 bersungguh, pasti semua akan seiring dengan kamu. Fikirlah kakak, hidup kamu itu bukan seorang. Kalau kamu itu tak sayang diri kamu sendiri pun, ingatlah mak abah dan orang sekeliling. Kecewa mak abah kalau tahu kamu itu berfikiran demikian, luluh hati mereka kalau kamu berkelakuan demikian. Kamu itu masih muda, masih ada akal fikiran, masih jauh lagi perjalanan kita. Sepatutnya kamu bersikap positif bukannya sebaliknya. Cuba ambil semua dan jadikan dorongan dan bukan jadikannya sebaliknya seperti sekarang ini.
Kakak, aku doakan satu hari nanti kamu akan berubah.