Saturday, August 8, 2009

Pernah fikir tak Mak Ayah?

Hairan.
Bila datang bab Mak Ayah
Banyak betul lencongan
Alasan itu ini yang dibaginya.
Tapi
Bila datang bab teman lelaki
Apa pun tak timbul masalah
Semuanya boleh.
Pelik.
Kenapa teman lelaki lebih diutamakan
sedangkan insan yang tak pernah
kenal erti penat siang dan malam,
ditatang bagai minyak yang penuh
diketepikan begitu sahaja tanpa rasa bersalah.
Lupakah engkau tiada mereka tiada kau yang sekarang?
Hilangkah kau rasa jasa mereka yang tak mungkin dapat dibalas?
Pernah kau fikir,tercalit tak perasaan kecil hati dalam diri mereka
bila kau berkelakuan sedemikian?
Sayu melihat anak apabila dipinta sesuatu pertolongan
yang tidak lah seberat mana tetapi dibalas dengan kekasaran.
Apatah lagi untuk melihat anak itu berbuat baik tanpa diminta.
Fikirlah sendiri.
Mereka hanya ada sementara sahaja untuk kita.
Bila mereka sudah tiada nanti
Usah lah kau terkilan atau sedih
kerana tidak sempat cuba membuat mereka berasa senang
dengan kelakuan kau atau
memohon kemaafan atas segala
kekasaran, perlakuan kau yang mengguris hati mereka itu.
Kerna, semua itu sudah terlambat bila mereka sudah kaku
di depan mata kau yang mana itu adalah satu kepastian akan berlaku.



Kata Hati: Niat dalam diri, mahu jaga Mak Abah selagi mereka ada dan cuba buat mereka senang denganku.