Wednesday, July 29, 2009

Saket Tak Hilang

Dari pukul 11 malam tadi sampai 6 pagi tadi.
Mata ni asek bukak je.
Kaki pon dah letih ulang alik dari bilik ke tandas.
Apa yang tak kena neh.
Semua makan pasti keluar balik.
Huh~ Letih!
Lama-lama boleh kurus macam ni.
Sayang lemak. Penat je kumpul dah hilang balik.
Ni bukan keracunan makanan dah ni.
Lain macam je. Tap malas nak pegi klinik.
Tak pe, aku tunggu sampai timbul bulan malam ni.
Kalau tak hilang, besok kena jugak pegi klinik.
Haish.



Kata Hati: Cepat lah baek. Dah longlai dah ni:(

Tuesday, July 28, 2009

Jom Pi Museum!

Bangun.Mengeliat.Tengok katun.

Mandi.Pilih baju.Yes, match!
Gerak keluar umah lebih kurang pukul 1215.
Singgah stesen minyak.Beli Milo + roti untuk bekalan.
Bergerak terus tanpa berlengah ke Pantai Dalam.
Ambik Kak Rukia sebagai tourist guide kat museum nanti.
Wah~~ sampai jugak museum Negara.
Terus menuju ke Pameran Bunga. Sangat seronok. Banyak bunga. Hati pun dah berbunga-bunga^_^
Bunga yang menarik perhatian-- Bunga Mayat.
Sebab:- Dia boleh tinggi sampai 10kaki and kelopak dia boleh besar sampai 3 kaki diameter. Paling best info dia, bila bunga kembang dia akan berbau macam daging yang tengah masak.
Err~ pasti sangat busuk!.



Sempat buat massage kaki supaya kaki tak stress bila berjalan nanti.


Settle tu, segera bergerak ke Pameran Darurat. Sangat kagum dengan sejarah kemerdekaan.



Seterusnya Pameran Pra-sejarak dan Malaysia Kini. Ada antara artifak dan bahan adalah asli. Yang paling takut tengkorak yang berusia lebih 10 000ribu tahun dulu. Gigi dia tetap kuat! Sebab tak makan coklat dulu-dulu. Ngee~~
Kata Kak Rukia ada satu rangka manusia perak tu, dia buat perangai sebab dia nak balik tempat asal dia. So, terpaksa letak replika saja.
Fuh~~ Hampir 5 jam aku dengan Angah kat museum. Sangat teruja! Next trip nanti nak pegi Zoo plak.Jom!
Kata Hati: Daripada pegi Shopping Mall tengok orang pelik2, better pegi tempat cenggini. Dapat jugak info menarik.

Friday, July 24, 2009

Sakit Lah Bodoh!

Semakin bergelora

Angin semakin kencang bergerak
Rasa dipulas-pulas
Haish.
Tak senang duduk dibuatnya
Sekejap ke berdiri
Sekejap duduk
Sekejap berbaring
Serba tak kena
Berjalan anak dengan pantas
Beri penuh tenaga
Ah~ Lega.
Kurang sikit rasa sakit perut ni.
Dah dua hari berulang alik
pergi bilik menunggu tu.
Pergi Doctor rupanya
silap makan.
Sah!
Cirit birit ni punca dari
makanan yang ada sekitar sini.
Pantang makan kat tempat macam ni
Mesti cirit pirit.
Naseb ada ubat ni




Kata Hati: Perut mahal..Jangan lah saket lagi.Harap cepat hilang cirit birit ni.Diam.

Thursday, July 23, 2009

At Last!

Gumbira.
No pains No gains.
Memang berbaloi penat aku turun naik Bahagian Akademik, jumpa T.Dekan Akademik, penyelaras fakulti semata-mata nak buat pengecualian kursus BBI2409 (English for Academic Purposes). Bukan tak mau ambik kursus nitapi sebab assingment dia agak beban aku tekad jugak nak buat exemption.

Hari ni ada tiga berita baik tapi still ada berita kurang enak dari mak.
Good News - Application Exemption get approval from TDA
- Drop course BBI tak payah bayar denda sebab kesilapan sistem
- Dah habis azab buat presentation dalam kuliah audit

Bad News.Sedih.
Mak call aku.
Mak: Ada apa call tadi?
Aku: Nak bagitau yang exemption subjek tu TDA dah lulus.
Mak: Alhamdulillah. Surat semua tu bagi sapa? Ada simpan tak copy dia? Takut nanti
diorang nak tengok ke, ada masalah lagi ke.
Aku: Ada. 1 bagi fakulti, 1 lagi saya dah copy simpan.
Mak: Ha,simpan semua tu. Penting tu. Abah ada mesej apa2 tak tadi?
Aku: Ada. Abah cakap dah masuk duit tapi buku tu tak jadik beli. So dah tak guna la
duit tu.

Mak: Lain abah tak da bagitau apa2 ka?
Aku: Tak dak pon. Awat?
Mak: Pagi tadi Abah pi klinik scan perut dia tu. Ada batu karang pastu doktor cakap
kat buah pinggang tu ada nampak macam lubang sikit. Semalam abah tak boleh tidoq
Tu yang dia pi jugak tu klinik.
Aku: Pastu camna? Dah pi pakar belom?
Mak: Tulah. Mak ambik cuti nanti, sok nak pi pakar buat x-ray dgn medical check up.
Tengok macam mana nanti kena operate ka camna ka.
Aku: Tak palah. Sok jangan lupa plak pi pakar. Tok sah pi klinik besa ja.
Apa2 nanti bagitau saya.
Mak: Tak palah. Tengok nanti doktor kata apa. Jangan dok risau sangat.Study elok2,
makan jaga.
Aku: Ok.

.Risau.Sedih.



Kata Hati: Dalam rasa gembira terselit jugak rasa sedih. Harap Abah tak apa2.

Tuesday, July 14, 2009

Duit Tak Ada Tapi Tetap Sakit Kaki

Kusut.
Serabai.
Minggu ni dah masuk minggu kedua duit loan belum masuk. Kitorang dah tahap nazak kering sekarang. Bila lah nak dapat ni.Tensen betol. Nak eli buk pun susah. Nak makan pun susah. Yang paling susah sekali nak soping lah. Terpaksa KIV dulu. Huh!

Tapi aku.
Dalam tak ada duit sempat lagi pergi soping.Lepas tu mula lah kering sekarang. Arghhh!!! Kurus lagik aku lepas ni. Wekend aritu Mak dengan Alang turun KL. Ada hal. Ahad tu kitorang ada family planning. Giler awal bangun sebab excited.

Tempat yang kitorang pergi tuni ha--->


Banyaknya sale~~~ Rabun aku tengok. Tak kurang jugak dengan makhluk2 lain,ramai..Aku rasa dekat situ je dah 3 jam kitorang buat operasi. After that, kitorang dah sakit kaki + lapar. Ingat nak makan je kat JJ Equine tu. Rupanya tak. Korang jangan tak tau. Mak sakit lutut tu pun boleh jalan lagi. Sini operasi kitorang yang kedua. Dekat pukul 7 lebih baru sedar nak balik.



Dah balik tu, mau ingat sendiri lah. Kaki ni sakit yang terlampau. Semalam (Isnin), aku & Angah antar Mak kat Pudu. After tu kitorang pergi Mines. Nak carik kasut. Tak jumpa. Naek train pergi Mid Valley, tak jumpa juagk. Ada pun tak menarik di hati ni. Lastly tak beli pun. Kitorang putuskan nak carik kat Bukit Bintang pulak nanti.

Pukul 11 p.m baru aku sampai kolej. Bapak sakit kaki aku. Arini macam rasa tak da kaki je.Sakit kaki.






Kata Hati: Padan muka sakit kaki. Tapi dapat juga seluar + baju. Berbaloi~

Monday, July 6, 2009

Semangat Baru!

Isnin-06 July
Cuaca: panas
Mood: coverage tak clear
Class: excited (tak sabar nak balik bilik)
Makanan: tak sedap kat mamak fac tu
Transport: kaki dah terketar2 daki jejantas kt upm
Bilik: 44 anak tangga + 36 tapak,baru sampai bilik.
Pintu katil almari tunggu masa nak roboh.



Kata Hati: Itu lah semangat sem baru aku:(

Thursday, July 2, 2009

Aku tetap Ada

Kamu harus sabar
Itu bukan masalah bagi kita
Apa yang ada
Kita patut kongsi bersama
Tidak kira susah mahupun senang.
Kita cuba cari jalan ya?
Walaupun tak banyak
Aku tetap akan bantu kamu.



Kata Hati: Satu hari nanti pasti ada balasan yang baik untuk masa sekarang.

Wednesday, July 1, 2009

1st Tag

Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja.
1. Bekas kekasih saya adalah :
Suami orang sekarang

2. Saya sedang mendengar :
Lagu tema tv3.

3. Mungkin saya patut:
Tido petang sbb nanti dah tak boleh!

4. Saya suka :
Peluk Si Buncit saya

5. Sahabat-sahabat baik saya :
Gulegulekapas yang selalu ada dengan saya

6. Saya tak paham :
Kenapa saya selalu ngantuk lepas makan

7. Saya kehilangan :
Duit!!huhu..Semua dah derma kat kedai.

8. Ramai yang berkata :
Bila nak masuk study balik?

9. Makna nama saya :
Cahaya Kebijaksanaan. Saya memang bijak^_^

10.Cinta itu adalah :
Masam Masin Pahit & Manis.Kalau deria kamu tak hilang

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
Baru bangun tido & ambik towel kat luar. ABAH.

12.Saya akan cuba :
Menabung. Sebab duit saya dah habis

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
Sampai bila-bila

14.Telefon bimbit saya :
Ada di belakang laptop saya

15.Bila saya terjaga dari tidur :
Saya akan cari bantal busuk saya & tido.

16.Saya paling meluat apabila :
Ada jerawat banyak kat muka. Sakit ati!!

17.Pesta/Parti adalah :
Suka tapi busan dengan orang2 berparti

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
Kura kuri saya

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
Waktu Tadika

20.Hari ini :
Saya senggugut & cirit birit

21.Malam ini saya akan :
Usik adik macam biasa

22.Esok pula saya akan :
Duduk rumah macam biasa

23.Saya betul-betul inginkan :
Keluarga yang bahagia

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
Ah~~ jerawat ada lagi.

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Erm..nak dua2 lah

26.Makanan Barat atau Jepun :
Mak masak lagi sedap

27.Bilik yang terang atau gelap:
Untuk apa ya?

28.Makanan segera adalah :
Boleh makan bila lapo

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
Ok?

30.Siapa yang anda mahu Tag?
Semua orang:)

Musim Buah kat Rumah

Wah~~ Banyaknya buah kat rumah walaupun cuma ada tiga jenis je. Lebih dari 1, cekgu sekolah rendah aku cakap kira banyak lah tu. Buah yang selalu ada kat umah sekarang ni--Durian-Manggis-Rambutan. Nak kata ada dusun, depan belakang rumah aku simen je, mana ada tanah nak tanam pokok. Kira import dari pasar lah buah-buah ni. Ngee~~

Durian tu sampei dah muak aku makan walaupun selalunya aku makan sikit je. Macam-macam isi dia aku tengok. Ada yang keras, lembik, manis, masam, tak ada rasa. Kira plus minus semua aku rasa lah. Sampei sakit perut aku makan. Paling banyak aku makan dengan Gulegulekapas aku, satu bijik kitorang kongsi dua. Kira banya lah tu. Dah la mahal durian yang kitorang beli tu. Haram tak sedap langsung!


Terlampau banyak durian kat rumah, mak aku varietykan durian tu. Dia buat buur kacang + isi durian. Sedap siut! Mak buat pulut durian. Lastly Mak kasik idea yang tak penah orang buat. Mak suruh buat Sandwich durian.Tak sedap lah Mak. Tak penah orang buat pun. Naseb baik dia tak buat. Kalau tak cirit birit lagi aku nanti. Fuh~~ lega.

Rambutan. Paling kurang sambutan kat rumah. Abah je yang pulun makan. Rambutan ni jarang ada sambutan kat rumah sebab isi dia kadang-kadang lekat sekali dengan kulit tu. Sakit tekak lah. Walaupun sakit tekak aku makan jugak. Siap lawan dengan Abah lagik tadi kat luar sapa makanlagi banyak. Kompom lah dia yang menang.


Lastly, favourite buah aku,Manggis!! Memang sedap lah, aku yang pulun makan kat rumah ni. Bangun tido je breakfast dengan manggis. Kira manggis jadi junk food aku lah buat masa ni. Sedap~~ rugi sapa tak makan. Tapi untung jugak kalau depa tak makan sebab aku boleh makan sorang. Hahahah..Suka ati. Aku ada baca info, kulit manggis tu khasiat dia untuk orang cirit birit kat India. Ada ke orang makan kulit tu. Pelik lah! Tapi apa2 pun aku suka manggis. Gulegulekapas, nanti bawak balik manggis ye kat dusun kampung tu.

Kata Hati: Mari lah makan buah tempatan. Jangan tak kenal buah macam member aku Miss L dah lah.