Friday, October 12, 2012

dugaan kamu itu sangat besar

Dearest pelangi,
Dugaan untuk kamu itu tidak henti sejak akhir-akhir ini. Hidup kamu itu bagaikan sakit setiap hari. Setiap detik kamu diujiNya dalam pelbagai cara dan masalah. Kadang aku juga tidak mengerti kenapa mesti begitu? Walaupon kamu kadang seakan jatuh, kamu cuba bangun demi masa depan dan teruskan hidup. Aku faham sakit dan perit yang kamu lalui dulu dan sekarang dan juga sebentar tadi. Aku cuba membantu sedaya mungkin untuk kamu tidak jatuh begitu saja. Kamu itu harus kuat kerna aku percaya dengan apa yang Tuhan tetapkan untuk kita dan apa jua dugaan yang diberi ada hikmah di sebaliknya. Kamu harus ingat itu sayang. Setiap kali yang aku katakan di saat kita susah. Aku yakin, Tuhan itu Maha Penyayang dan Maha Adil untuk kita sayang. Aku mohon agar kau bersabar dan jangan menyalahkan diri dengan apa yang terjadi. Kita harus terima dengan tabah dan menjadi kuat untuk segalanya. Aku mohon pada Mu Tuhan, permudahkanlah segala urusannya dan kau berikanlah kesenangan dalam apa yang dia lakukan. Janganlah Kau terus menduganya dengan pelbagai musibah. Amin..



Kata Hati: Aku seakan lemah bila kamu jatuh. Kita harus teruskan semuanya sayang.

0 comments: