Hairan.
Bila datang bab Mak Ayah
Banyak betul lencongan
Alasan itu ini yang dibaginya.
Tapi
Bila datang bab teman lelaki
Apa pun tak timbul masalah
Semuanya boleh.
Pelik.
Kenapa teman lelaki lebih diutamakan
sedangkan insan yang tak pernah
kenal erti penat siang dan malam,
ditatang bagai minyak yang penuh
diketepikan begitu sahaja tanpa rasa bersalah.
Lupakah engkau tiada mereka tiada kau yang sekarang?
Hilangkah kau rasa jasa mereka yang tak mungkin dapat dibalas?
Pernah kau fikir,tercalit tak perasaan kecil hati dalam diri mereka
bila kau berkelakuan sedemikian?
Sayu melihat anak apabila dipinta sesuatu pertolongan
yang tidak lah seberat mana tetapi dibalas dengan kekasaran.
Apatah lagi untuk melihat anak itu berbuat baik tanpa diminta.
Fikirlah sendiri.
Mereka hanya ada sementara sahaja untuk kita.
Bila mereka sudah tiada nanti
Usah lah kau terkilan atau sedih
kerana tidak sempat cuba membuat mereka berasa senang
dengan kelakuan kau atau
memohon kemaafan atas segala
kekasaran, perlakuan kau yang mengguris hati mereka itu.
Kerna, semua itu sudah terlambat bila mereka sudah kaku
di depan mata kau yang mana itu adalah satu kepastian akan berlaku.
Kata Hati: Niat dalam diri, mahu jaga Mak Abah selagi mereka ada dan cuba buat mereka senang denganku.
Saturday, August 8, 2009
Pernah fikir tak Mak Ayah?
Posted by m!szakida at 10:05:00 PM 0 comments
Tuesday, August 4, 2009
Maraton Masa Cuti H1N1


Malam, ambik Firdaus+Farzana pegi jalan2 sambil shopping. Kesian Farzana, jatuh telentang. Selop nangis. Penat.


Ahad
.Pegi kedai Aunty alter seluar. Pegi office ARNC. Makan dengan akak2 kat sana. Jaja belanja. Sangat gumbira. Borak dengan Jaja. Balik rumah, pastu keluar dengan Mak+Angah pegi Pekan Rabu beli kuih sepit dll. Singgah pasar beli buah jentik-jentik dengan setoi. Cakap kat Mak "Nak beli buah ni sebab Fana dengan Erna tak penah tengok buah ni". Sangat letih.
Jentik je terbukak kulit dia
Isnin
Siap2 nak balek KL. Naseb Angah ada temankan. Sampai KL dah petang. Sempat pegi guntingrambut. Malam, keluar makan dengan Abang An. Tak larat.
Selasa
.Baru teringat buku tapi leka dengan faktor sekeliling lagi. Tak pa,nanti boleh study lagi. Tengok jam kenapa cepat sangat. Sangat malas sekarang ni.
Posted by m!szakida at 11:18:00 AM 0 comments
Wednesday, July 29, 2009
Saket Tak Hilang
Dari pukul 11 malam tadi sampai 6 pagi tadi.
Mata ni asek bukak je.
Kaki pon dah letih ulang alik dari bilik ke tandas.
Apa yang tak kena neh.
Semua makan pasti keluar balik.
Huh~ Letih!
Lama-lama boleh kurus macam ni.
Sayang lemak. Penat je kumpul dah hilang balik.
Ni bukan keracunan makanan dah ni.
Lain macam je. Tap malas nak pegi klinik.
Tak pe, aku tunggu sampai timbul bulan malam ni.
Kalau tak hilang, besok kena jugak pegi klinik.
Haish.
Kata Hati: Cepat lah baek. Dah longlai dah ni:(
Posted by m!szakida at 12:48:00 PM 0 comments
Tuesday, July 28, 2009
Jom Pi Museum!
Bangun.Mengeliat.Tengok katun.






Posted by m!szakida at 2:51:00 PM 0 comments
Friday, July 24, 2009
Sakit Lah Bodoh!
Semakin bergelora
Naseb ada ubat ni

Posted by m!szakida at 4:28:00 PM 1 comments
Thursday, July 23, 2009
At Last!
Gumbira.
No pains No gains.
Memang berbaloi penat aku turun naik Bahagian Akademik, jumpa T.Dekan Akademik, penyelaras fakulti semata-mata nak buat pengecualian kursus BBI2409 (English for Academic Purposes). Bukan tak mau ambik kursus nitapi sebab assingment dia agak beban aku tekad jugak nak buat exemption.
Hari ni ada tiga berita baik tapi still ada berita kurang enak dari mak.
Good News - Application Exemption get approval from TDA
- Drop course BBI tak payah bayar denda sebab kesilapan sistem
- Dah habis azab buat presentation dalam kuliah audit
Bad News.Sedih.
Mak call aku.
Mak: Ada apa call tadi?
Aku: Nak bagitau yang exemption subjek tu TDA dah lulus.
Mak: Alhamdulillah. Surat semua tu bagi sapa? Ada simpan tak copy dia? Takut nanti
diorang nak tengok ke, ada masalah lagi ke.
Aku: Ada. 1 bagi fakulti, 1 lagi saya dah copy simpan.
Mak: Ha,simpan semua tu. Penting tu. Abah ada mesej apa2 tak tadi?
Aku: Ada. Abah cakap dah masuk duit tapi buku tu tak jadik beli. So dah tak guna la
duit tu.
Mak: Lain abah tak da bagitau apa2 ka?
Aku: Tak dak pon. Awat?
Mak: Pagi tadi Abah pi klinik scan perut dia tu. Ada batu karang pastu doktor cakap
kat buah pinggang tu ada nampak macam lubang sikit. Semalam abah tak boleh tidoq
Tu yang dia pi jugak tu klinik.
Aku: Pastu camna? Dah pi pakar belom?
Mak: Tulah. Mak ambik cuti nanti, sok nak pi pakar buat x-ray dgn medical check up.
Tengok macam mana nanti kena operate ka camna ka.
Aku: Tak palah. Sok jangan lupa plak pi pakar. Tok sah pi klinik besa ja.
Apa2 nanti bagitau saya.
Mak: Tak palah. Tengok nanti doktor kata apa. Jangan dok risau sangat.Study elok2,
makan jaga.
Aku: Ok.
.Risau.Sedih.
Kata Hati: Dalam rasa gembira terselit jugak rasa sedih. Harap Abah tak apa2.
Posted by m!szakida at 1:06:00 PM 0 comments
Tuesday, July 14, 2009
Duit Tak Ada Tapi Tetap Sakit Kaki
Kusut.
Serabai.
Minggu ni dah masuk minggu kedua duit loan belum masuk. Kitorang dah tahap nazak kering sekarang. Bila lah nak dapat ni.Tensen betol. Nak eli buk pun susah. Nak makan pun susah. Yang paling susah sekali nak soping lah. Terpaksa KIV dulu. Huh!
Tapi aku.
Dalam tak ada duit sempat lagi pergi soping.Lepas tu mula lah kering sekarang. Arghhh!!! Kurus lagik aku lepas ni. Wekend aritu Mak dengan Alang turun KL. Ada hal. Ahad tu kitorang ada family planning. Giler awal bangun sebab excited.
Tempat yang kitorang pergi tuni ha--->
Banyaknya sale~~~ Rabun aku tengok. Tak kurang jugak dengan makhluk2 lain,ramai..Aku rasa dekat situ je dah 3 jam kitorang buat operasi. After that, kitorang dah sakit kaki + lapar. Ingat nak makan je kat JJ Equine tu. Rupanya tak. Korang jangan tak tau. Mak sakit lutut tu pun boleh jalan lagi. Sini operasi kitorang yang kedua. Dekat pukul 7 lebih baru sedar nak balik.
Dah balik tu, mau ingat sendiri lah. Kaki ni sakit yang terlampau. Semalam (Isnin), aku & Angah antar Mak kat Pudu. After tu kitorang pergi Mines. Nak carik kasut. Tak jumpa. Naek train pergi Mid Valley, tak jumpa juagk. Ada pun tak menarik di hati ni. Lastly tak beli pun. Kitorang putuskan nak carik kat Bukit Bintang pulak nanti.
Pukul 11 p.m baru aku sampai kolej. Bapak sakit kaki aku. Arini macam rasa tak da kaki je.Sakit kaki.

Kata Hati: Padan muka sakit kaki. Tapi dapat juga seluar + baju. Berbaloi~
Posted by m!szakida at 10:41:00 AM 0 comments
Monday, July 6, 2009
Semangat Baru!
Isnin-06 July
Cuaca: panas
Mood: coverage tak clear
Class: excited (tak sabar nak balik bilik)
Makanan: tak sedap kat mamak fac tu
Transport: kaki dah terketar2 daki jejantas kt upm
Bilik: 44 anak tangga + 36 tapak,baru sampai bilik.
Pintu katil almari tunggu masa nak roboh.
Kata Hati: Itu lah semangat sem baru aku:(
Posted by m!szakida at 3:08:00 PM 2 comments
Thursday, July 2, 2009
Aku tetap Ada
Kamu harus sabar
Itu bukan masalah bagi kita
Apa yang ada
Kita patut kongsi bersama
Tidak kira susah mahupun senang.
Kita cuba cari jalan ya?
Walaupun tak banyak
Aku tetap akan bantu kamu.
Kata Hati: Satu hari nanti pasti ada balasan yang baik untuk masa sekarang.
Posted by m!szakida at 2:24:00 PM 0 comments
Wednesday, July 1, 2009
1st Tag
Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja.
1. Bekas kekasih saya adalah :
Suami orang sekarang
2. Saya sedang mendengar :
Lagu tema tv3.
3. Mungkin saya patut:
Tido petang sbb nanti dah tak boleh!
4. Saya suka :
Peluk Si Buncit saya
5. Sahabat-sahabat baik saya :
Gulegulekapas yang selalu ada dengan saya
6. Saya tak paham :
Kenapa saya selalu ngantuk lepas makan
7. Saya kehilangan :
Duit!!huhu..Semua dah derma kat kedai.
8. Ramai yang berkata :
Bila nak masuk study balik?
9. Makna nama saya :
Cahaya Kebijaksanaan. Saya memang bijak^_^
10.Cinta itu adalah :
Masam Masin Pahit & Manis.Kalau deria kamu tak hilang
11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
Baru bangun tido & ambik towel kat luar. ABAH.
12.Saya akan cuba :
Menabung. Sebab duit saya dah habis
13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
Sampai bila-bila
14.Telefon bimbit saya :
Ada di belakang laptop saya
15.Bila saya terjaga dari tidur :
Saya akan cari bantal busuk saya & tido.
16.Saya paling meluat apabila :
Ada jerawat banyak kat muka. Sakit ati!!
17.Pesta/Parti adalah :
Suka tapi busan dengan orang2 berparti
18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
Kura kuri saya
19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
Waktu Tadika
20.Hari ini :
Saya senggugut & cirit birit
21.Malam ini saya akan :
Usik adik macam biasa
22.Esok pula saya akan :
Duduk rumah macam biasa
23.Saya betul-betul inginkan :
Keluarga yang bahagia
24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
Ah~~ jerawat ada lagi.
25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Erm..nak dua2 lah
26.Makanan Barat atau Jepun :
Mak masak lagi sedap
27.Bilik yang terang atau gelap:
Untuk apa ya?
28.Makanan segera adalah :
Boleh makan bila lapo
29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
Ok?
30.Siapa yang anda mahu Tag?
Semua orang:)
Posted by m!szakida at 3:18:00 PM 0 comments
Musim Buah kat Rumah
Wah~~ Banyaknya buah kat rumah walaupun cuma ada tiga jenis je. Lebih dari 1, cekgu sekolah rendah aku cakap kira banyak lah tu. Buah yang selalu ada kat umah sekarang ni--Durian-Manggis-Rambutan. Nak kata ada dusun, depan belakang rumah aku simen je, mana ada tanah nak tanam pokok. Kira import dari pasar lah buah-buah ni. Ngee~~



Posted by m!szakida at 11:46:00 AM 0 comments
Tuesday, June 30, 2009
Chenta Itu Indah #3
Cinta itu indah
Cinta itu dasyat
Cinta itu harus difahami secara benar
Bukan secara salah
Agar cinta itu segar sentiasa
Disirami kasih & sayang yang setia.
Kata Hati: Aku cinta bangat sama kamu,Gulegulekapas.
Posted by m!szakida at 11:13:00 AM 0 comments
Monday, June 29, 2009
Kenduri + Soping
Mula-mula tak nak ikut. Tetiba je teringin pulak nak makan nasik kenduri kampung. Dengan pantasnya aku mandi & carik baju yang tak payah iron. Fuh~~ naseb ada! Kak Ruhil dah sampei. Mak dah jerit 'Acik cepat!!'.
Arghh!! aku macam biasa lah, mula la kelam kelibut.
Berpeluh aku lari naek keta Kak Ruhil. Wah full, sesak dalam keta. 4 orang kat seat belakang. Naseb baek Mimi kecik. Ala...jalan jammed plak. Dekat 45 minit tunggu jalan tu clear & nak sampai rumah kenduri.
Jalan nak pegi kenduri tu memang mencabar. Lorong kecik, nak selisih dengan motor pun scary je. Silap-silap boleh jatuh dalam bendang (sawah la). Kiri kanan yang nampak masa tu bendang rumah bendang rumah. Bila la nak sampei neh. Perut aku dah nyanyi lagu techno ni. Naseb tak kuat. Ihik!
Ah~~sampei jugak. Masalah lagik! Nak parking keta pun tepi batas ban mak aku cakap batas ban tu lebih kurang sungai kecik la kat bendang. Kalau jatuh tu tenggelam la jugak. Kak Ruhil hebat lah. Boleh parking kat situ. Ada lagik cabaran sebelum boleh makan. Nak kena jalan pegi rumah kenduri tu pulak. Aku tengok bapak jauh. Sayang lemak aku ni, nak kena bakar. Dah la matahari pun panas memang terbakar lah aku.
Tak pe..Nasik kenduri punya pasal, aku jalan jugak. Lastly kenyang jugak walaupun lauk ayam dia masen. Terima kaseh Mak cik...alah tak ingat nama pe pulak. Tapi pe pun terima kaseh lah.
Aku pun balek dengan perut yang gembira ^_^
Dah kenyang baru best jalan. Balek tukar baju, siap2. eh aku jugak yang lambat?? Ish..dorg ni siap cmna cepat sangat ni. Aku, Along, Angah, Adik & 2 anak buah aku pun mulakan operasi lepas sampei kat soping complex tu. Carik barang yang nak dibeli. Sampei malam jugak lah kami pegi carik barang. Merata tempat singgah.
Memang penat sangat. Dengan jadik Nanny lagik, kira balek tu sakit kaki lah. Tapi memang
best bila pegi soping. Buat senaman mata, tangan, kaki & tulun kita belajar matematik.
Penting tu!!!
Posted by m!szakida at 11:53:00 AM 0 comments
Saturday, June 27, 2009
June 26, 2009.
1338: Keluar rumah & rempit tempat yang dijanji.
(Panas giler masa naik motor tengahari tu)



Posted by m!szakida at 11:56:00 AM 0 comments
Thursday, June 25, 2009
Over Excited
Walaupun bukan aku yang create benda ni
Aku tetap excited.Gelak suka.
Rasa macam tak sabar je nak bagi dekat akak-akak ku kat ARNC Consultant.
Sabar ya,nanti ila datang bagi present tu.
Hopefully dorg suka lah. Jangan berebut tau nanti~~
Oh almost forget to say thanks foar Fateha from MyDecorArt.
Simple but cute and saya suka lah awak.
Sorry kalau saya asek tanya je bila nak siap.
Coz saya dah nak abis cuti and over excited nak tengok art tu lah.
Thanks again.Senyum lebar.
p/s: Pics art tu tak bole tunjuk lagik. Sebab nanti tak suprise ARNC.
Kata Hati: Excited macam lah aku yang buat. Tapi seronok sangat masa art tu sampei tadi.^_^
Posted by m!szakida at 3:23:00 PM 0 comments
Kau Harus Tabah
Kuatkan semangat
Apa yang berlaku
Pasti ada jalannya
Kau harus tabah
Kerna satu hari nanti
Pasti ada sinar
Yang membawa kepada penyelesaian
.Senyum.
Kata Hati: Gulegulekapas, kau harus kuat kerna aku sentiasa adauntuk kau terus mewarnai.
Posted by m!szakida at 12:23:00 PM 0 comments
Wednesday, June 24, 2009
Chenta Itu Indah #2
Angin payah dan senang
Ombak suka dan duka
Selalu tersaji pada pantai
Bila dirasai oleh dua hati.
Kata Hati: Kalau gentar lalui semua ini, lebih baik tidak ada cinta dalam dua hati itu.
Posted by m!szakida at 10:26:00 PM 0 comments
Tuesday, June 23, 2009
Aku Tahu
Aku tahu
Walau apa yang terjadi
Kau akan datang semula
Untuk mewarnai hidupku semula
Yang mana semalam sedikit pudar
Aku tahu
Semua yang berlaku atas silapku
Tapi kau tetap mengalah
Kau tetap datang dgn warna
Untuk diriku
.Senyum.
Kata Hati: Aku yang salah tapi kau tetap datang untuk kesalahan itu.
Posted by m!szakida at 11:09:00 PM 0 comments
Perit Hati Ini
Kusut.
Kenapa selalu begini
Berbalah
Hanya kerna perkara yang remeh
Aku
Aku yang dipersalahkan
Semua yang berlaku
Di mata kamu
Aku penyebabnya
Kenapa?
Perit rasa hati
Bila semua ini berlaku.
Kata Hati: Dalam hati ini sering dilukai walaupun aku yang selalu melukakan.
Posted by m!szakida at 11:11:00 AM 0 comments
Monday, June 22, 2009
Chenta Itu Indah #1
Kadang kadang panas buat kita marah
Kadang kadang hujan buat kita menangis
Kadang kadang mendung buat kita kosong
Tapi bila pelangi muncul
Ia buat kita sentiasa gembira.
Kata Hati: Harap GulegulekapasKu sentiasa ada di depan mata.
Posted by m!szakida at 7:41:00 PM 0 comments



