Sunday, October 31, 2010

dia lagi.

jangan dipertikai bila dibilang ,
jangan melenting bila ditegur ,
semua kerna perlakuan kamu itu berulang ,
kamu faham bukan ?
usah guna taktik saiko kamu tu ,
sebab saya sudah bosan ,
jangan disangka disitu tenang ,
kerna setenang mana pun air ,
ia akan berkocak jua .




Kata Hati : kamu tetap sama, saya dah mula benci dgn semua ni!

Saturday, October 30, 2010

dia sama sahaja.

dia tak akan berubah.
dia maseh sama.
dia tak ada hati untuk mula hidup baru
dia maseh mahu hidup seperti dulu.
sudah!
saya dah muak dengan kamu.

Thursday, October 28, 2010

wah tak percaya!

sangat tak percaya .
saya dah buleyh bawak kereta manual !
.senyum.

bila diingatkan balik ,
banyak sbb kenapa saya tak konfident bawak manual .
1 . sbb sejak dapat lesen saya hanya memandu kereta
yg ada gear 1 2 3 4 5 dan R beberapa kali saja sampai sekarang.
(itu pun dalam keadaan terpaksa dan terdesak)

2. sbb sejak dapat lesen, saya dah mula suka kereta yg ada gear
D D2 D3 N P dan R saja.

3. sbb saya pernah memandu kereta manual & kereta tu bergerak
ke belakang di kawasan bukit.

4. sbb tiap kali saya masukkan gear 1 & nak bergerak konfirm
mati enjin or jadi semput2.

5. sbb saya pernah memandu kereta orang & berlanggar tiang
parking kat alamanda .
(kesian kawan2 saya kena tanggung kerugian bersama)

6. sbb saya memang berdegap degup bila berada di tempat
memandu kereta manual.

7. sbb saya tau ada orang lain yg buleyh memandu kereta manual
bila bersama saya.

8. sbb saya tak ada kereta manual sendiri .

so, hari ini saya sangat terkejut saya buleyh memandu kereta manual
dari rumah sampai ke jalan tun razak, sentul & wangsa maju itu.
good starting to me!






Wednesday, October 27, 2010

pelik lah!

pelik la
bila tengok orang pakai macam tu ,
mesti ke pakai mcm tu untuk tarik perhatian ?
pelik lah
bila tengok orang buat mcm tu ,
harus ke buat mcm tu untuk tarik perhatian ?
pelik la
bila tengok orang cakap macam tu ,
wajib ke cakap mcm tu untuk tarik perhatian ?
pelik la
bila tengok orang kita fikir macam2 pasal orang ,
tapi pernah tak kita fikir apa orang cakap pasal kita ?
as conclusion, kita ni sama je
sama2 buat silap , sama2 nampak salah orang
tapi tak boleh terima salah diri sendiri kadang kala tu.
betul?




Kata Hati: saya cuba baiki diri sy utk lebih matang lagi pelangi!

Tuesday, October 26, 2010

teruskan!

rasa makin susah
rasa makin gelisah
tapi semuanya mula dengan payah
sebelum rasa senang.
jangan putus asa!

Monday, October 25, 2010

Ya Allah ,
permudahkan lah semuanya.
Amin~~



Kata Hati: pelangi, lambat lagi ke?

Friday, October 22, 2010

6 4 2 0?

mula2 dulu enam,
lepas tu empat,
sekarang dua,
akan datang kosong ke?
dush! saiz seluar saya makin berkurang.
sape2 ader tips tak camna nak gumuk?



Kata Hati: pelangi, kamu semakin gembira skrg. saya dah tak resah.

Thursday, October 21, 2010

rewars for us. 1 2 3 SHOOT!

Lepas 4 tahun berperang
akhirnya kita semua menang .
dapat sesuatu untuk dijulang
yang jadikan semua pihak berasa girang
dengan apa yang dikecapi sekarang .
ini lah masa untuk kita semua girang
sambil senyum dalam panas yang bukan kepalang
hari yang jadi kenangan pada kita semua . senyum.

























Kata Hati: Thanks frenz, thanks en.photographer . wink.

Tuesday, October 19, 2010

tolong diam sebentar buleyh tak?
rimas lah!

Sunday, October 17, 2010

harus kuat!

semakin berat aku rasa
beban semakin melanda
datang bertandang serantak
Ya Allah, aku mohon kekuatan dariMu
untuk aku tempuh semua ini.




Kata Hati: rasa kosong.

Sunday, October 10, 2010

♥♥special for myself♥♥

congratulation~
and celebration~~
finally, i got the reward for 4 years officially.
thanks to all who supporting me & also myself too .









Kata Hati: kamu tetap ada di situ. senyum.












Friday, October 8, 2010

Chenta Itu Indah #17

Tiga perkataan yg menggetarkan jantung
Tiga perkataan yg menggoyangkan hati
Tiga perkataan yg memutarkan kepalaku
hanya tiga perkataan ,
I lOVE YOU!
Kata Hati: Baru bebunga, dah ada duri balik.huh~~

Wednesday, October 6, 2010

23tahun 1hari

wah!
dah tambah lagi satu tahun ni .
harus jadi lebih matang ,
harus jadi lebih dewasa .
thanks to all for the wishes .smile.



Kata Hati: Pelangi, saya harap plan kita menjadi. Harap sangat~~

Tuesday, September 28, 2010

kalau dah tak suka
kenapa maseh menduga?
kalo dah benci
kenapa maseh mencari?
kalau dah terima
kenapa maseh bersuara?
maseh keliru dengan situasi sekarang.



Kata Hati: mungkin perkenalan kita bukan selama yg kita kenal.

Wednesday, September 22, 2010

wah dah lama cuti.

rasa macam dah lama tak blogging
sebab saya ambik cuti beraya sana sini
sampai saya lupa nak updating
yang saya sekarang sedang happy dengan sekeliling.




Kata Hati: Sepatutnya raya badan makin naik tp tak pun. resah.

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri .
Saya susun 10 jari ,
dari hujung rambut sampai hujung kaki ,
harap semua dapat dimaafi ,
mari kita sambut raya dengan meriah sekali ,
sebab besok dah boleyh makan siang hari .
.senyum.

Wednesday, September 8, 2010

sebabkan kereta sial itu.

petang isnin aritu hujan lebat , aku pun setel keje kat ofis dah lambat ,
hujan belum berhenti masa aku balik , aku pun bawak moto slow2 sbb aku memang takut
bawak moto masa hujan and jalan licin . sampai je kat pekan cina yang sesak tu , ada satu kereta myvi putih depan aku , kereta tu jarak dalam 50meter kat depan ,
aku dah nampak dia jalan pelan2 , aku pun slowkan pulasan minyak supaya aku tak dekat .
tiba2 kereta tu berhenti mengejut tanpa bagi signal utk berhenti , aku pun terpaksa break emergency , terus aku hilang kawalan dalam keadaan jalan licin tu , badan aku dah cecah ke jalan dan moto stila ada atas aku , terseret ke laluan kanan tapi tak jauh dari tempat aku mula jatuh .
nasib aku baik sebab kereta dari arah belakang jauh lagi , 2 motosikal berhenti utk hulur bantuan and angkat moto aku yang dah ada kat tengah2 jalan tu .
masa bangun aku belum rasa apa2 , tapi bila dah duduk kat tepi jalan baru badan aku menggeletar , darah mula keluar dari kaki aku , kaki mula rasa kejang dan lemah .
nasib baik ada en.buncit datang tolong aku sampai aku balik ke rumah . sebabkan kereta sial tu lah aku dapat MC and dapat balik kampung awal 1hari walaupun kereta tu dgn tuan punya kereta l;arikan diri lepas nampak aku jatuh kat tengah jalan. sekarang, aku dah selamat sampai kat kedah dgn sengal2 dan kekejangan kat kaki kiri dan kanan aku sampai hari ni .


salah 1 luka jatuh moto aku.



Kata Hati: selamat hari raya semua. maaf zahir dan batin . pelangi, lpas sembahyang raya jgn lupa 3g saya ya?

Friday, September 3, 2010

Story to share.

ini cerita
tentang kawan yang mengasihi
yang sangat baik hati
sudah 36 bulan kenali
tetapi aku baru ketahui
ternyata dia bukan sejati
itu pura-puraan hati
aku tak boleh begitu dan begini
kadang kadang aku jadi jelak .
please let me be free
from this all of story
and we will find other that be happy
for you and also for me .




Kata Hati: pelangi, nanti balik raya kita jumpa ye. berbunga hati.

Tuesday, August 31, 2010

makin rasa~~

makin rasa bosan
makin rasa tak suka
makin rasa meluat
makin rasa nak jauhkan diri
sebab saya rasa tak perlukan awak lagi.




Kata Hati: pi lah jauh2, saya tak kesah sekarang.

Sunday, August 29, 2010

Suara dari seorang adik.

Kenapa apa yang terjadi itu tak dijadikan iktibar, teladan? Kenapa yang buruk itu kamu jadikan landasan? Sedih kalau mak abah tahu yang kamu tu masih sama, masih di situ, masih lagi tidak sedar yang sikap kamu tu akan memakan diri kamu. Tak tersentuh ke kamu bila tengok mak abah tak sihat, sakit2, gusar memikirkan tentang kita semua. Lebih2 lagi diri kamu itu. Tapi itu tak ada erti apa2 buat kamu bukan? Yang kamu tahu, semua yang mereka lakukan hanyalah beban bagi kamu untuk kamu turuti. Apa yang di fikiran kamu hanyalah cara untuk lari dari kesilapan yang berlaku dengan cara yang aku fikirkan tak masuk akal langsung. Yang aku fikirkan hanya orang yang bodoh sahaja yang akan buat semua tu.
Kakak, kita harus percaya yang kesilapan itu boleh dibetulkan kalau kita betul2 mahu ia berubah dan hilang dalam hidup kita semua. Aku juga percaya, hidup kita tak akan sia2 kalau kita berusaha. Semua di sekeliling ada untuk kamu walaupun ada yang tak yakin dengan kamu itu. Tapi, kalau kamu benar2 bersungguh, pasti semua akan seiring dengan kamu. Fikirlah kakak, hidup kamu itu bukan seorang. Kalau kamu itu tak sayang diri kamu sendiri pun, ingatlah mak abah dan orang sekeliling. Kecewa mak abah kalau tahu kamu itu berfikiran demikian, luluh hati mereka kalau kamu berkelakuan demikian. Kamu itu masih muda, masih ada akal fikiran, masih jauh lagi perjalanan kita. Sepatutnya kamu bersikap positif bukannya sebaliknya. Cuba ambil semua dan jadikan dorongan dan bukan jadikannya sebaliknya seperti sekarang ini.
Kakak, aku doakan satu hari nanti kamu akan berubah.