.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Posted by m!szakida at 3:36:00 PM 0 comments
semakin berat aku rasa
beban semakin melanda
datang bertandang serantak
Ya Allah, aku mohon kekuatan dariMu
untuk aku tempuh semua ini.
Kata Hati: rasa kosong.
Posted by m!szakida at 10:21:00 PM 0 comments
Posted by m!szakida at 11:58:00 PM 0 comments
Posted by m!szakida at 10:25:00 PM 0 comments
wah!
dah tambah lagi satu tahun ni .
harus jadi lebih matang ,
harus jadi lebih dewasa .
thanks to all for the wishes .smile.
Kata Hati: Pelangi, saya harap plan kita menjadi. Harap sangat~~
Posted by m!szakida at 10:29:00 PM 0 comments
kalau dah tak suka
kenapa maseh menduga?
kalo dah benci
kenapa maseh mencari?
kalau dah terima
kenapa maseh bersuara?
maseh keliru dengan situasi sekarang.
Kata Hati: mungkin perkenalan kita bukan selama yg kita kenal.
Posted by m!szakida at 9:59:00 PM 0 comments
rasa macam dah lama tak blogging
sebab saya ambik cuti beraya sana sini
sampai saya lupa nak updating
yang saya sekarang sedang happy dengan sekeliling.
Kata Hati: Sepatutnya raya badan makin naik tp tak pun. resah.
Posted by m!szakida at 9:04:00 PM 0 comments
Posted by m!szakida at 9:22:00 PM 0 comments
petang isnin aritu hujan lebat , aku pun setel keje kat ofis dah lambat ,
hujan belum berhenti masa aku balik , aku pun bawak moto slow2 sbb aku memang takut
bawak moto masa hujan and jalan licin . sampai je kat pekan cina yang sesak tu , ada satu kereta myvi putih depan aku , kereta tu jarak dalam 50meter kat depan ,
aku dah nampak dia jalan pelan2 , aku pun slowkan pulasan minyak supaya aku tak dekat .
tiba2 kereta tu berhenti mengejut tanpa bagi signal utk berhenti , aku pun terpaksa break emergency , terus aku hilang kawalan dalam keadaan jalan licin tu , badan aku dah cecah ke jalan dan moto stila ada atas aku , terseret ke laluan kanan tapi tak jauh dari tempat aku mula jatuh .
nasib aku baik sebab kereta dari arah belakang jauh lagi , 2 motosikal berhenti utk hulur bantuan and angkat moto aku yang dah ada kat tengah2 jalan tu .
masa bangun aku belum rasa apa2 , tapi bila dah duduk kat tepi jalan baru badan aku menggeletar , darah mula keluar dari kaki aku , kaki mula rasa kejang dan lemah .
nasib baik ada en.buncit datang tolong aku sampai aku balik ke rumah . sebabkan kereta sial tu lah aku dapat MC and dapat balik kampung awal 1hari walaupun kereta tu dgn tuan punya kereta l;arikan diri lepas nampak aku jatuh kat tengah jalan. sekarang, aku dah selamat sampai kat kedah dgn sengal2 dan kekejangan kat kaki kiri dan kanan aku sampai hari ni .
Posted by m!szakida at 9:56:00 PM 0 comments
ini cerita
tentang kawan yang mengasihi
yang sangat baik hati
sudah 36 bulan kenali
tetapi aku baru ketahui
ternyata dia bukan sejati
itu pura-puraan hati
aku tak boleh begitu dan begini
kadang kadang aku jadi jelak .
please let me be free
from this all of story
and we will find other that be happy
for you and also for me .
Kata Hati: pelangi, nanti balik raya kita jumpa ye. berbunga hati.
Posted by m!szakida at 8:24:00 PM 0 comments
makin rasa bosan
makin rasa tak suka
makin rasa meluat
makin rasa nak jauhkan diri
sebab saya rasa tak perlukan awak lagi.
Kata Hati: pi lah jauh2, saya tak kesah sekarang.
Posted by m!szakida at 8:52:00 PM 0 comments
Kenapa apa yang terjadi itu tak dijadikan iktibar, teladan? Kenapa yang buruk itu kamu jadikan landasan? Sedih kalau mak abah tahu yang kamu tu masih sama, masih di situ, masih lagi tidak sedar yang sikap kamu tu akan memakan diri kamu. Tak tersentuh ke kamu bila tengok mak abah tak sihat, sakit2, gusar memikirkan tentang kita semua. Lebih2 lagi diri kamu itu. Tapi itu tak ada erti apa2 buat kamu bukan? Yang kamu tahu, semua yang mereka lakukan hanyalah beban bagi kamu untuk kamu turuti. Apa yang di fikiran kamu hanyalah cara untuk lari dari kesilapan yang berlaku dengan cara yang aku fikirkan tak masuk akal langsung. Yang aku fikirkan hanya orang yang bodoh sahaja yang akan buat semua tu.
Kakak, kita harus percaya yang kesilapan itu boleh dibetulkan kalau kita betul2 mahu ia berubah dan hilang dalam hidup kita semua. Aku juga percaya, hidup kita tak akan sia2 kalau kita berusaha. Semua di sekeliling ada untuk kamu walaupun ada yang tak yakin dengan kamu itu. Tapi, kalau kamu benar2 bersungguh, pasti semua akan seiring dengan kamu. Fikirlah kakak, hidup kamu itu bukan seorang. Kalau kamu itu tak sayang diri kamu sendiri pun, ingatlah mak abah dan orang sekeliling. Kecewa mak abah kalau tahu kamu itu berfikiran demikian, luluh hati mereka kalau kamu berkelakuan demikian. Kamu itu masih muda, masih ada akal fikiran, masih jauh lagi perjalanan kita. Sepatutnya kamu bersikap positif bukannya sebaliknya. Cuba ambil semua dan jadikan dorongan dan bukan jadikannya sebaliknya seperti sekarang ini.
Kakak, aku doakan satu hari nanti kamu akan berubah.
Posted by m!szakida at 1:28:00 PM 0 comments
aku dah buat sesuatu yang salah, sampai dia dapat tau tentang itu.
satu hari, aku tertangkap
tapi gayaku seperti tak ada apa yang berlaku, tak ada apa untuk disesali.
api dalam diri dia semakin membara, sampai sanggup memukul sahabatnya
yang ada di situ dan aku dibawa pergi dari tempat keji itu.
tiba-tiba bangunan seakan mahu runtuh, langkah kami semakin laju
tangan yang digenggam erat itu tiba-tiba terlepas.
bangunan itu akhirnya musnah
dia hanya dapat titiskan air mata bila sedari aku tiada di sisi.
meraung sekuat mana pun tak mungkin kembalikan aku, itu kata hatinya.
tapi itu hanya sementara kerna aku terselamat dari runtuhan itu.
gembira hatinya tak dapat dibayangkan, dipeluk ciumnya aku.
.
.
.
.
.
.
dia terjaga dari mimpi yang dirasai benar itu. lega itu hanya mimpi walaupun masih segar dalam ingatan.
Kata Hati: pelangi, jangan layan sgt mimpi tu. itukan mainan tidur.kita oke saja kan skrg.senyum.
Posted by m!szakida at 6:23:00 PM 0 comments
sudah sampai masa
untuk saya gembira
yang sekeping hati saya
sudah jumpa pasangannya.
sudah sampai masa
untuk dia mencuba
yang masa itu hampir tiba
jadikan dia sebagai ketua.
sudah sampai masa
untuk dia dan saya
jalan seiring sama
utuhkan segala yang ada.
Kata Hati: harap2 apa yang ditunggu datang dengan cepat. Amin~~
Posted by m!szakida at 8:47:00 PM 0 comments
sekarang,
dalam tv dalam paper
macam2 berita.
kes bunuh
kes buang anak
kes gaduh
kes mat rempit
kes rebut kuasa
macam2 kes sekarang.
dunia dah berada kt hujung,
Ya Allah, lindungilah hampa Mu ini
dari segala godaan syaitan dan dekatkanlah
aku pada Mu. Amin~~
Kata Hati: sejak2 ni aku rasa lain.
Posted by m!szakida at 8:17:00 PM 0 comments
hari pertama berpuasa
saya sangat suka
saya sangat tenang
saya rasa Ramadhan kali ni,
mungkin membawa keberkatanNya
pada saya.
saya harap kamu semua pun sama.
Selamat Menyambut Ramadhan kali ini
dengan penuh kesabaran (:
Kata Hati: pelangi, bila nak berbuka sama?
Posted by m!szakida at 8:12:00 PM 0 comments
saya suka bila...
kita makan sama2
sampai perot muncit ,
kita jalan sama2
sampai sakit tumit ,
kita sembang sama2
sampai lebam ,
kita tengok muvi sama2
sampai lenguh badan ,
kita main game sama2
sampai juling mata ,
kita buat semuanya sama2
sampai saya rasa bahagia sangat.
Kata Hati: janji tau, sama2 dengan saya sampai bila2.senyum.
Posted by m!szakida at 7:18:00 PM 0 comments
sejak sejak ni
slalu je letih.
sejak sejak ni
slalu je makan malam.
sejak sejak ni
slalu je tak sempat sms.
sejak sejak ni
slalu je tido awal.
sejak sejak ni
slalu je jadi malas
sejak sejak ni
slalu je tak sempat on lappy.
dan sejak sejak ni
slalu je rindu famili dan pelangi.
Kata Hati: taksabar tunggu sabtu kan pelangi.syiok.
Posted by m!szakida at 8:01:00 PM 0 comments
Posted by m!szakida at 7:37:00 PM 0 comments
saya maseh bahagia
walau ada pahit dalam hati
walau ada sarang dalam kepala.
.cuba untuk senyum.
Kata Hati: tak sabar tunggu jumaat.
Posted by m!szakida at 8:18:00 PM 0 comments
aku risau
bila tengok mak abah gelisah.
aku sebak
bila tengok mak titiskan air mata.
aku tertekan
bila tengok abah berfikir tanpa henti.
aku buntu
bila tengok semua usaha temui jalan mati.
fikirku kita tak perlu lagi berduka,
fikirku kita tak perlu lagi pulihkan semua,
fikirku kita tak perlu lagi ikhtiar sana sini,
fikirku kita tak perlu lagi ambil tahu.
semuanya kerana dia sendiri tak nak berubah!
Kata Hati: mak abah, saya risau kesihatan kalian. tak keruan.
Posted by m!szakida at 7:48:00 PM 0 comments
bawa bersabar
harus jangan gentar
lawan segala yang membakar
tak kira dalam dan luar
perlu ingat tak semua itu sukar.
Kata Hati: rindu sama pelangi.
Posted by m!szakida at 8:53:00 PM 0 comments
kamu ngerti aku .
aku ngerti kamu .
itu penting dalam hubungan kan?
Kata Hati:pelangi, kamu tu perlu rehat lah.
Posted by m!szakida at 6:56:00 PM 1 comments
tengah tengok lappy ,
dengar kat berita tadi ,
orang kena curi ,
sampai bunuh mati .
kenapa jadi begini ?
dah tak ada rasa simpati .
pilu rasa hati .
harap tak terjadi
pada keluarga dan diri .
hati bermaki-maki ,
yang mereka tu patut direjam mati .
Kata Hati: mak abah sy nak datang lagik yea!!
Posted by m!szakida at 1:32:00 PM 0 comments
satu sahaja ayat
mereka binatang yang betopeng manusia!
Posted by m!szakida at 10:06:00 PM 0 comments
badan lemah
tp kena jadi kuat
tp tak boleh
sbb ubat tak ada skrg.
Kata Hati: saya nak MAK sy sekarang dgn PELANGI skali.pllzzz..
Posted by m!szakida at 7:06:00 PM 0 comments
rasanya dia datang lagi.
tak sakit tapi kenapa cmni.
harap2 aku tak apa2.
Kata Hati: jgn bgtau pelangi oke?tak mau dia risau.
Posted by m!szakida at 8:00:00 PM 0 comments
rasa dah lama kot tak bersenam.
sekali semalam main badminton
baru 2 game dah pancit.
dah lenguh kaki tangan semua lah.
kena training lagi ni.
nak kalahkan team semalam.
p/s: abg J,nanti ila dah teror, kita lawan blk dorg tau.
Posted by m!szakida at 2:04:00 PM 0 comments
nak sokong pun ada .
ragu-ragu pun ada .
dua2 sama banyak .
mungkin sbb masa dulu .
percaya itu dah dicemari .
tapi,
sebagai orang terdekat
aku cuba untuk buang yang buruk .
utk bina semula apa yg hilang itu .
aku cuba berada seiring
agar ruang utk berubah itu diisi kau .
Kata Hati: kejap lagi nak ke tak nak pi men badminton dgn ofismate (ni pun dah berbelah bagi).
Posted by m!szakida at 8:21:00 PM 0 comments
kau gundah gelana ,
aku tak senang duduk jua .
kau berkeluh kesah ,
aku jadi risau lah .
tapi
ingat Tuhan tu Maha Penyayang ,
kita harus redha dengan ujian yang mendatang .
satu lagi peringatan
untuk pelangi sayang .
walau apa yang terjadi ,
aku akan sentiasa di sisi ,
itu yang pasti!
Kata Hati: pelangi, jgn mudah putus asa. kita harus kuat.
Posted by m!szakida at 8:59:00 PM 0 comments
hari yg bahagia.
sbb ada perkara yg gembira.
satu dan dua.
pertama, keputusan periksa yg tak diduga.
sgt memberangsangkan dan terasa lega.
dan detik ini pelangiku makin tua.
senyum ^_^
Kata Hati: jgn rosakkan hari saya oke?
Posted by m!szakida at 10:04:00 PM 0 comments
setan semakin berbisik .
utk buat aku beratkan amalan kiri .
sekarang,
cuba lwn selagi mampu .
utk tak mudah terpedaya pd setan yg durjana .
Kata Hati: Ya Allah, beri aku kekuatan & kesabaran.
Posted by m!szakida at 7:24:00 PM 0 comments
Posted by m!szakida at 9:38:00 PM 0 comments
walaupun ni baru hari kedua,
aku tak tau emotion aku suka boring atau blur?
but nevertheless aku blaja sikit2 arini.
memang pening tengok system tu.
hopefully dpt lah catch up dlm 1 month ni (berharap.)
sepanjang 2 days aku bwk moto pun ada yg menarik.
mcm semalam org tak dikenali kt trafic lite,
sedap2 kutuk aku and depan aku pulak tuh.
naseb baik tgh bawak moto,
kalau tak mmg dah kena lempang laki2 itu.
arini pulak,
bwk moto ms pegi keje asek ader je asap yg dihidu.
uncle2 and moto2 tua byk je depan aku.
then naik kat tengah jalan tanpa bersalah.
tp apa2 pun,
ingat pesan pelangi, "sabar,kalau nak berjaya."
kata Hati: tak sabar nak tunggu apa jadi besok.
Posted by m!szakida at 7:03:00 PM 0 comments
gunakan hari ni sebaik mungkin
utk aku rehatkan badan
sbb besok adalah hari baru
hari yg bawa kehidupan baru.
harus jadi lebih matang
qilah sahak!
jgn nak gedik2 manja dah
awak tu dah besar ,
dah tak boleh harapkan org lain je.
mak,
jgn risau oke?
anak mu ini akan cuba berdikari
cuba utk sesuaikan diri
dia kan dah besar ,
biarkan dia cuba utk hidup atas kakinya sendiri.
yg penting doakan saya ya?
Kata Hati: skrg dah pasang angan2 tinggi .
Posted by m!szakida at 11:33:00 AM 0 comments
thanks semua .
yg setia bersama
menyokong dan bersedia
utk mendengar dan menasihati
sepanjang masa .
thanks utk kalian ,
beri aku harapan
akan ada balasan
pada setiap penantian
yg perlukan kesabaran
dan ,
semua itu ada di depan
sekarang cuma perlukan kesungguhan .
Kata Hati: tak kesah lah.janji experience tu yg berharga . senyum.
Posted by m!szakida at 12:19:00 PM 0 comments
jgn cepat melatah ,
jgn cepat mengalah ,
pasti ada hikmah ,
disebalik kesabaran yg ada .
Kata Hati: terima kaseh semua .senyum.
Posted by m!szakida at 2:26:00 PM 0 comments
layang-layang .
terbang makin tinggi .
cuba pegang tali kuat2 .
jangan sampai putus .
fuh~
nasib kita dapat halang .
dari layang-layang itu terbang jauh .
Kata Hati: saya syg pelangi saya.
Posted by m!szakida at 11:00:00 PM 0 comments
mengungkit .
sama bukan dengan mengingati ,
menyebut perkara lama .
faham, mengerti maksud itu .
maaf , aku tak sesempurna mana .
untuk riangkan kau setiap masa .
hanya kesilapan yang aku ada .
gembira bahagia.
kenapa selalu disekat ditengah jalan .
semua hanya seketika .
tak semestinya panas hingga ke petang .
mungkin itu seperti kita .
Kata Hati: buntu.
Posted by m!szakida at 11:26:00 PM 0 comments
berbunga hati .
kerna aku ada pelangi .
yang sentiasa disisi .
beri aku warna yang berahi .
agar semangat aku datang lagi .
kata pelangi ,
"biar kecewa dulu dibuang tepi ,
usaha itu yang penting sekali ,
insyaallah ada rezeki ,
untuk capai yang kamu idami" .
Kata Hati: thanks for your dorongan pelangi. senyum.
Posted by m!szakida at 8:07:00 PM 0 comments
Posted by m!szakida at 1:59:00 PM 0 comments
pasal interview 2 hari lepas.
jgn sapa tanya lagik!
kalau tak mau dengar makian.
tak pe,
lusa ader lagik interview.
kuatkan hati oke?
Kata Hati: harap2 cepat lah dapat keja. .mengharap.
Posted by m!szakida at 4:29:00 PM 0 comments
tadi after kemas2 barang kat stor , jumpa macam2 benda selama 4thn kat UPM ni .lama jugak aku ambik masa nak asingkan mana yg nak, mana yg nak buang .aku jumpa hadiah2 pelangi & satu set album gambar yg aku bawak masa mula2 aku dtg KL .aku letak kat tepi sbb nak tengok balik suma tu . penat jugak nak asingkan sbb byk lah! pastu aku pegi mandi, makan, lepaking depan tv sambil2 tengok brg tadi .wah~~ bila tengok blk suma gmbr dari aku baby sampai besar, rindu sgt2 .rasa mcm nak balik je zaman2 dulu tu. aku suka kumpul gambar2 lama ni . sbb nanti bila aku dah tua aku boleh tunjuk kat anak cucu aku zaman aku muda2 .melalui gambar lah ingatan kita akan kembali pd zaman tu . tapi ader jugak gmbr yg aku nak sembunyi . alasan: malu weyh! kalau org tengok perangai budak2 dulu tu ihik! korang ader gambar zaman dolu2? nanti aku uplod gambar2 yg aku tengok tu .
p/s: en.buncit saya berkelakuan pelik dr smlm dgn msg2 angau dia tu. geli lah buncit!
Posted by m!szakida at 3:53:00 PM 0 comments
Rules:It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours, and tag five people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real; nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.
1. What is your name : Nur Aqilah binti Sahak .
2. A four Letter Word : Adoi . [ selalu sebut walau x sakit! ]
3. A boy's Name : Muhd Firdaus . [ si nakal tersayang ! ]
4. A girl's Name : Nur Farzana . [ si chumil tersayang ! ]
5. An occupation : Still looking.
6. A color : Colorful.
7. Something you'll wear: Pants, shirt, lens, and the most thing cincin kesayangan .
8. A food : Masakan mak . [ terbaek oke ! ]
9. Something found in the bathroom : Air nak mandi lah .
10. A place : Taman Sri Manis, Alor Setar .
11. A reason for being late : Awal lagik nak siap. hahahaha!
12. Something you'd shout : Woit!
13. A movie title : The Crazies .
14. Something you drink : Teh o' ais .
15. A musical group : BEP .
16. An animal : Kura-kura .
17. A street name : Petaling Street .
18. A type of car : Volkswagon .
19. The title of a song : Blow Me a Kiss .
5 person to tag :~ sape2 yang baca :)
Posted by m!szakida at 7:02:00 PM 0 comments

p/s: best of luck untuk semua.
Posted by m!szakida at 2:39:00 PM 2 comments



Posted by m!szakida at 11:11:00 AM 0 comments



Posted by m!szakida at 1:14:00 PM 1 comments
dah 1 minggu tak update belog ni .
dah bersawang sana sini .
terlampau mentelaah & berstadi .
buat aku lupa pada diari .
p/s: after habis exam arini, aku update lagi .
Posted by m!szakida at 9:44:00 AM 0 comments





p/s: saya risau mak & abah saya.
Posted by m!szakida at 12:13:00 AM 0 comments

.penyokong kedah.
.penyokong n9.
Posted by m!szakida at 11:29:00 PM 0 comments
sekarang .
aku cuba ubah keadaan .
harap2 itu membantu & menjadi .
Posted by m!szakida at 1:30:00 PM 1 comments
bukak tutup .
tutup bukak mata .
arghh!!
final semakin dekat oke .
da tau tapi tak de tindakan .
mula suam² kuku .
otak perasaan ditahap tak selesa .
pak sahak + mak lela .
anakmu masih malas .
tolong dtg buleyh .
saya mau semangat kamu berdua .
Posted by m!szakida at 2:57:00 PM 1 comments
lihat sekililing .
aku bukan utk dimarah dimaki .
aku juga punya hati .
sama seperti yg kamu miliki .
andai kata sudah melampaui .
mungkin hilang pertimbangan diri .
mungkin sampai masa kini .
aku rela undur diri .
demi orang yang disayang dicintai .
sumpah !
aku tak kuat lagi .
Kata Hati: tolong aku hadapi semua dugaan ini.
Posted by m!szakida at 1:24:00 PM 0 comments
Posted by m!szakida at 12:10:00 PM 0 comments
Posted by m!szakida at 7:06:00 PM 0 comments
doktor: saya dah buat urine test. ni result nya.
memang ader la biler buat test tadi.
saya: owh, so mcmna dr,?
doktor: sekarang ni baru suspect lah.
kena tunggu & tengok mcmna nanti.
kena banyak minum air & bukan 100plus. air kosong.
saya: oke. brapa lama tu dr.?
doktor: dalam 1 minggu ni. kalau tak baik jugak, & makin teruk,
datang balik kiter cek lebih lanjut lah.
saya: after 1 minggu, saya kena dtg balik ye?
doktor: kalau tak elok jugak datang balik, kiter buat x-ray ke, scan ke.
tengok keputusan nanti lah. yg penting minum byk air.
**lemahnya rasa. walaupun hati tak senang tapi aku perlu senyum jugak.
Kata Hati: pelangi, kamu jgn risau ya.aku tak apa2. kita tunggu 1 minggu lagi k?
Posted by m!szakida at 3:13:00 PM 0 comments