Friday, September 7, 2012

Wedding TimeLine 1: Preparation

Kira-kira ada lagi 3 month or less than it actually will be my big day. Guess what? I have done slowly and lost my track on the progression of my wedding. I try to be calm as the breeze, tak perlu risau sangat sebab rasanya my mom dah keep the balls rolling, dah keep track on apa yang perlu buat. Agaknye la kot. Tapi tak boleh jugak harapkan mak 100% because it's my day!

Jum tengok apa yang dah decide:
** done with the crosschecked


EVENT DETAILS
BRIDE:  Cik Ila                            
BRIDEGROOM: En.Tunang 
         
DATES                          
ENGAGEMENT: 11 MARCH 2012                      
SOLEMNIZATION: NOV 2012 -InsyaAllah-
RECEPTION: NOV 2012 -InsyaAllah-               
BERTANDANG: DEC 2012 -InsyaAllah- 


VENUE

ENGAGEMENT: Tmn Sri Manis, Alor Setar
SOLEMNIZATION: Tmn Sri Manis, Alor Setar
RECEPTION: Tmn Sri Manis, Alor Setar            
BERTANDANG: Felcra Lakai, Jelebu             
 


THEME 
ENGAGEMENT: Red
SOLEMNIZATION: White / Cream
RECEPTION: Sea Blue           
BERTANDANG: k.i.v 
  


          
Legal Documents           
Kursus Kahwin 
Borang kebenaran nikah - tunggu en.tunang settle borang GA            
Test HIV  
Jurunikah - akan settle dgn abah around pertengahan bln 9


Hantaran En.Tunang kepada Saya
-Bag
-Kasut
-Perfume: nak pegi ambik je
-Telekung
- Rahsia
- Buah : akak buatkan
- Cokelat : akak buatkan

Hantaran Saya Kepada En.Tunang
- Kasut
- Wallet & Belt
- Perfume: nak pegi ambik je
- Baju Kemeja
- Seluar
- AlQuran
- Jam Tangan : Next month nak beli
- Buah
- Kek

Hantaran Decoration
DIY

Outfit : all of dis will confirm hon hari m'sia ni
Baju Nikah
Tudung Nikah
Veil Nikah
Kasut Nikah
Aksesori Nikah
Baju Resepsi
Tudung Resepsi
Veil Resepsi
Kasut Resepsi
Aksesori Resepsi
Baju Bertandang : mak en. tunang arrange
Tudung Bertandang: mak en. tunang arrange
Veil Bertandang: mak en. tunang arrange
Kasut Bertandang: mak en. tunang arrange
Aksesori Bertandang: mak en. tunang arrange

Hiasan: all of dis will confirm hon hari m'sia ni
Bilik tidur
Pelamin
Meja Makan


Official Photographer (OP)
Nikah : hari m'sia ni nak blk confirmkan
Resepsi : hari m'sia ni nak blk confirmkan
Bertandang : en.tunang settlekan
Catering (Will done by Mak)
Nikah
Resepsi


Doorgift
Doorgift: ada half lagi nak kena beli
Goodie bag: ada half lagi nak kena beli
Doorgift kanak kanak
Bakul doorgift
Lain-Lain
Pengapit lelaki (bersanding)
Pengapit perempuan (bersanding)
Pengapit lelaki (bertandang)
Pengapit perempuan (bertandang)
pemberi doorgift: cousin & my lovely nephew
Penggubah hantaran: DIY (ma, alang & I)
Guest List
Kad kahwin: next week nak pegi buat
Letak di facebook/email
Sampul Setem

Honeymoon: MATTA FAIR SEPT 2012
Tickets
Date
Accommodation
Itinerary
Transport
Duit poket

Keperluan Lain
Facial & Hair treatment
Cuci Gigi: bln 10
Penunjuk Arah jalan
Bunga Manggar/ Payung
Kompang
Wedding Cake
Inai
Homestay
Guestbook
Guestbook accessories 
Tag Pembantu & Family
Duit untuk jurunikah dan saksi  : en.tunang bayor
Ribbon pin




Biler tengok checklist ni rupanya banyak lagi yang nak kena buat. En.Tunang kata jangan gelabah, buat slow2. So, sekarang ni tutup dulu besok plak tengok checklist ni.

Tension!
Tension tu makanan ke?
Tension tu rasa mcm nak makan org ja.
Tension lah sila faham urgghhh!!!

NotaKecil: Duk pikiq tak habis2 lagik~~~

Tuesday, August 14, 2012

Raya dah dekat

Tak sampai 1 minggu nak raya
Mood untuk bekerja sudah tiada
Kerna hati dan jiwa sudah sampai di kampung
nun jauh di sana
Rasa semuanya juga seperti saya.

Tak sampai 1 minggu nak raya
Persiapan sudah dibuatnya
Baju, kasut sudah tersedia
Tunggu masa untuk dipakai saja.

Tak sampai 1 minggu nak raya
Berjalan sakan di kota raya
Tapi jangan lah lupa
Kewajipan zakat yang ada.

Tak sampai 1 minggu nak raya
Inilah masa untuk menjaga
Kiranya ada salah silap terkasar bahasa
Harap dimaafkan segalanya.

Nota kaki: aish, rasa macam nak balik kampung sekarang saja.

Thursday, May 24, 2012

kenapa kakak?

Sama seperti yg aku rasakan, memang tepat. dia akan berbunyi tapi bukan di hadapanku. kenapa kakak? untuk kau rasa tak senang dengan apa yg aku miliki. aku sikit pun tak pernah terlintas untuk lihat hidup kamu musnah bahkan aku lagi berdoa untuk kebahagian kakak-kakak, adik dan keluargaku biarpun sengsara itu diganti pada aku. kalau ada yg mengganggu kamu, cuma perlu bersua dengan aku dan lepaskan semua dengan luahan. bukan dgn meluah di tempat yg salah. atau kamu itu sebenarnya penakut? atau kamu itu sebenarnya keliru dgn perasaan kamu sendiri? ini kali yg terakhir, aku sudah muak dgn kamu. maaf, bagi aku kamu bukan lagi kakak aku. bukan untuk aku putuskan pertalian darah yg kita ada. tapi cuma membuat kamu senang dgn keputusan aku. dgn sikap kamu itu buat kita makin jauh. walau sedih, aku tetap terima kerna itu yg kamu impikan. aku akan buat seperti yg kamu bicara. agar kamu rasa kesannya sendiri. maaf, aku sekarang akan menjauh dari kamu untuk seketika sehingga apa yg kamu lakukan & katakan padaku dapat aku maafkan.

Thursday, April 19, 2012

dugaan mendatang

dalam tempoh percubaan
banyak yang datang sebagai ujian
bolehkah kita hadapi dengan tenang .
dalam tempoh percubaan
kalau kita tak kuat dan cepat mengeliat
memang itu saja yang kita ada dan takkan bersambungan.
tapi sekarang,
dalam tempoh percubaan
aku dah rasa hampa dan penat
tengok kita yang tak sekata tak sehaluan.
dan dalam tempoh percubaan
aku berdoa agar kita tetap berpimpinan
sehingga hayat dijemput Ilahi dan
semuanya tinggal semanis kenangan.



Kata Hati: aku tak cukup kuat tapi ini semua mengajar erti terima seadanya.

Thursday, April 12, 2012

AUDIT

mode: kelam kabut baca info pasal audit etc

saya jadi kelam kabut sebab:
1. saya sangat sibuk dengan kerja sampai tak ada masa nk baca.
sbb: balik kerja saja, saya akan masuk tido awal
2. saya memang tak minat audit.
sbb: masa study dulu saya tak paham audit ni
3. saya tak tahu nak baca yang mana satu.
sbb: saya tak ada hint untuk exam nanti :(


iktibar:
1. mari bersemangat baca buku
2. mari pupuk minat kepada audit
3. mari berdoa & bertawakal saja :)



Kata Hati: walau tak minat, saya maseh berharap. Tuhan, tolong permudahkan utk saya. Amin~~

Thursday, March 22, 2012

A dAY mY sTATUS cHANGE











BIG THANKS TO MY FAMILY, FRIENDS

&

MY BELOVED PELANGI FOR ALL THE WISHES.




































Tuesday, February 28, 2012

Lagi 12 hari saja

cepat masa berjalan
saya makin tak keruan
bertahun penantian
akhirnya datang menjenguk kami sekalian.



Nota Kaki: terima kaseh Ya Allah kerna bagi kami peluang ni. bersyukur.

Thursday, February 9, 2012

no preparation

less than 1 month
tapi belum ada preparation
aduh! tulun saya . risau.

Friday, January 20, 2012

mahu melangkah ke tangga seterusnya

kami tekad
mahu ke langkah seterusnya .
apa yang perlu diingat
susah senang mesti besama
tak lupa juga terima apa adanya
iotu penting dalam sebuah hubungan.
insyaAllah, tahun ini
akan jadi tahun untuk kami bersama.



Nota Kaki: Doakan kami.

Thursday, January 12, 2012

perempuan malang

baru2 ni ada seorang perempuan malang cari saya. cerita dan tanya itu in. hanya kerna seorang lelaki yg dah lama mati dalam hidup saya walaupun sebagai seorang kawan. cerita perempuan malang ni buat saya mahu gelakkan dia sampai terguling2. apa sebabnya, sebab dia bodoh. kisah dia boleh buat teladan bagi perempuan lain.
kisahnya bermula bila perempuan malang ini telah termakan pujuk lelaki durjana (lelaki X) ini. hidupnya makin tidak keruan sehingga memaksa dia mencari saya menjadi punca goyahnya hubungan dia dengan lelaki X. saya ceritakan segalanya, segala keburukan dan jugak nasihat pada perempuan malang ni. tapi apa boleh buat dia pilih jalan itu. jangan kau salahkan orang atas keputusan kau sendiri. akhirnya perempuan malang ni muntahkan apa yg tersirat dalam hatinya. dia dah rosak bersama lelaki durjana itu. itu alasannya dia tak dapat tinggalkan binatang tu. itu hak kau, jangan kau datang cerita pada aku. sampai bila kau nak jadi perempaun simpanan lebih tepat lagi sebagai PEREMPUAN MURAHAN. untuk dia bernikah dengan kau, rasanya tidak mungkin. aku hanya boleh kasihankan kau saja. THE END .



Moral: jgn jadi mcm perempuan bodoh ini ya kawan2 perempuanku.

Thursday, December 29, 2011

computer sgt bijak!

setiap kali on internet
tak sampai 15 minit
terus shut down sendiri
computer ofis saya sgt bijak!
tak bagi saya ngular.



Moral: Kerja 8 jam, berkhidmat sepenuhnya pd syarikat, bagus!

Wednesday, December 21, 2011

saja masuk nak menyapu
dah berhabuk dah blog ni.
tak pa, nanti ada masa lagi
nak kemas2 balik blog ni.



Nota Kaki: busan gheja -_-

Wednesday, December 7, 2011

rasa pening-pening

macam naik bot.

boleh tahan ke ni?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

tak tahan!

kena ambik cuti jugak!

Tuesday, November 29, 2011

arghhh!!

dah tak tahan!
kalau semuanya aku.
dah tak tahan!
kalau salah org lain aku kena tempiasnya.
dah tak tahan!
kalau aku saja orangnya.
dah samapi masa!
untuk aku berubah angin kut.



Kata Hati: mati lah oi, aku ada sepasang tangan bongok!

Wednesday, November 16, 2011

menyampah!

rasa menyampah
muka macam taik!
cari pasal terkena batang hidung sendiri
lari masuk bilik bila rasa malu
thumb up untuk kau!


Kata Hati: aku memang dah start buang kau dlm kotak fikiran aku.

Wednesday, November 9, 2011

cuba jadi klon

weyh!
tak payah la kau nak jadi aku
sampai bende kecik yg aku ada pon kau nak.
kau dgn aku tu lain, cuba lah jadi diri sendiri.
kadang, aku rasa kau ni cemburu.
sebab tu apa aku ada, kau pon nak jugak.
yg peliknya, bila kau tak dapat
mula lah kau nak masam mencuka.
kadang nak gelak pon ada kesian pon ada
tak pa lah janji kau bahagia dgn itu semua.



Nota kaki: bagus! teruskan usaha sampai kau putus asa ahaks!

Monday, October 24, 2011

khas buat kau

aku maafkan kamu
tak perlu kita bertemu
cukup kau tahu
yang aku maafkan kamu
teruskan hidup
jangan sebut namaku lagi.



Nota Kaki: lagu malique ft. jamal ni khas utk kau setan!

Tuesday, October 18, 2011

Chenta Itu Indah #25

dear sayang pelangi

start from this minute,
will be the longest times ever
we are together
and sayang pelangi
i want u to know
i luv u and really luv u damn much
stop being cold
i dont know how to luv a cold person oke?



Kata Hati: penatnya~ beban keja b+

Wednesday, October 12, 2011

berdebar

rasa gentar,
nak pergi ke tangga seterusnya.
rasa gentar,
untuk pikul tanggungjawab yg lbh berat
hari esok,
mula langkah baru utk aku
dlm buku keja aku.



Kata hati: Tuhan,permudahkan segalanya utk aku. Amin~

Thursday, October 6, 2011

dia yang ku gelar saudara

apa silapnya, aku tak pasti
cuma kau yang mengerti
kerna itu datang dari kau sendiri
tapi kau cuba tuding jari
pada insan yang tidak ketahui
apa punca marah benci .
apa salah, puas aku cari
mungkin juga kerna iri hati
yang pada apa kau perhati
bukan itu maksud sekeliling hati
buat kau rasa tiada erti.


kadang-kadang hati kecik ni dipersetan untuk aku bencikan kau, untuk aku buang kau dari hidup aku. untuk apa aku ambik tau pasal kau, jaga hati kau kalau kau sendiri tak nak betulkan hidup kau. aku tak kata aku bagus. aku mengaku aku ni hina, tak terlepas dari dosa-dosa yg telah aku buat. tp dalam masa yg sama aku cuba untuk berubah. cuba berubah utk jadi lebih baih, berubah utk masa depan aku & demi orang-orang yg aku sayang. kalau kau nak tau, bukan kau saja yg buat kesilapan, semua org penah tersilap langkah samada besar mahupun kecik. kau tahu, bila kita buat salah semua org akan pandang sinis kita, bercakap pasal kita. tapi semua tu tak penting, buang semua tu, letak dalam tong sampah. apa yg penting bila kau rasa sekeliling jauh dari kau, sepatutnya kau cuba berubah, cuba untuk tawan hati, percaya & pandangan mereka semula. bukan dgn cara kau tuding jari, ludah & tikam mereka atas kesalahan yg kau cipta sendiri. aku bercakap atas sebab menasihati sebagai orang yg dekat dgn kau. bukan sebab aku nak tunjuk bagus, tunjuk aku lah yg baik, bukan jugak nak tunjuk yg aku bukan mcm kau, melangkah tp tak pandang ke depan. bukan itu, bukan itu maksud aku. aku cuba utk kau rasa yg ada lagi maseh mahu berjalan seiring dgn kau. tp apa yg aku dapat, sakit semata-mata, tangis yg dibalas. sampai satu tahap, hati aku terdetik utk aku buang kau, biarkan kau. sampai satu ketika hati aku berbicara, layakkah kau ku gelarkan kakak?patutkah kau aku hormat? bila mana aku lihat tangisan, rintihan, luahan yg ada pada wajah orang yg paling aku sayang. kalau bukan kerna mereka, dah lama aku tak pedulikan kau. tolong lah, tolong lah kau berubah. bukan kerna aku tp atas sebab utk diri kau & orang yg sayang kau. itu saja yg aku mintak dari kau biarpun aku dicaci maki, disalah erti kau.