Sunday, November 22, 2009

kamu dah besar!

kakak,
kenapa kamu kejam? kenapa hati kamu sangat kecil? kenapa kamu selalu buat mak dan abah tidak senang duduk dengan perlakuan kamu? kamu tahu, setiap malam mak tak lena tidonya kerna kamu. abah pula rungsing memikirkan kamu. adik beradik yang laen, penat sudah melayan karenah kamu. kamu tak letih ke kakak? tak malu kah kamu dengan adik2 kamu yang laen? kenapa kamu mesti begini kakak? kamu cakap kamu nak berubah. kamu nak hidup berdikari. tp hakikatnya,sikitpun kamu tak pernah berubah. sejak hari itu sampai sekarang, sumpah! tak ada yang berubah selain paksaan sahaja yang bukan dari kehendak kamu sendiri bukan? aku sedih kakak. sepatutnya kamu tunjukkan contoh yang baek pada kami sebagai adik. bimbing kami ke jalan yang betul. tp ini tak berlaku pada diri kamu kakak. kami yang sedaya upaya menyokong kamu dari segala aspek. tp kamu tidak mengerti kan apa yang kami lakukan? bagi kamu itu semua sabotaj sahaja.

kakak,
tolong bangun dari kotak hidup kamu itu. jgn pernah kamu takut akan bayang2 sendiri. itu semua hanya lah impian dan angan2 yang sia-sia sahaja. kamu harus lebih terbuka dengan hidup yang lebih gembira dari kotak gelap itu. aku tahu,mak abah terlalu sayangkan kamu. marah mereka pada kamu sekejap sahaja. lihat sekarang, mereka juga yang memapah kamu bukan? tp last2,mak, abah, kami semua kecewa dengan sikap kamu. maseh di situ. dengan sikap kamu itu. kalau ikutkan hati aku yang kamu kata jahat ini, mahu saja aku tampar kamu sekuat hati. kamu nak tahu kenapa?aku rasa kamu terlalu biadap akan mak dan abah yang begitu sayangkan kamu. akui,mmg kadang2 mereka membuat kita rasa begitu terikat, tp aku faham semua itu untuk kebaikan kita. nah! sekarang lihat atas kelalaian kita terhadap kaseh sayang mereka itu, atas sikap angkuh kita yang tak mendengar kata, diri sendiri yang terjerat. tp aku tak patut tampar kamu kakakku.tahu kenapa? kerna kamu adalah kakakku. walau apa yang terjadi, ikatan antara kita takkan hilang begitu saja bagiku dan kerna aku hormat akan kamu sebagai kakakku.

kakak,
pernah tak kamu terfikir yang betapa sedih dan kecewanya abah dan mak dengan sikap kamu? kamu dah besar kakak. kamu dah boleh pk yang mana harus diambil dan mana yang harus dibuang sejauh mungkin. kamu boleh pilih jalan kamu sendiri. tp bukan begini. penat mak dan abah jaga kamu. gigitan nyamuk pun tak ada masa kamu kecil dulu. segalanya cuba ditunaikan mereka bila kamu inginkan sesuatu walaupun susah. lihat sahaja sekarang, bagaimana mereka menjaga cucu2 mereka. begitu juga kita seusiadengan mereka. tapi apa yang mereka dapat? hampa semata2 sedangkan sesuatu yang membanggakan yang diharap. percaya cakap aku kakak, apa yang kamu buat untuk mak dan abah, pasti akan dibalas dengan lebih teruk bila kamu bergelar IBU kelak. aku sedar,aku hanya adik. adik yang masih kecil dimata kalian yang masih tidak bijak membuat sebarang keputusan. adik yang juga bagi kamu melakukan salah pada ibu bapa. tp ketahuilah aku juga sedar akan kesalahanku dan cuba memperbaikinya. aku malu dan bersalah seandainya aku menjadi penyebab ibu bapaku sedih sehingga menitiskan air mata mereka.

sedarlah kakak,
dah banyak pengorbanan yang abah dan mak lemparkan untuk kamu. begitu juga adik beradik kamu yang laen. yang sentiasa ada bersama kamu. kamu tak rasa bertanggungjawab ke terhadap abah yang terpaksa keluarkan duet simpanan semata2 untuk kamu? pernah tak kamu rasa bertanggungjawab disitu? benar,kamu alpa pada dunia yang kamu cipta sendiri. bagi aku, kamu pentingkan diri! kamu takut dengan dunia ciptaan kamu. kamu takut dengan setiap masalah yang kamu cipta sendiri. pernahkah kamu terfikir sampai satu tahap dimana mak dan abah takkan ambil tahu lagik tentang perihal kamu? semua keluarga yang ada tidak mengendahkan kamu lagi. dan bila kamu mula jatuh, baru kamu meminta tangan abah dan mak untuk bantu kamu bangun semula sedangkan selama ini kamu yang begitu banyak menghancurkan mereka? sedarlah kakak, hidup ini tak lama. cuba kamu keluar dari dunia kamu. keluar dari dunia yang kamu kejar. aku hanya mampu meluah disini. apapun,aku harapkan yang terbaek untuk kamu dan aku tetap sayang kamu.




Kata Hati: aku ingin benar melihat perubahan itu.