Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja.
1. Bekas kekasih saya adalah :
Suami orang sekarang
2. Saya sedang mendengar :
Lagu tema tv3.
3. Mungkin saya patut:
Tido petang sbb nanti dah tak boleh!
4. Saya suka :
Peluk Si Buncit saya
5. Sahabat-sahabat baik saya :
Gulegulekapas yang selalu ada dengan saya
6. Saya tak paham :
Kenapa saya selalu ngantuk lepas makan
7. Saya kehilangan :
Duit!!huhu..Semua dah derma kat kedai.
8. Ramai yang berkata :
Bila nak masuk study balik?
9. Makna nama saya :
Cahaya Kebijaksanaan. Saya memang bijak^_^
10.Cinta itu adalah :
Masam Masin Pahit & Manis.Kalau deria kamu tak hilang
11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
Baru bangun tido & ambik towel kat luar. ABAH.
12.Saya akan cuba :
Menabung. Sebab duit saya dah habis
13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
Sampai bila-bila
14.Telefon bimbit saya :
Ada di belakang laptop saya
15.Bila saya terjaga dari tidur :
Saya akan cari bantal busuk saya & tido.
16.Saya paling meluat apabila :
Ada jerawat banyak kat muka. Sakit ati!!
17.Pesta/Parti adalah :
Suka tapi busan dengan orang2 berparti
18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
Kura kuri saya
19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
Waktu Tadika
20.Hari ini :
Saya senggugut & cirit birit
21.Malam ini saya akan :
Usik adik macam biasa
22.Esok pula saya akan :
Duduk rumah macam biasa
23.Saya betul-betul inginkan :
Keluarga yang bahagia
24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
Ah~~ jerawat ada lagi.
25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Erm..nak dua2 lah
26.Makanan Barat atau Jepun :
Mak masak lagi sedap
27.Bilik yang terang atau gelap:
Untuk apa ya?
28.Makanan segera adalah :
Boleh makan bila lapo
29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
Ok?
30.Siapa yang anda mahu Tag?
Semua orang:)
Wednesday, July 1, 2009
1st Tag
Posted by m!szakida at 3:18:00 PM 0 comments
Musim Buah kat Rumah
Wah~~ Banyaknya buah kat rumah walaupun cuma ada tiga jenis je. Lebih dari 1, cekgu sekolah rendah aku cakap kira banyak lah tu. Buah yang selalu ada kat umah sekarang ni--Durian-Manggis-Rambutan. Nak kata ada dusun, depan belakang rumah aku simen je, mana ada tanah nak tanam pokok. Kira import dari pasar lah buah-buah ni. Ngee~~
Durian tu sampei dah muak aku makan walaupun selalunya aku makan sikit je. Macam-macam isi dia aku tengok. Ada yang keras, lembik, manis, masam, tak ada rasa. Kira plus minus semua aku rasa lah. Sampei sakit perut aku makan. Paling banyak aku makan dengan Gulegulekapas aku, satu bijik kitorang kongsi dua. Kira banya lah tu. Dah la mahal durian yang kitorang beli tu. Haram tak sedap langsung!

Terlampau banyak durian kat rumah, mak aku varietykan durian tu. Dia buat buur kacang + isi durian. Sedap siut! Mak buat pulut durian. Lastly Mak kasik idea yang tak penah orang buat. Mak suruh buat Sandwich durian.Tak sedap lah Mak. Tak penah orang buat pun. Naseb baik dia tak buat. Kalau tak cirit birit lagi aku nanti. Fuh~~ lega.
Rambutan. Paling kurang sambutan kat rumah. Abah je yang pulun makan. Rambutan ni jarang ada sambutan kat rumah sebab isi dia kadang-kadang lekat sekali dengan kulit tu. Sakit tekak lah. Walaupun sakit tekak aku makan jugak. Siap lawan dengan Abah lagik tadi kat luar sapa makanlagi banyak. Kompom lah dia yang menang.

Lastly, favourite buah aku,Manggis!! Memang sedap lah, aku yang pulun makan kat rumah ni. Bangun tido je breakfast dengan manggis. Kira manggis jadi junk food aku lah buat masa ni. Sedap~~ rugi sapa tak makan. Tapi untung jugak kalau depa tak makan sebab aku boleh makan sorang. Hahahah..Suka ati. Aku ada baca info, kulit manggis tu khasiat dia untuk orang cirit birit kat India. Ada ke orang makan kulit tu. Pelik lah! Tapi apa2 pun aku suka manggis. Gulegulekapas, nanti bawak balik manggis ye kat dusun kampung tu.

Kata Hati: Mari lah makan buah tempatan. Jangan tak kenal buah macam member aku Miss L dah lah.
Posted by m!szakida at 11:46:00 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)