Wednesday, September 23, 2009
Thursday, September 17, 2009
Dah ke?
sini. sana. situ .
tak mau lah .
tak da saiz .
tak cantik .
tinggal yang tu ja .
hurm~ tak payah lah .
dah ke? dekat pukul 1 dah ni?
jum balek. nak tido . besok keja lah .
sat lah. belum jalan sampai hujung lagik.
tak mau jalan dah. tak larat dah ni .
tak kira, paksa jugak jalan .
dah ke?
belum .
dah ke?
belum lagi .
dah ke?
belum lah .
dah ke?
sat lah .
dah ke?
kejap .
dah ke?
sikit lagi .
dah ke?
dah!
at last, dah jugak . jum balek!
kau penat tunggu lama ya? hari tu pun sama .
bukan selalu pun kita pegi jalan .
nak tak nak kau kena ikut jugak kan?
tak sampai hati betul tak?
terima kaseh buncit. senyum .
temani aku jalan semalam .
Kata Hati: Nanti raya, kita boleh jalan macam semalam lagi bukan? ^_^
Posted by m!szakida at 12:08:00 AM 0 comments
Tuesday, September 15, 2009
=.=
pejam celik .
pejam celik .
wargh .
raya semakin hampir oke .
nah .
satu ape tak kemas lagi .
mula nak panaskan badan .
otak berada ditahap tak selesa .
perasaan kucar kacir .
abah + mak .
anakmu semakin gumbira .
tunggu acik pulang ya .
Kata Hati: apa yang nak dibeli untuk abah dengan mak ya?
Posted by m!szakida at 6:49:00 PM 0 comments
Monday, September 14, 2009
Cepat Fana!
Cepat!
dah tak cukup masa dah ni .
kita x buleyh lambat .
nanti tak sempat nak pilih barang yang kita nak .
Cepat sikit Fana!
aku dah tunggu ko neh.
biler nak gerak?
Kata Hati: Nak beli pe ye kejap lagik? Hurm~~
Posted by m!szakida at 2:50:00 PM 0 comments
Friday, September 11, 2009
menunggu untuk mencuci mata
perkara paling ditunggu buat kau dan aku .
datang jemput aku ya .
jalan sampai kejang .
gossip sampai pitam .
belanja sampai lebam .
apa nak dibeli yea?
kau tahu apa aku nak :)
jangan lupa ya sayang .
p/s : Gulegulekapas, hari kita dah nak tiba. satu hari je lagi ^_^
Posted by m!szakida at 1:06:00 PM 1 comments
Friday, September 4, 2009
Yang Mana Satu
Ada lagi 2 hari je lagi.
sempat ke?
banyak lagi ni.
Mana 1 nak mula?
Mana 1 nak tekankan?
Tak pe Qilah Sahak..
bertenang
hang mesti boleh buat punya
exam Audit ahad ni.
Kata Hati: Doakan saya ye supaya dapat jawab exam nanti.
Posted by m!szakida at 4:51:00 PM 0 comments
Thursday, September 3, 2009
Geram betoi! Tiba-tiba je!
2 hari lepas ok je.
semalam dah naik error tu.
ingat memang ada problem.
hari ni try lagik pun sama ja.
ish!
tiba-tiba je Tagged tak boleh guna.
Bodoh betoi!
Kata Hati: Kalo tak boleh jugak, terpaksa buat yang baru.
Posted by m!szakida at 1:05:00 PM 0 comments
Tuesday, September 1, 2009
---------------
Posted by m!szakida at 2:49:00 PM 0 comments
Saturday, August 29, 2009
Lalalalalala~~
dah pukul berapa neh ?
kena balik .
dah satu hari kita jalan .
nak jugak .
Mak, "Kalau nak pi beli kaih. Satgi dah lewat habih plak" .
Yes !
ada lagik ayam percik tu .
Finally .
i got want i want .
dapat jugak bukak posa dengan family .
banyaknya lauk .
ada gulai daging siam, sayur bayam ,
ayam bakar, kerabu kerang kot ,
and tak lupa ayam percik .
makan dengan senang hati .
dengan keluarga yang tercinta .
sangat seronok .
kenyang nam mampuih .
rasa macam nak bukak posa hari-hari kat umah .
. Senyum .
Kata Hati: Besok lagik tak sabar, anak buah nak datang rumah ^_^ .
Posted by m!szakida at 11:29:00 PM 0 comments
Thursday, August 27, 2009
Cepat lah Masa~~
Rasa macam dapat notebook baru.Senyum.
Dah dibunuh semua virus-virus yg menular dalam notebook ni.
Sekarang nak download apa-apa pun dah takut.
Tinggal lagi 1 hari.
Sangat tak sabar. Gumbira.
Besok nek bus 6 jam sampei lah rumah.
Buleyh bukak posa dengan family. Sekali lagi gumbira.
Kata Hati: Nak jumpa semua orang yang ada kat rumah tu. Tak sabar.
Posted by m!szakida at 10:08:00 PM 0 comments
Monday, August 24, 2009
Puat Hati
Cuba lihat
Dulu dan sekarang
Walaupun itu tak membuktikan keseluruhannya
Aku tetap puas.
Rasa terbela.
Terbalas apa yang kau dah buat pada kami.
Dengan keputusan ujian itu,
Aku percaya
Ada hikmah di sebalik apa yang kau dah buat.
Kata Hati: Erna & Fana, Aku rasa terbalas sudah kesabaran kita selama ni walupun baru sikit.
Posted by m!szakida at 2:51:00 PM 0 comments
Saturday, August 22, 2009
Wednesday, August 19, 2009
Jangan Mengalah!
.Cuba senyum dalam sakit.
.Mana cukup 2 hari je.
Kata Hati: Boleyh dak kalau nak duduk kat ghumah saja. Tak larat~~
Posted by m!szakida at 2:35:00 PM 0 comments
Friday, August 14, 2009
Jangan Risau buleyh dak?
Nah ambik kau .
Dah merah bengkak .
Patut lah tak boleh makan .
Suhu pun naik sikit .
37.5 .
Kalau lambat sikit
memang spital lah kau minah .
Ni pun kalau tak baik
possibility spital tu naik lah .
Mak, Angah dan semua orang
dah start berleter .
Dah tau badan senang sakit
ambik lewa je .
Padan muka kena marah .
Tapi jangan risau sangat buleyh dak?
Nanti orang baik jugak .
Jangan lah pikiq bukan-bukan .
Orang kan kuat .
Kata Hati : Mak Angah semua risau, bertambah risau lagik aku .
Posted by m!szakida at 1:23:00 PM 0 comments
Thursday, August 13, 2009
Haish.
Pening. Badan mula rasa lain.
Penat agaknya .
Dah makan ubat tapi sakit masih terasa .
Nak jumpa doktor,
masa pulak tak ada .
Haish.
Tunggu esok jelah .
Harap tak ada apa lah .
Kata Hati: Bila datang time exam, mulalah badan tak sehat;(
Posted by m!szakida at 12:48:00 PM 0 comments
Wednesday, August 12, 2009
robek sepuas hati .
biar sampai berdarah .
mungkin kau tak punya hati .
biarkan hati lain itu terluka.
rasa nak keluar dari semua yang ada .
mungkin cukup sampai disini .
rasa penat sudah berkayuh .
rasa penat sudah berlari .
perlu berhenti barangkali .
Tuhan itu maha adil .
setiap perbuatan ,
pasti ada pembalasan .
kita sebagai umat ,
harus tabah melalui segala yang perit .
harus terus bangkit dari segala kegagalan .
pandang sekeliling masih ada yang membantu .
untuk bangun dan mula berjalan seperti biasa .
mungkin hari ini hari kau .
esok lusa hari aku .
siapa tahu ?
percaya pada hukum dunia .
kita merancang ,Tuhan menentukan segalanya .
Kata Hati: Harus cuba bangun. Harus jadi kuat walaupun hakikatnya hanya lemah yang ada.
Posted by m!szakida at 1:41:00 PM 0 comments
Saturday, August 8, 2009
Pernah fikir tak Mak Ayah?
Hairan.
Bila datang bab Mak Ayah
Banyak betul lencongan
Alasan itu ini yang dibaginya.
Tapi
Bila datang bab teman lelaki
Apa pun tak timbul masalah
Semuanya boleh.
Pelik.
Kenapa teman lelaki lebih diutamakan
sedangkan insan yang tak pernah
kenal erti penat siang dan malam,
ditatang bagai minyak yang penuh
diketepikan begitu sahaja tanpa rasa bersalah.
Lupakah engkau tiada mereka tiada kau yang sekarang?
Hilangkah kau rasa jasa mereka yang tak mungkin dapat dibalas?
Pernah kau fikir,tercalit tak perasaan kecil hati dalam diri mereka
bila kau berkelakuan sedemikian?
Sayu melihat anak apabila dipinta sesuatu pertolongan
yang tidak lah seberat mana tetapi dibalas dengan kekasaran.
Apatah lagi untuk melihat anak itu berbuat baik tanpa diminta.
Fikirlah sendiri.
Mereka hanya ada sementara sahaja untuk kita.
Bila mereka sudah tiada nanti
Usah lah kau terkilan atau sedih
kerana tidak sempat cuba membuat mereka berasa senang
dengan kelakuan kau atau
memohon kemaafan atas segala
kekasaran, perlakuan kau yang mengguris hati mereka itu.
Kerna, semua itu sudah terlambat bila mereka sudah kaku
di depan mata kau yang mana itu adalah satu kepastian akan berlaku.
Kata Hati: Niat dalam diri, mahu jaga Mak Abah selagi mereka ada dan cuba buat mereka senang denganku.
Posted by m!szakida at 10:05:00 PM 0 comments
Tuesday, August 4, 2009
Maraton Masa Cuti H1N1


Malam, ambik Firdaus+Farzana pegi jalan2 sambil shopping. Kesian Farzana, jatuh telentang. Selop nangis. Penat.


Ahad
.Pegi kedai Aunty alter seluar. Pegi office ARNC. Makan dengan akak2 kat sana. Jaja belanja. Sangat gumbira. Borak dengan Jaja. Balik rumah, pastu keluar dengan Mak+Angah pegi Pekan Rabu beli kuih sepit dll. Singgah pasar beli buah jentik-jentik dengan setoi. Cakap kat Mak "Nak beli buah ni sebab Fana dengan Erna tak penah tengok buah ni". Sangat letih.
Jentik je terbukak kulit dia
Isnin
Siap2 nak balek KL. Naseb Angah ada temankan. Sampai KL dah petang. Sempat pegi guntingrambut. Malam, keluar makan dengan Abang An. Tak larat.
Selasa
.Baru teringat buku tapi leka dengan faktor sekeliling lagi. Tak pa,nanti boleh study lagi. Tengok jam kenapa cepat sangat. Sangat malas sekarang ni.
Posted by m!szakida at 11:18:00 AM 0 comments
Wednesday, July 29, 2009
Saket Tak Hilang
Dari pukul 11 malam tadi sampai 6 pagi tadi.
Mata ni asek bukak je.
Kaki pon dah letih ulang alik dari bilik ke tandas.
Apa yang tak kena neh.
Semua makan pasti keluar balik.
Huh~ Letih!
Lama-lama boleh kurus macam ni.
Sayang lemak. Penat je kumpul dah hilang balik.
Ni bukan keracunan makanan dah ni.
Lain macam je. Tap malas nak pegi klinik.
Tak pe, aku tunggu sampai timbul bulan malam ni.
Kalau tak hilang, besok kena jugak pegi klinik.
Haish.
Kata Hati: Cepat lah baek. Dah longlai dah ni:(
Posted by m!szakida at 12:48:00 PM 0 comments
Tuesday, July 28, 2009
Jom Pi Museum!
Bangun.Mengeliat.Tengok katun.






Posted by m!szakida at 2:51:00 PM 0 comments
