setiap yang bernyawa ada keistimewaanya
sangat unik.
cuma kadang kita tak ngerti apa itu istimewanya kita sampai ke tahap
kita tidak boleh bicara. kedu.
syukur alhamdulillah.
hari ini sudah 25tahun usiaku,
aku masih lagi sehat,
maseh boleh merasa segala diberi nikmat.
aku menadah tangan mohon moga Tuhan,
berikan aku kekuatan untuk aku tidak menjadi lemah,
berikan aku kesabaran bagi mengelak keradangan,
berikan akua keyakinan dalam setiap yang bakal aku lakukan,
dan berikan aku iman untuk aku hindar dari segala kemungkaran.
mak dan abah yang sentiasa berada disisi disaat susah senang,
keluarga yang sentiasa menyokong disaat aku jatuh,
buat kekasih hati yang sentiasa sabar melayan karenah diri,
untuk kawan-kawan yang sentiasa ada bila diperlukan.
terima kasih awak semua.
.hela.
untuk kali ke 25 tahun, aku mohon Tuhan panjangkan lagi usia aku
untuk aku bersujud padaNya sekali lagi.
Friday, October 5, 2012
duapuluhlima
Posted by m!szakida at 9:10:00 AM 0 comments
Wednesday, October 3, 2012
Wedding Timeline 3: Re-check List
Legal Documents
Hantaran En.Tunang kepada Saya
- Cokelat : akak buatkan
- Makanan Manis
- Buah
- Kek
Outfit : Nikah & Reception by Kak Siti
Hiasan: by Kak Siti also
Honeymoon: need arrangement
Tickets
Keperluan Lain
Cuci Gigi: bln 10
Penunjuk Arah jalan
Posted by m!szakida at 11:08:00 AM 0 comments
Tuesday, September 18, 2012
Wedding Timeline 2: Booking
Sempena cuti Hari Malaysia ni aku take advantage untuk balik kampung uruskan hal-hal wedding aku. Even penat, tapi cukup berbaloi sebab kebyanyak yg tertunggak dalam checklist aku tu settle jugak.
Pasal doorgift, mak aku as my wedding planner setuju untuk terus buat DIY yang aku rancang. And dia akan tambah 1 makanan as a doorgift nanti. DIY project aku tu belom siap lagi tapi tak pa, aku akan buat slow-slow lepas ni. Penat jugak aku ikut mak ulang alik pegi beli barang doorgift tu. Mak aku cadang untuk bagi cake orange & coffee utk tetamu.
Kek coffee tu aku dah rasa sedap! Lebih kurang mcm gambar tulah, akan ada yg aku panggil manik-manik atas dia. Oke satu bab doorgift dah settle, just nak kena pulun buat DIY ja.
Then, pasal photographer pon dah settle. Lastly aku book dekat menantu kepada sorang kenalan my mum. Aku bukan nak carik yang mahal pon. Janji dia boleh tolong snap gambar as my memorial moments on that day dah cukup. Aku dah survey banyak tapi suma yang aku survey range RM1500++. Padahal sama ja package yang depa bagi. Tangkap gambar je pon mahal nak mampuih! Tapi yang aku book ni low budget, bagus untuk aku. Thanks to Chaq Kamal & Yani sebab tolong aku dalam bab-bak gambar neh. Setlle dah dua.
Pasal baju for reception & akad nikah. For informotion, aku baru pi survey & book last weken. Akak kat tempat aku book neh sangat lah terkejut bila aku cakap kenduri bulan 11. Dia kata "Boleh noh tak book lagik dah dekat ni. Slalu pompuan ni 3 4 bulan dah book and try dah baju kawen depa". Aku cuma senyum ja. Bukan tak mau book Kak Siti oi. Sebabnya saya ni jarang balik kampung, mak nak book takut saya tak bekenan. Ni pon balik sebab mak duk kejan (push) suruh balik settle suma ni. Tema yang aku pilih Turquiose tapi disebabkan mak kata susah cari kain warna tu, aku tukar ke warna Sea Blue. Baju Nikah aku just dress putih simple penuh manik ja. Cuma aku perlu carik tudung untuk nikah. Baju reception, Kak Siti tu suggest aku pakai dress moden yang dia tgh jahit sekarang.
On Sunday night, aku dengan mak pi tengok baju yg Kak Siti cakap tu. Cantek! and aku bekenan lah cumanya aku tengok Kak Siti tu jahit mcm kecik ja. Bila tengok, aku terus try acah-acah je, ngam-ngam ja dengan aku. Siap kasut, rantai, mahkota suma aku try. Kak Siti cakap oke dah kalau baju tu. Dress tu warna putih penuh dgn manik sea blue. Mak kata up jadi lah dress tu.
Ooo..rupanya macam ni. Aku tak kesah pon janji ada baju en.tunang nak pakai. Tapi takut jugak dia tak mau pakai baju yang pelik-pelik bagi dia macam ni. Dear en.tunang, nanti awal bulan 10 kita pi tengok k contoh baju tu untuk awak.Senyum. Settle bab ketiga.
Aku rasa berbaloi jugak balik kampung last weken even penat. Nanti aku nak cek checklist apa lagi tak settle.
Nota Kaki: tinggal lagi 2bulan ja chek oi..ketaq lutut dah ni.
Posted by m!szakida at 1:38:00 PM 0 comments
Friday, September 7, 2012
Wedding TimeLine 1: Preparation
Jum tengok apa yang dah decide:
SOLEMNIZATION: Tmn Sri Manis, Alor Setar
RECEPTION: Tmn Sri Manis, Alor Setar
BERTANDANG: Felcra Lakai, Jelebu
THEME
ENGAGEMENT: Red
SOLEMNIZATION: White / Cream
RECEPTION: Sea Blue
BERTANDANG: k.i.v
Hantaran En.Tunang kepada Saya
-Perfume: nak pegi ambik je
- Cokelat : akak buatkan
- Perfume: nak pegi ambik je
- AlQuran
- Jam Tangan : Next month nak beli
- Buah
- Kek
Outfit : all of dis will confirm hon hari m'sia ni
Hiasan: all of dis will confirm hon hari m'sia ni
Bilik tidur
Pelamin
Meja Makan
Honeymoon: MATTA FAIR SEPT 2012
Tickets
Keperluan Lain
Cuci Gigi: bln 10
Penunjuk Arah jalan
Biler tengok checklist ni rupanya banyak lagi yang nak kena buat. En.Tunang kata jangan gelabah, buat slow2. So, sekarang ni tutup dulu besok plak tengok checklist ni.
NotaKecil: Duk pikiq tak habis2 lagik~~~
Posted by m!szakida at 11:58:00 AM 0 comments
Tuesday, August 14, 2012
Raya dah dekat
Tak sampai 1 minggu nak raya
Mood untuk bekerja sudah tiada
Kerna hati dan jiwa sudah sampai di kampung
nun jauh di sana
Rasa semuanya juga seperti saya.
Tak sampai 1 minggu nak raya
Persiapan sudah dibuatnya
Baju, kasut sudah tersedia
Tunggu masa untuk dipakai saja.
Tak sampai 1 minggu nak raya
Berjalan sakan di kota raya
Tapi jangan lah lupa
Kewajipan zakat yang ada.
Tak sampai 1 minggu nak raya
Inilah masa untuk menjaga
Kiranya ada salah silap terkasar bahasa
Harap dimaafkan segalanya.
Nota kaki: aish, rasa macam nak balik kampung sekarang saja.
Posted by m!szakida at 8:52:00 AM 0 comments
Thursday, May 24, 2012
kenapa kakak?
Sama seperti yg aku rasakan, memang tepat. dia akan berbunyi tapi bukan di hadapanku. kenapa kakak? untuk kau rasa tak senang dengan apa yg aku miliki. aku sikit pun tak pernah terlintas untuk lihat hidup kamu musnah bahkan aku lagi berdoa untuk kebahagian kakak-kakak, adik dan keluargaku biarpun sengsara itu diganti pada aku. kalau ada yg mengganggu kamu, cuma perlu bersua dengan aku dan lepaskan semua dengan luahan. bukan dgn meluah di tempat yg salah. atau kamu itu sebenarnya penakut? atau kamu itu sebenarnya keliru dgn perasaan kamu sendiri? ini kali yg terakhir, aku sudah muak dgn kamu. maaf, bagi aku kamu bukan lagi kakak aku. bukan untuk aku putuskan pertalian darah yg kita ada. tapi cuma membuat kamu senang dgn keputusan aku. dgn sikap kamu itu buat kita makin jauh. walau sedih, aku tetap terima kerna itu yg kamu impikan. aku akan buat seperti yg kamu bicara. agar kamu rasa kesannya sendiri. maaf, aku sekarang akan menjauh dari kamu untuk seketika sehingga apa yg kamu lakukan & katakan padaku dapat aku maafkan.
Posted by m!szakida at 2:06:00 PM 0 comments
Thursday, April 19, 2012
dugaan mendatang
dalam tempoh percubaan
banyak yang datang sebagai ujian
bolehkah kita hadapi dengan tenang .
dalam tempoh percubaan
kalau kita tak kuat dan cepat mengeliat
memang itu saja yang kita ada dan takkan bersambungan.
tapi sekarang,
dalam tempoh percubaan
aku dah rasa hampa dan penat
tengok kita yang tak sekata tak sehaluan.
dan dalam tempoh percubaan
aku berdoa agar kita tetap berpimpinan
sehingga hayat dijemput Ilahi dan
semuanya tinggal semanis kenangan.
Kata Hati: aku tak cukup kuat tapi ini semua mengajar erti terima seadanya.
Posted by m!szakida at 1:31:00 PM 0 comments
Thursday, April 12, 2012
AUDIT
mode: kelam kabut baca info pasal audit etc
saya jadi kelam kabut sebab:
1. saya sangat sibuk dengan kerja sampai tak ada masa nk baca.
sbb: balik kerja saja, saya akan masuk tido awal
2. saya memang tak minat audit.
sbb: masa study dulu saya tak paham audit ni
3. saya tak tahu nak baca yang mana satu.
sbb: saya tak ada hint untuk exam nanti :(
iktibar:
1. mari bersemangat baca buku
2. mari pupuk minat kepada audit
3. mari berdoa & bertawakal saja :)
Kata Hati: walau tak minat, saya maseh berharap. Tuhan, tolong permudahkan utk saya. Amin~~
Posted by m!szakida at 3:30:00 PM 0 comments
Thursday, March 22, 2012
A dAY mY sTATUS cHANGE
BIG THANKS TO MY FAMILY, FRIENDS
Posted by m!szakida at 4:47:00 PM 0 comments
Tuesday, February 28, 2012
Lagi 12 hari saja
cepat masa berjalan
saya makin tak keruan
bertahun penantian
akhirnya datang menjenguk kami sekalian.
Nota Kaki: terima kaseh Ya Allah kerna bagi kami peluang ni. bersyukur.
Posted by m!szakida at 8:46:00 AM 0 comments
Thursday, February 9, 2012
no preparation
less than 1 month
tapi belum ada preparation
aduh! tulun saya . risau.
Posted by m!szakida at 2:30:00 PM 0 comments
Friday, January 20, 2012
mahu melangkah ke tangga seterusnya
kami tekad
mahu ke langkah seterusnya .
apa yang perlu diingat
susah senang mesti besama
tak lupa juga terima apa adanya
iotu penting dalam sebuah hubungan.
insyaAllah, tahun ini
akan jadi tahun untuk kami bersama.
Nota Kaki: Doakan kami.
Posted by m!szakida at 8:33:00 AM 0 comments
Thursday, January 12, 2012
perempuan malang
baru2 ni ada seorang perempuan malang cari saya. cerita dan tanya itu in. hanya kerna seorang lelaki yg dah lama mati dalam hidup saya walaupun sebagai seorang kawan. cerita perempuan malang ni buat saya mahu gelakkan dia sampai terguling2. apa sebabnya, sebab dia bodoh. kisah dia boleh buat teladan bagi perempuan lain.
kisahnya bermula bila perempuan malang ini telah termakan pujuk lelaki durjana (lelaki X) ini. hidupnya makin tidak keruan sehingga memaksa dia mencari saya menjadi punca goyahnya hubungan dia dengan lelaki X. saya ceritakan segalanya, segala keburukan dan jugak nasihat pada perempuan malang ni. tapi apa boleh buat dia pilih jalan itu. jangan kau salahkan orang atas keputusan kau sendiri. akhirnya perempuan malang ni muntahkan apa yg tersirat dalam hatinya. dia dah rosak bersama lelaki durjana itu. itu alasannya dia tak dapat tinggalkan binatang tu. itu hak kau, jangan kau datang cerita pada aku. sampai bila kau nak jadi perempaun simpanan lebih tepat lagi sebagai PEREMPUAN MURAHAN. untuk dia bernikah dengan kau, rasanya tidak mungkin. aku hanya boleh kasihankan kau saja. THE END .
Moral: jgn jadi mcm perempuan bodoh ini ya kawan2 perempuanku.
Posted by m!szakida at 12:58:00 PM 0 comments
Thursday, December 29, 2011
computer sgt bijak!
setiap kali on internet
tak sampai 15 minit
terus shut down sendiri
computer ofis saya sgt bijak!
tak bagi saya ngular.
Moral: Kerja 8 jam, berkhidmat sepenuhnya pd syarikat, bagus!
Posted by m!szakida at 5:01:00 PM 0 comments
Wednesday, December 21, 2011
saja masuk nak menyapu
dah berhabuk dah blog ni.
tak pa, nanti ada masa lagi
nak kemas2 balik blog ni.
Nota Kaki: busan gheja -_-
Posted by m!szakida at 11:00:00 AM 0 comments
Wednesday, December 7, 2011
Posted by m!szakida at 9:26:00 AM 0 comments
Tuesday, November 29, 2011
arghhh!!
dah tak tahan!
kalau semuanya aku.
dah tak tahan!
kalau salah org lain aku kena tempiasnya.
dah tak tahan!
kalau aku saja orangnya.
dah samapi masa!
untuk aku berubah angin kut.
Kata Hati: mati lah oi, aku ada sepasang tangan bongok!
Posted by m!szakida at 6:49:00 PM 0 comments
Wednesday, November 16, 2011
menyampah!
rasa menyampah
muka macam taik!
cari pasal terkena batang hidung sendiri
lari masuk bilik bila rasa malu
thumb up untuk kau!
Kata Hati: aku memang dah start buang kau dlm kotak fikiran aku.
Posted by m!szakida at 3:35:00 PM 0 comments
Wednesday, November 9, 2011
cuba jadi klon
weyh!
tak payah la kau nak jadi aku
sampai bende kecik yg aku ada pon kau nak.
kau dgn aku tu lain, cuba lah jadi diri sendiri.
kadang, aku rasa kau ni cemburu.
sebab tu apa aku ada, kau pon nak jugak.
yg peliknya, bila kau tak dapat
mula lah kau nak masam mencuka.
kadang nak gelak pon ada kesian pon ada
tak pa lah janji kau bahagia dgn itu semua.
Nota kaki: bagus! teruskan usaha sampai kau putus asa ahaks!
Posted by m!szakida at 11:52:00 AM 0 comments
Monday, October 24, 2011
khas buat kau
aku maafkan kamu
tak perlu kita bertemu
cukup kau tahu
yang aku maafkan kamu
teruskan hidup
jangan sebut namaku lagi.
Nota Kaki: lagu malique ft. jamal ni khas utk kau setan!
Posted by m!szakida at 5:30:00 PM 0 comments




