Thursday, January 12, 2012

perempuan malang

baru2 ni ada seorang perempuan malang cari saya. cerita dan tanya itu in. hanya kerna seorang lelaki yg dah lama mati dalam hidup saya walaupun sebagai seorang kawan. cerita perempuan malang ni buat saya mahu gelakkan dia sampai terguling2. apa sebabnya, sebab dia bodoh. kisah dia boleh buat teladan bagi perempuan lain.
kisahnya bermula bila perempuan malang ini telah termakan pujuk lelaki durjana (lelaki X) ini. hidupnya makin tidak keruan sehingga memaksa dia mencari saya menjadi punca goyahnya hubungan dia dengan lelaki X. saya ceritakan segalanya, segala keburukan dan jugak nasihat pada perempuan malang ni. tapi apa boleh buat dia pilih jalan itu. jangan kau salahkan orang atas keputusan kau sendiri. akhirnya perempuan malang ni muntahkan apa yg tersirat dalam hatinya. dia dah rosak bersama lelaki durjana itu. itu alasannya dia tak dapat tinggalkan binatang tu. itu hak kau, jangan kau datang cerita pada aku. sampai bila kau nak jadi perempaun simpanan lebih tepat lagi sebagai PEREMPUAN MURAHAN. untuk dia bernikah dengan kau, rasanya tidak mungkin. aku hanya boleh kasihankan kau saja. THE END .



Moral: jgn jadi mcm perempuan bodoh ini ya kawan2 perempuanku.

Thursday, December 29, 2011

computer sgt bijak!

setiap kali on internet
tak sampai 15 minit
terus shut down sendiri
computer ofis saya sgt bijak!
tak bagi saya ngular.



Moral: Kerja 8 jam, berkhidmat sepenuhnya pd syarikat, bagus!

Wednesday, December 21, 2011

saja masuk nak menyapu
dah berhabuk dah blog ni.
tak pa, nanti ada masa lagi
nak kemas2 balik blog ni.



Nota Kaki: busan gheja -_-

Wednesday, December 7, 2011

rasa pening-pening

macam naik bot.

boleh tahan ke ni?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

tak tahan!

kena ambik cuti jugak!

Tuesday, November 29, 2011

arghhh!!

dah tak tahan!
kalau semuanya aku.
dah tak tahan!
kalau salah org lain aku kena tempiasnya.
dah tak tahan!
kalau aku saja orangnya.
dah samapi masa!
untuk aku berubah angin kut.



Kata Hati: mati lah oi, aku ada sepasang tangan bongok!

Wednesday, November 16, 2011

menyampah!

rasa menyampah
muka macam taik!
cari pasal terkena batang hidung sendiri
lari masuk bilik bila rasa malu
thumb up untuk kau!


Kata Hati: aku memang dah start buang kau dlm kotak fikiran aku.

Wednesday, November 9, 2011

cuba jadi klon

weyh!
tak payah la kau nak jadi aku
sampai bende kecik yg aku ada pon kau nak.
kau dgn aku tu lain, cuba lah jadi diri sendiri.
kadang, aku rasa kau ni cemburu.
sebab tu apa aku ada, kau pon nak jugak.
yg peliknya, bila kau tak dapat
mula lah kau nak masam mencuka.
kadang nak gelak pon ada kesian pon ada
tak pa lah janji kau bahagia dgn itu semua.



Nota kaki: bagus! teruskan usaha sampai kau putus asa ahaks!

Monday, October 24, 2011

khas buat kau

aku maafkan kamu
tak perlu kita bertemu
cukup kau tahu
yang aku maafkan kamu
teruskan hidup
jangan sebut namaku lagi.



Nota Kaki: lagu malique ft. jamal ni khas utk kau setan!

Tuesday, October 18, 2011

Chenta Itu Indah #25

dear sayang pelangi

start from this minute,
will be the longest times ever
we are together
and sayang pelangi
i want u to know
i luv u and really luv u damn much
stop being cold
i dont know how to luv a cold person oke?



Kata Hati: penatnya~ beban keja b+

Wednesday, October 12, 2011

berdebar

rasa gentar,
nak pergi ke tangga seterusnya.
rasa gentar,
untuk pikul tanggungjawab yg lbh berat
hari esok,
mula langkah baru utk aku
dlm buku keja aku.



Kata hati: Tuhan,permudahkan segalanya utk aku. Amin~

Thursday, October 6, 2011

dia yang ku gelar saudara

apa silapnya, aku tak pasti
cuma kau yang mengerti
kerna itu datang dari kau sendiri
tapi kau cuba tuding jari
pada insan yang tidak ketahui
apa punca marah benci .
apa salah, puas aku cari
mungkin juga kerna iri hati
yang pada apa kau perhati
bukan itu maksud sekeliling hati
buat kau rasa tiada erti.


kadang-kadang hati kecik ni dipersetan untuk aku bencikan kau, untuk aku buang kau dari hidup aku. untuk apa aku ambik tau pasal kau, jaga hati kau kalau kau sendiri tak nak betulkan hidup kau. aku tak kata aku bagus. aku mengaku aku ni hina, tak terlepas dari dosa-dosa yg telah aku buat. tp dalam masa yg sama aku cuba untuk berubah. cuba berubah utk jadi lebih baih, berubah utk masa depan aku & demi orang-orang yg aku sayang. kalau kau nak tau, bukan kau saja yg buat kesilapan, semua org penah tersilap langkah samada besar mahupun kecik. kau tahu, bila kita buat salah semua org akan pandang sinis kita, bercakap pasal kita. tapi semua tu tak penting, buang semua tu, letak dalam tong sampah. apa yg penting bila kau rasa sekeliling jauh dari kau, sepatutnya kau cuba berubah, cuba untuk tawan hati, percaya & pandangan mereka semula. bukan dgn cara kau tuding jari, ludah & tikam mereka atas kesalahan yg kau cipta sendiri. aku bercakap atas sebab menasihati sebagai orang yg dekat dgn kau. bukan sebab aku nak tunjuk bagus, tunjuk aku lah yg baik, bukan jugak nak tunjuk yg aku bukan mcm kau, melangkah tp tak pandang ke depan. bukan itu, bukan itu maksud aku. aku cuba utk kau rasa yg ada lagi maseh mahu berjalan seiring dgn kau. tp apa yg aku dapat, sakit semata-mata, tangis yg dibalas. sampai satu tahap, hati aku terdetik utk aku buang kau, biarkan kau. sampai satu ketika hati aku berbicara, layakkah kau ku gelarkan kakak?patutkah kau aku hormat? bila mana aku lihat tangisan, rintihan, luahan yg ada pada wajah orang yg paling aku sayang. kalau bukan kerna mereka, dah lama aku tak pedulikan kau. tolong lah, tolong lah kau berubah. bukan kerna aku tp atas sebab utk diri kau & orang yg sayang kau. itu saja yg aku mintak dari kau biarpun aku dicaci maki, disalah erti kau.



Wednesday, October 5, 2011

October Fifth

hari ni genap sudah dua puluh empat
banyak yg datang mendoakan
ada jugak yg menyakat
apa2 pon aku jugak mahukan yg terbaek
untuk diri & masa hadapan.



Nota kaki: thanx to everyone 4 the wish & bold thanx to family & pelangi 4 being besides me always. senyum.

Tuesday, October 4, 2011

perasaan 6

dekat orang kau cerita mcm kau dah benci sangat
tapi dlm hati kau maseh lagi mengharap.
aku pun perempuan mcm kau
kalau kau suka just cakap saja
tak payah nak cerita gebang yg kau dah tolak dia.




Kata Hati: diomand mmg mcm tu slalu menipu.

Wednesday, September 28, 2011

i fall in love again with the same man..
can someone tell me not to stop at there only?
na-ah~~ i'll never stop loving him again and again..
because i never get bored to love him .



Tuesday, September 27, 2011

pelangi ^_^

hari minggu yg panjang
bersama pelangi tersayang
.senyum.


Kata hati: syiok pi mancing tp penat x tido semalaman .

Friday, September 23, 2011

langkah yg tak pasti.

kata pelangi :
ok, tengok air coke mcd ni,
kenapa dia tak tumpah ?
sebab ada bekas yg tampung dia.
then kalau ada penutup,
macam mana nak minum ?
kiter gunakan straw.

translation:
apa yg kamu buat, sokongan pelangi sentiasa ada .
setiap halangan yg mendatang, mesti ada penyelesaiannya .

so qilah sahak, berani ke tak?


Nota Kaki: sakit terpijak ubat stappler. ngok!

Thursday, September 22, 2011

perasaan 5

susah kalau macam ni
kalau asek stop in half way je
penat lah weyh aku camtu !
kau senang2 goyang kaki
aku penat2 bayar itu ini .
pastu kau nak terasa hati
bila aku cakap kau macam tu .
memang betul kut apa yg aku kata
kau tu yg berperangai
jgn nak salahkan org pulak .



Nota Kaki: muak nak layan kau dah. fedap!

Wednesday, September 21, 2011

aku minta pada Tuhan ,
kekalkan hubungan yg ada
antara aku dan dia
biar kaseh dan sayang berkekalan
sehingga nafas yg terakhir .



Kata Hati: ini untuk hari yg ke tiga ribu tiga puluh tiga pelangi ^_^

Thursday, September 15, 2011

bersenda

masa untuk bersua
hampir tiba.

masa untuk bersuka
jangan sampai berduka.

masa untuk redeem
pelok cium pelangi!



Nota kaki: rindu mak abah lah );

Tuesday, September 13, 2011

Chenta Itu Indah #24

untuk merindui dia
menjadi 1 kewajipan dalam hidup aku.
macam air yg sedang mengalir
tak kan pernah putus.
dan sekarang,
aku dah mula merindui dia semula
seperti yg sedetik lepas.



Kata Hati: psssttt. pelangi, aku rindu kau lah!

Friday, September 9, 2011

reward menanti

kalau ada rezeki, mungkin akan jadi.
untuk kesabaran, menyusul dengan ganjaran.
kalau benar apa yg dijangka, syukur kepadaNya.



Kata Hati: mungkin dlm sebulan lagik,hopefully so.berharap.

Thursday, September 8, 2011

betul kata mak

kata mak,

"pilih orang yg sayang kita lebih"
"bukan pilih orang yg kita sayang lebih"



Kata Hati: nak redeem pelok ciom pelangi hari ni weee~~~

Wednesday, September 7, 2011

kosong

bak air yang penuh dibiar
lama-lama akan kering.
macam tulah perasaan.
.hela.
kalau dibiar perasaan tu
lama-lama akan hilang jugak.



Nota kaki: sikit sikit aku makin lupa lahanat tu.

Tuesday, September 6, 2011

sudah.

kau tak pernah rasa cukup bukan?
sudah-sudah lahh!
lupakan yang dulu.
aku kesiankan kau sebenarnya.
jangan sakiti diri sendiri lagi.
jangan diingati lagi yang berlaku.
jalan hidup kau masih jauh.
jangan terlalu memaksa sayang.
lepaskan yang bukan milik kau.
Tuhan itu ada.
jangan pernah berhenti berdoa, ya?


*kelu


Kata hati : selalu nangis kerna matinya cinta, tapi penah kau menangis kerana fikirkan dosa?

Monday, September 5, 2011

jari comel ke-3 untuk kau

sekor tupai jantan jatuh dari pokok. tengok! kan orang tua tua dah cakap, jangan duk bohong! last-last kantoi jugak! kantoi depan mata seh! beza cepat atau lambat je pun! nahaii, pedih dia sampai ulu hati oke. Memang sentap lah kan bila sendiri tangkap dia jatuh. tak pa, aku lek lek je. ape ade hal lah. betul tak? bukan ader meaning sangat pon, singgahan ja.


*sorok belakang pintu, menangis macam kena tibai dengan abah.
pastu ingat dapat pujuk orang dengan air mata dia. gelak sampai menanah kot. weyh, tak da la hebat sangat pon bila semua pandang kau dengan senyuman, then masing masing pusing belakang tunjuk jari tengah yang comel tuh. cool kan :) jangan perasan lah hebat sangat kau tu. semua yang pandang kau tu ada makna lah.



Nota Kaki: sekarang kau seronok, nanti kau yang sakit. tuih!



Tuesday, August 30, 2011

setahun hanya sekali

"Selamat Hari Raya"
"Maaf Zahir & Batin"



Nota Kaki: pelangi, sabar ye.kejap je standby tu~

Friday, August 26, 2011

sekali lagi

.untuk entry semalam.


mula kau ambik hati aku
baling kat dinding sampai pecah
hari ni kau kutip semua serpihan tu
dan cuba untuk cantumkan semula.

hati rasa mati
tapi tetap degil untuk membenci
rasa lembut dari gusi
untuk bagi peluang sekali lagi.

tolong jangan sakiti lagi
biar ini yang terakhir
sebab takut akan terjadi
bila perasaan itu sendiri mati.




Kata Hati: hati belum mati. aku sayang kau lah!

Tuesday, August 23, 2011

frustated!

Tuhan itu Maha Adil
apa yang diperlakukan itu pasti ada balasannya,
untuk kau sakitkan hati orang disekeliling kau
mungkin itu semua akan berbalik pada kau satu hari nanti.
cuma satu yang mencuriga,
kenapa terlalu susah untuk kau berlaku jujur
atas apa yang kau inginkan?
kenapa perlu diulangi benda yang pernah berlaku?
kemudian ungkapan maaf dan kesal ditiup sekali lagi
tapi yang berlakunya berulang kali.
atau kau itu belum puas dengan apa yang ada
dan belum puas untuk mainkan perasaan?
manusia memang pandai bermain dengan kata-kata dan berpura disebalik kata itu.
aku tak salahkan kau dan kau juga. itu adat manusia,
lumrah dalam hidup.

.gamam.


aku terus kuat untuk apa yang terjadi dan aku kuat kerna aku,
walaupun hakikatnya aku sebaliknya.
Demi Allah, aku tak sekuat mana pun untuk dugaanNya.
*titis*


Tuesday, August 9, 2011

perasaan 4

baru meninggi
harap tak ulang lagi
makin berapi
bila ditolak hingga ke tahap tinggi
tolong fahami
bukan aku sendiri
maseh ada kanan dan kiri
cuma perlu diingati
yang dia perlu pelajari
atas satu sebab yang perlu ketahui
apa sebab dia di sini
jika hanya untuk goyang kaki !



Kata Hati: stress kowt kalau aku sorang je buat gheja .

Thursday, August 4, 2011

kecelakaan

ketika tengah mengalami kecelakaan
ada yang keriangan
melihat aku kerunsingan.



Kata Hati: bulan mulia ini lebih banyak dugaan Nya.

Thursday, July 21, 2011

berhabuk!

lama tak update belog ni
banyak yang nak diluahkan
tapi terlalu sibuk dengan aktiviti harian
naseb ada kelapangan.
cuba tulis dalam ringkasan.

pelangi,
maseh sama,
cuma kadang berombak dan kembali tenang.

kerja,
memang kadang hilang kesabaran,
tapi maseh ada palitan untuk bersabar.

kehidupan,
ada yang cuba meruntuhkan semangat,
ada yang datang memberi kekuatan,
dan ada jugak yang cuba ambil kesempatan.

keluarga,
maseh ingat dan rindukan yang di kampung,
anak buah kesayangan, kakak kesayangan,
dan paling rindu mak & abah tercinta.

kesimpulan:
apa yang mendatang, harus dirintang.
apa yang berlaku, harus ditempuh.
apa yang ditentukanNYa, wajib diterima.



Kata Hati: aqilah, kamu tu jangan lemah. dah jatuh, kena bangun balik.

Tuesday, June 14, 2011

apa ni?

saya rasa saya tak buat salah apa2
kenapa perasaan itu perlu ada
niat hanya kawan berkongsi suka duka
tapi disalah ertinya.
satu yang dipinta,
agar dibuang apa yang dirasa
kerna itu mungkin menjerat diri satu ketika
saya juga perempuan, seorang wanita
saya faham jiwa dan raga yang disana
jika diketahui bila tibanya masa
pasti hancur segalanya apa yang dibina .



Kata Hati: susah bila hubungan itu disalah erti.

Monday, June 6, 2011

melekat!

melekat pulak!
jangan biar terus kat situ sampai kering
nanti susah diri sendiri.



Kata Hati: salah sapa?

Thursday, June 2, 2011

Chenta Itu Indah #23

biar ada suara yang berlalu
tetap hati keras membatu
walau berat tanggungan di bahu
tetap hati maseh menunggu
biar kaseh ditahan membuku
walau ikatan belum menentu
kerna sayang sanggup menunggu.



Kata Hati: pelangi, jangan jauh tau.

Thursday, May 26, 2011

fly fly fly.

Date: 19 ~ 21 May 2011
Location: Langkawi Island















Notes : Next trip will be soon oke?

Friday, May 6, 2011

Chenta Itu Indah #22

besok hari kebesaran
sebabnya ,
kami akan bercanda habis habisan
atas alasan ,
dah parah rindu ni
.senyum lebar lebar.



Kata Hati: nak reddem pelok cium encik pelangi.

Thursday, May 5, 2011

mase ada masa.

sekarang baru nampak
yang kamu tu betul serius dengan saya .
tapi itu belum menjamin apa2
sebabnya saya maseh curiga dengan kamu .
maseh ada palitan kotor tu dalam minda saya
dengan apa yang telah kamu bohongi saya .
tak mengapa ,
maseh ada peluang untuk kamu buktikan segalanya .




Kata Hati: dah berbelah bahagi skrg.

Wednesday, May 4, 2011

perasaan 3

merah-merah
semakin parah .
hanya sementara
tapi berbisa.
mula rasa rimas
habis bebekas .
cepatlah pergi
jangan ganggu lagi .
argrhhh!!

Thursday, April 28, 2011

dalam banyak-banyak perangai

walaupun tak suka, tapi dah cecah lima bulan bersuka duka .
walaupun marah, tapi tetap melayan dengan tabah .
memang tak ramai tapi bermacam perangai .
bila diingat dan diamati, rasa macam nak geli hati .
kat sini macam-macam ada antaranya:

1. encik sepah - kalau ambik apa-apa, mesti tak penah simpan
assumption : kesian si isteri nak mengemas
ila always said : ish, awak ni slalu tak simpan. simpan balik!

2. encik bebel - kalau ada je, non stop bercakap.
assumption : kat rumah mesti pendiam, sebab tu dia lepas gian bercakap.
ila always said : apa la kau cakap banyak ni. pergi kacau org len.

3. encik ponteng - suka hati tak datang, lepas tu marah potong salary.
assumption : not responsible person. tak boleh harap .
ila always said : dah buat ke belum. tulah tak datang saya pulak yg kena.

4. encik last minute - dah la lambat, masa tu jugak nak tak kira macam mana.
assumption : suka buat lambat, pastu kalut .
ila always said : belum lagi. tengah buat ni.

5. encik tak tepati masa : kalau buat appoitment, suka biar org tunggu lama.
assumption : dia ni lupa ke, saja buat org tunggu lama
ila always said : ok nanti sayainform org tu suruh dia tunggu.

6. encik rajin bekerja : kena buat even tak rela.
assumption : kesian family, mesti bosan tak jalan .
ila always said : penatnya~~ tak da masa rest langsung.

7. encik posmen : kadang-kadang tak hantar pun & mesti call kalau tak dapat.
assumption : mesti pergi tempat lain.
ila always said : awak tak pergi erk?

8. encik gelak kuda : kalau gelak dah mcm kuda.
assupmtion : nil
ila always said : awak ni gelak, control sket.

9. puan kelam kabut : kalau org tanya, mula lah berpeluh tangan
assumption : tak boleh org push2, mesti gelabah nanti.
ila always said : tak pe, try dulu. mesti boleh punya.

10. encik claims : sekarang ni byk pulak claims dia.
assupmtion: wah, dah rajin bekerja sekarang!
ila always said : ah, claims lagik?

yang ni antaranya, banyak lagi kalau nak bercerita .
bermacam warna, bermacam ragam but ini lah yang kena belajar .
"what ever their bad habits, they also have the good behaviour"


Kata Hati: aish, dah macam mak dorg kat sini.

Saturday, April 9, 2011

susah hati

"kena patuk ular?" sangat merisaukan! Kata Hati: kamu itu ada saja yg tak kena hurm~~

Thursday, March 31, 2011



saya rindu pelangi saya );

Saturday, March 26, 2011

tujuhtahunsepuluhbulanlimabelashari

tiada lagi senyum
tiada lagi ketawa
dan tiada lagi bahagia
hanya ada suram
hanya ada muram
dan hanya ada derita
semuanya berlalu
sebagai kenangan
sebagai pengalaman
dan sebagai pengajaran
mulai saat ini
mulanya buku baru
mulanya langkah baru
harus kuat
harus tabah
harungi semua tanpa pelangi lagi
Last shout: ini yg terbaik.

Wednesday, March 23, 2011

bangun jalan duduk

panggil
bangun
jalan
tengok
jalan
duduk

panggil
bangun
jalan
tengok
jalan
duduk

panggil
bangun
jalan
tengok
jalan
duduk



note: kau ingat aku ni robot ke?

Monday, March 14, 2011

Chenta Itu Indah #21


Kata Hati: slalu titissbb pelangi ;(

Tuesday, March 8, 2011

perlu atau tidak

.mencari kerja yg lebih menenangkan jiwa.



Kata Hati: fak lah!

Thursday, March 3, 2011

perasaan 2

hey !
aku ada 2 tangan saja
aku pun ada jugak kerja nak dibuat
aku pun sibuk macam kau
rasanya lagi sibuk dari kau
yg hanya tahu sibukkan diri dgn peribadi kau
hey !
aku tau kau tu siput dalam kerja
tapi jgn lah jadikan alasan
nak bagi kerja kau kat orang lain
hey !
aku tak rasa kau tak boleh buat sendiri
sebabnya kalau terpaksa siap jugak semua
walaupun makan masa hampir 2 3 hari
hey !
kakau tau tak ada kemampuan
dan rasa tak nak cuba belajar
jgn lah berani angkat tangan untuk itu
hey !
kau dah melampau
dah uji kesabaran aku
maaf lah lepas ni tak ada lagi kasihan




rasa marah: ada ka patut panggil aku sbb nk fotostat gheja dia ja.
stupid dumdum.

Thursday, February 24, 2011

ceritarama1

dalam hari-hari yang datang, mesti ada duka yg menjenguk. macam hari ni, one of my friend ada kisah yg munkin tinggal kesan untuk dia. semuanya kerna lelaki durjana, yg tak sedar diri bila bersalah tp berani bersuara bila salah org lain diketahui. ofismate aku yg makin rapat dgn aku skrg ni luka di muka & bibir bila ditampar lelaki sial tu. hey, kau tu hanya boyfriend dia aje, belum lagi suami dia! even kau laki dia pon, jatuh martabat lelaki kau bila perempuan kau aniaya tau! bentak aku bila dpt tau kawan aku ni kena tampar tengahari tadi. kesian ofismate aku yg nk ambik cuti rht seminggu ni. tak pelah ofismate, ambik ms kay utk pulih balik semuanya. hopefully u realize that he's not the one u need.



MORAL: cuba jgn rapat dgn lelaki durjana mcm ni.

Tuesday, February 22, 2011

perasaan 1

bila buat baik
dipijaknya mereka
bila buat endah tak endah
dikatanya celaka
hey, aku ke korang yg sampah
jangan nak sedap molot aje
pakai baju tu elok2 dulu
baru boleh ukur orang lain punya
cabai lah




p/s : pegi lah lalat semua!

Saturday, February 19, 2011

lappy ku makin nazak

dia makin sakit
nadi x sehat
ada sape2 blh tlg saya?
repairkan screen lappy sayang saya.



Kata Hati: bila nak pegi pantai timur ni..

Monday, February 14, 2011

Chenta Itu Indah #20

duabulanlagi.
tambahlagisatujari
.berbunga.
Kata Hati: sa6ya jth cinta lg lah.

Thursday, February 10, 2011

kesayangan baru saya

masa balik kampung aritu
jalan2 dgn adek

sekali pandang, terus tertarik hati
tak payah nak fikir pjg
terus dipinang aku
anak2 buah teruja (tambah2 firdaus)
apatah lagi aku yang semangat membara
12 jam dalam kereta ,
tau itu sangat perit & stress utk dia
hilang selera makan & duduk membatu
tapi besoknya dah ceria & kuat makan
sampai skrg dia maseh sama
aktif & kuat makan, si chumel saya TINA.





**ni lah kesayangan saya skrg TINA

Tuesday, February 8, 2011

pelangipelangipelangi

otak dah jadi beku
bila ingat kau yang beribu batu
saya rindu incik pelangi saya juta2 anggur !



lastshout: pelangi,imu lah!

Sunday, January 30, 2011

k.i.t.a

k.i.t.a itu maseh kita lagi
dan tetap akan jadi k.i.t.a
InsyaAllah .

k.i.t.a ada itu ini
tapi kurang merasanya
seperti kamu semua .

betul ,
ingin memberontak itu ada
tapi macam k.i.t.a cakap
kamu itu tahu tidak sebab nak memberontak tu ?

sumpah ,
syukur k.i.t.a maseh ada
sentiasa bagi yang terbaek
walaupun kadang dirasa itu belum cukup puaskan hati .

kerna k.i.t.a
itu yang pasti katanya .



Kata Hati: pelangi, sorry semlm maki kamu mcm sampah. sumpah tak sengaja !

Sunday, January 23, 2011

lari
lari
lari
sampai bila nak lari ?
penat lah ngok!

Wednesday, January 12, 2011

semua nampak suram.

tengok langit ,
bintang samar-samar je
jauh kat sana .
matahari pulak ,
kadang-kadang je nampak sinarnya .
bulan lagi lah ,
susah sekali nak muncul sekarang .
pelangi tetap ada ,
cuma tak seperti selalu
tak seceria dulu .
angin sering melanda
lepas bertiup datang yang lain .
harap semuanya kembali asal .
.berharap.




Kata Hati: sayaperlukankamusekarang.

Monday, December 27, 2010

itu salah saya

keras hati itu saya
ikutkan kata hati itu pun saya
degilnya saya
sikit pun tak nak mengalah .
walaupun saya tau itu salah saya
tapi ,
saya rasa ada betulnya jugak saya .
saya tak pandai nak susun kata-kata maaf
tak apalah ,
saya terima
saya redha
saya tahu mesti mereka marahkan saya
saya pilih untuk tidak untuk tidak berkata apa-apa
berdosanya saya di situ .
biarlah ,
saya tau apa yang dah saya lakukan
saya tak berniat lukakan atau sakitkan hati sesiapa
saya hanya berkata apa yang terbuku dalam hati
walau saya tau sepatutnya saya diamkan sahaja
saya anak yang degil
sikit pun tak nak beralah
sikit pun tak berfikir bila berkata-kata
sedangkan mereka sentiasa berundur
demi menggembirakan saya
.terima & redha.
.titis.


**saya sentiasa sayangkan mak & abah.

Sunday, December 26, 2010

Dah 2 hari nampak pelangi
.senyum.
agak2 hari ni pelangi ada lagi tak ?
jangan pegi jauh tau
sebab ,
saya sentiasa perlukan awak .



Kata Hati: sabar lah, insyaallah ada rezeki kita nanti.

Tuesday, December 21, 2010

lepas satu, satu datang hu~~

macam2 masalah ,
lepas itu, ini yang datang .
Ya Allah, ringankanlah beban hambaMu ni ,
permudahkan lah segalanya.
Amin~~



Kata Hati: pelangi cakap kena sabar. oke saya cuba ya!

Wednesday, December 15, 2010

Sekejap panas sekejap sejuk.

dah masuk 1 minggu
still batuk2 sakit kepala
rasa sejuk panas je.
masa mak abah datang last weekend ,
rasa macam dah sehat.
depa dah balik terus demam balik.
tadi doktor pun cakap stil panas badan
ni dah dua kali jumpa doktor
demam oh demam,
cepat lah hilang~~



Kata Hati: pelangi, balik cepat!

Wednesday, December 1, 2010

Step seterusnya.

dah masuk step merangkak.
bagus! ada kemajuan.



Kata hati: addicted benda baru.

Thursday, November 25, 2010

Jadi orang baru lagi.

Hari Kedua:
Semua berjalan lancar ,
tugas semakin mencabar ,
banyak benda baru yang kena belajar ,
harap tak ada yang hambar ,
sebab ada yang dikejar ,
iaitu pengalaman dan juga ilmu .




Kata Hati: harap saya dpt bertahan lama & sesuaikan diri.

Tuesday, November 16, 2010

"Selamat Hari Raya Aidiladha"
Last Shout: risau mak tak sehat .resah.

Wednesday, November 10, 2010

Chenta Itu Indah #19

Untuk kekal dalam satu perhubungan ,
mestilah jatuh cinta berulang kali ,
dengan pasangan yang sama .



Kata Hati: saya jatuh cinta dgn awak lagi .setiap hari serius!

Tuesday, November 9, 2010

saya dah penat .

Friday, November 5, 2010

keliru

berbelah bahagi.
tak tahu patut gembira atau sedih.
betul atau salah keputusan yang diambil.
wajar atau tidak tindakan.
sekarang hanya perlukan masa,
untuk berfikir secara waras dan mendalam,
sebelum segalanya terlambat.
tolong beri masa itu untuk saya..



Kata Hati: bulan 12 atau 1 sangat dekat sekarang.

Wednesday, November 3, 2010

perasaan itu akan dirasa.

bila tengok kawan2 ,
seronok aje .
bila tengok gambar2 ,
seronok aje .
bila dapat orang baru ,
bertambah seronok .
pelangi ,
bila kita nak rasa seronok macam tu ?




Kata Hati: pelangi,nanti cari ya buku tu. saya mahu belajar.

Tuesday, November 2, 2010

Chenta Itu Indah #18

Saya suka 3 benda ,
Mentari, bulan dan pelangi .
Mentari di siang hari ,
Bulan di malam hari ,
tapi suka pelangi setiap hari !



Kata Hati: lagi dua bulan masuk tahun depan. cepatlah datang~

Sunday, October 31, 2010

dia lagi.

jangan dipertikai bila dibilang ,
jangan melenting bila ditegur ,
semua kerna perlakuan kamu itu berulang ,
kamu faham bukan ?
usah guna taktik saiko kamu tu ,
sebab saya sudah bosan ,
jangan disangka disitu tenang ,
kerna setenang mana pun air ,
ia akan berkocak jua .




Kata Hati : kamu tetap sama, saya dah mula benci dgn semua ni!

Saturday, October 30, 2010

dia sama sahaja.

dia tak akan berubah.
dia maseh sama.
dia tak ada hati untuk mula hidup baru
dia maseh mahu hidup seperti dulu.
sudah!
saya dah muak dengan kamu.

Thursday, October 28, 2010

wah tak percaya!

sangat tak percaya .
saya dah buleyh bawak kereta manual !
.senyum.

bila diingatkan balik ,
banyak sbb kenapa saya tak konfident bawak manual .
1 . sbb sejak dapat lesen saya hanya memandu kereta
yg ada gear 1 2 3 4 5 dan R beberapa kali saja sampai sekarang.
(itu pun dalam keadaan terpaksa dan terdesak)

2. sbb sejak dapat lesen, saya dah mula suka kereta yg ada gear
D D2 D3 N P dan R saja.

3. sbb saya pernah memandu kereta manual & kereta tu bergerak
ke belakang di kawasan bukit.

4. sbb tiap kali saya masukkan gear 1 & nak bergerak konfirm
mati enjin or jadi semput2.

5. sbb saya pernah memandu kereta orang & berlanggar tiang
parking kat alamanda .
(kesian kawan2 saya kena tanggung kerugian bersama)

6. sbb saya memang berdegap degup bila berada di tempat
memandu kereta manual.

7. sbb saya tau ada orang lain yg buleyh memandu kereta manual
bila bersama saya.

8. sbb saya tak ada kereta manual sendiri .

so, hari ini saya sangat terkejut saya buleyh memandu kereta manual
dari rumah sampai ke jalan tun razak, sentul & wangsa maju itu.
good starting to me!






Wednesday, October 27, 2010

pelik lah!

pelik la
bila tengok orang pakai macam tu ,
mesti ke pakai mcm tu untuk tarik perhatian ?
pelik lah
bila tengok orang buat mcm tu ,
harus ke buat mcm tu untuk tarik perhatian ?
pelik la
bila tengok orang cakap macam tu ,
wajib ke cakap mcm tu untuk tarik perhatian ?
pelik la
bila tengok orang kita fikir macam2 pasal orang ,
tapi pernah tak kita fikir apa orang cakap pasal kita ?
as conclusion, kita ni sama je
sama2 buat silap , sama2 nampak salah orang
tapi tak boleh terima salah diri sendiri kadang kala tu.
betul?




Kata Hati: saya cuba baiki diri sy utk lebih matang lagi pelangi!

Tuesday, October 26, 2010

teruskan!

rasa makin susah
rasa makin gelisah
tapi semuanya mula dengan payah
sebelum rasa senang.
jangan putus asa!

Monday, October 25, 2010

Ya Allah ,
permudahkan lah semuanya.
Amin~~



Kata Hati: pelangi, lambat lagi ke?

Friday, October 22, 2010

6 4 2 0?

mula2 dulu enam,
lepas tu empat,
sekarang dua,
akan datang kosong ke?
dush! saiz seluar saya makin berkurang.
sape2 ader tips tak camna nak gumuk?



Kata Hati: pelangi, kamu semakin gembira skrg. saya dah tak resah.

Thursday, October 21, 2010

rewars for us. 1 2 3 SHOOT!

Lepas 4 tahun berperang
akhirnya kita semua menang .
dapat sesuatu untuk dijulang
yang jadikan semua pihak berasa girang
dengan apa yang dikecapi sekarang .
ini lah masa untuk kita semua girang
sambil senyum dalam panas yang bukan kepalang
hari yang jadi kenangan pada kita semua . senyum.

























Kata Hati: Thanks frenz, thanks en.photographer . wink.

Tuesday, October 19, 2010

tolong diam sebentar buleyh tak?
rimas lah!

Sunday, October 17, 2010

harus kuat!

semakin berat aku rasa
beban semakin melanda
datang bertandang serantak
Ya Allah, aku mohon kekuatan dariMu
untuk aku tempuh semua ini.




Kata Hati: rasa kosong.

Sunday, October 10, 2010

♥♥special for myself♥♥

congratulation~
and celebration~~
finally, i got the reward for 4 years officially.
thanks to all who supporting me & also myself too .









Kata Hati: kamu tetap ada di situ. senyum.












Friday, October 8, 2010

Chenta Itu Indah #17

Tiga perkataan yg menggetarkan jantung
Tiga perkataan yg menggoyangkan hati
Tiga perkataan yg memutarkan kepalaku
hanya tiga perkataan ,
I lOVE YOU!
Kata Hati: Baru bebunga, dah ada duri balik.huh~~

Wednesday, October 6, 2010

23tahun 1hari

wah!
dah tambah lagi satu tahun ni .
harus jadi lebih matang ,
harus jadi lebih dewasa .
thanks to all for the wishes .smile.



Kata Hati: Pelangi, saya harap plan kita menjadi. Harap sangat~~

Tuesday, September 28, 2010

kalau dah tak suka
kenapa maseh menduga?
kalo dah benci
kenapa maseh mencari?
kalau dah terima
kenapa maseh bersuara?
maseh keliru dengan situasi sekarang.



Kata Hati: mungkin perkenalan kita bukan selama yg kita kenal.

Wednesday, September 22, 2010

wah dah lama cuti.

rasa macam dah lama tak blogging
sebab saya ambik cuti beraya sana sini
sampai saya lupa nak updating
yang saya sekarang sedang happy dengan sekeliling.




Kata Hati: Sepatutnya raya badan makin naik tp tak pun. resah.

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri .
Saya susun 10 jari ,
dari hujung rambut sampai hujung kaki ,
harap semua dapat dimaafi ,
mari kita sambut raya dengan meriah sekali ,
sebab besok dah boleyh makan siang hari .
.senyum.

Wednesday, September 8, 2010

sebabkan kereta sial itu.

petang isnin aritu hujan lebat , aku pun setel keje kat ofis dah lambat ,
hujan belum berhenti masa aku balik , aku pun bawak moto slow2 sbb aku memang takut
bawak moto masa hujan and jalan licin . sampai je kat pekan cina yang sesak tu , ada satu kereta myvi putih depan aku , kereta tu jarak dalam 50meter kat depan ,
aku dah nampak dia jalan pelan2 , aku pun slowkan pulasan minyak supaya aku tak dekat .
tiba2 kereta tu berhenti mengejut tanpa bagi signal utk berhenti , aku pun terpaksa break emergency , terus aku hilang kawalan dalam keadaan jalan licin tu , badan aku dah cecah ke jalan dan moto stila ada atas aku , terseret ke laluan kanan tapi tak jauh dari tempat aku mula jatuh .
nasib aku baik sebab kereta dari arah belakang jauh lagi , 2 motosikal berhenti utk hulur bantuan and angkat moto aku yang dah ada kat tengah2 jalan tu .
masa bangun aku belum rasa apa2 , tapi bila dah duduk kat tepi jalan baru badan aku menggeletar , darah mula keluar dari kaki aku , kaki mula rasa kejang dan lemah .
nasib baik ada en.buncit datang tolong aku sampai aku balik ke rumah . sebabkan kereta sial tu lah aku dapat MC and dapat balik kampung awal 1hari walaupun kereta tu dgn tuan punya kereta l;arikan diri lepas nampak aku jatuh kat tengah jalan. sekarang, aku dah selamat sampai kat kedah dgn sengal2 dan kekejangan kat kaki kiri dan kanan aku sampai hari ni .


salah 1 luka jatuh moto aku.



Kata Hati: selamat hari raya semua. maaf zahir dan batin . pelangi, lpas sembahyang raya jgn lupa 3g saya ya?

Friday, September 3, 2010

Story to share.

ini cerita
tentang kawan yang mengasihi
yang sangat baik hati
sudah 36 bulan kenali
tetapi aku baru ketahui
ternyata dia bukan sejati
itu pura-puraan hati
aku tak boleh begitu dan begini
kadang kadang aku jadi jelak .
please let me be free
from this all of story
and we will find other that be happy
for you and also for me .




Kata Hati: pelangi, nanti balik raya kita jumpa ye. berbunga hati.

Tuesday, August 31, 2010

makin rasa~~

makin rasa bosan
makin rasa tak suka
makin rasa meluat
makin rasa nak jauhkan diri
sebab saya rasa tak perlukan awak lagi.




Kata Hati: pi lah jauh2, saya tak kesah sekarang.

Sunday, August 29, 2010

Suara dari seorang adik.

Kenapa apa yang terjadi itu tak dijadikan iktibar, teladan? Kenapa yang buruk itu kamu jadikan landasan? Sedih kalau mak abah tahu yang kamu tu masih sama, masih di situ, masih lagi tidak sedar yang sikap kamu tu akan memakan diri kamu. Tak tersentuh ke kamu bila tengok mak abah tak sihat, sakit2, gusar memikirkan tentang kita semua. Lebih2 lagi diri kamu itu. Tapi itu tak ada erti apa2 buat kamu bukan? Yang kamu tahu, semua yang mereka lakukan hanyalah beban bagi kamu untuk kamu turuti. Apa yang di fikiran kamu hanyalah cara untuk lari dari kesilapan yang berlaku dengan cara yang aku fikirkan tak masuk akal langsung. Yang aku fikirkan hanya orang yang bodoh sahaja yang akan buat semua tu.
Kakak, kita harus percaya yang kesilapan itu boleh dibetulkan kalau kita betul2 mahu ia berubah dan hilang dalam hidup kita semua. Aku juga percaya, hidup kita tak akan sia2 kalau kita berusaha. Semua di sekeliling ada untuk kamu walaupun ada yang tak yakin dengan kamu itu. Tapi, kalau kamu benar2 bersungguh, pasti semua akan seiring dengan kamu. Fikirlah kakak, hidup kamu itu bukan seorang. Kalau kamu itu tak sayang diri kamu sendiri pun, ingatlah mak abah dan orang sekeliling. Kecewa mak abah kalau tahu kamu itu berfikiran demikian, luluh hati mereka kalau kamu berkelakuan demikian. Kamu itu masih muda, masih ada akal fikiran, masih jauh lagi perjalanan kita. Sepatutnya kamu bersikap positif bukannya sebaliknya. Cuba ambil semua dan jadikan dorongan dan bukan jadikannya sebaliknya seperti sekarang ini.
Kakak, aku doakan satu hari nanti kamu akan berubah.

Wednesday, August 25, 2010

semalam

aku dah buat sesuatu yang salah, sampai dia dapat tau tentang itu.
satu hari, aku tertangkap
tapi gayaku seperti tak ada apa yang berlaku, tak ada apa untuk disesali.
api dalam diri dia semakin membara, sampai sanggup memukul sahabatnya
yang ada di situ dan aku dibawa pergi dari tempat keji itu.
tiba-tiba bangunan seakan mahu runtuh, langkah kami semakin laju
tangan yang digenggam erat itu tiba-tiba terlepas.
bangunan itu akhirnya musnah
dia hanya dapat titiskan air mata bila sedari aku tiada di sisi.
meraung sekuat mana pun tak mungkin kembalikan aku, itu kata hatinya.
tapi itu hanya sementara kerna aku terselamat dari runtuhan itu.
gembira hatinya tak dapat dibayangkan, dipeluk ciumnya aku.
.
.
.
.
.
.
dia terjaga dari mimpi yang dirasai benar itu. lega itu hanya mimpi walaupun masih segar dalam ingatan.




Kata Hati: pelangi, jangan layan sgt mimpi tu. itukan mainan tidur.kita oke saja kan skrg.senyum.

Saturday, August 21, 2010

Chenta Itu Indah #16

sudah sampai masa
untuk saya gembira
yang sekeping hati saya
sudah jumpa pasangannya.

sudah sampai masa
untuk dia mencuba
yang masa itu hampir tiba
jadikan dia sebagai ketua.

sudah sampai masa
untuk dia dan saya
jalan seiring sama
utuhkan segala yang ada.




Kata Hati: harap2 apa yang ditunggu datang dengan cepat. Amin~~

Monday, August 16, 2010

dunia dah akhir zaman

sekarang,
dalam tv dalam paper
macam2 berita.
kes bunuh
kes buang anak
kes gaduh
kes mat rempit
kes rebut kuasa
macam2 kes sekarang.

dunia dah berada kt hujung,
Ya Allah, lindungilah hampa Mu ini
dari segala godaan syaitan dan dekatkanlah
aku pada Mu. Amin~~




Kata Hati: sejak2 ni aku rasa lain.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan datang lagi

hari pertama berpuasa
saya sangat suka
saya sangat tenang
saya rasa Ramadhan kali ni,
mungkin membawa keberkatanNya
pada saya.
saya harap kamu semua pun sama.
Selamat Menyambut Ramadhan kali ini
dengan penuh kesabaran (:



Kata Hati: pelangi, bila nak berbuka sama?

Sunday, August 8, 2010

bunga dalam hati dah bertambah!

saya suka bila...
kita makan sama2
sampai perot muncit ,
kita jalan sama2
sampai sakit tumit ,
kita sembang sama2
sampai lebam ,
kita tengok muvi sama2
sampai lenguh badan ,
kita main game sama2
sampai juling mata ,
kita buat semuanya sama2
sampai saya rasa bahagia sangat.



Kata Hati: janji tau, sama2 dengan saya sampai bila2.senyum.

Tuesday, August 3, 2010

sejak sejak ni

sejak sejak ni
slalu je letih.
sejak sejak ni
slalu je makan malam.
sejak sejak ni
slalu je tak sempat sms.
sejak sejak ni
slalu je tido awal.
sejak sejak ni
slalu je jadi malas
sejak sejak ni
slalu je tak sempat on lappy.
dan sejak sejak ni
slalu je rindu famili dan pelangi.




Kata Hati: taksabar tunggu sabtu kan pelangi.syiok.

Thursday, July 29, 2010

"First lesson..."



.The Sorcere's Apprentice.

Monday, July 26, 2010

"i want unicorn"


.Despicable Me.


p/s: sgt syiok dating dgn anak2 buah tersayang.senyum.

Monday, July 19, 2010

bahagia

saya maseh bahagia
walau ada pahit dalam hati
walau ada sarang dalam kepala.
.cuba untuk senyum.



Kata Hati: tak sabar tunggu jumaat.

Saturday, July 17, 2010

perlu bersedih?

aku risau
bila tengok mak abah gelisah.
aku sebak
bila tengok mak titiskan air mata.
aku tertekan
bila tengok abah berfikir tanpa henti.
aku buntu
bila tengok semua usaha temui jalan mati.

fikirku kita tak perlu lagi berduka,
fikirku kita tak perlu lagi pulihkan semua,
fikirku kita tak perlu lagi ikhtiar sana sini,
fikirku kita tak perlu lagi ambil tahu.

semuanya kerana dia sendiri tak nak berubah!



Kata Hati: mak abah, saya risau kesihatan kalian. tak keruan.

Wednesday, July 14, 2010

tenang

bawa bersabar
harus jangan gentar
lawan segala yang membakar
tak kira dalam dan luar
perlu ingat tak semua itu sukar.



Kata Hati: rindu sama pelangi.

Friday, July 9, 2010

jum uptown danau kota!

Wednesday, July 7, 2010

Chenta Itu Indah #15

kamu ngerti aku .
aku ngerti kamu .
itu penting dalam hubungan kan?



Kata Hati:pelangi, kamu tu perlu rehat lah.